Semasa

Abang2 balik lepas bagi bantuan, 2 ekor kambing ‘kalut’ nak ikut- “Dah tak muat”

Sejak beberapa hari ini, misi bantuan banjir berterusan dilakukan. Malah dapat dilihat, orang ramai berganding bahu bersama-sama membantu dalam pelbagai bentuk.

Ada yang menghulurkan bantuan keperluan makanan malah ada juga membantu membersihkan rumah dan kawasan terjejas akibat banjir.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kisah lucu yang sempat dirakam oleh seorang individu yang mana memaparkan gelagat comel 2 ekor kambing selepas beberapa individu datang dalam misi bantuan banjir ke negeri Pahang.

Kambing

Difahamkan beberapa individu lelaki yang terlibat itu ingin pulang ke negeri Terengganu yang mana mereka ingin masuk ke kenderaan masing-masing namun terjadi pula kejadian yang sempat mencuit hati mereka.

Ini kerana terdapat 2 ekor kambing yang kalut ingin mengikut mereka pulang yang mana dapat dilihat menerusi rakaman yang dikongsikan oleh individu atas nama, Hasbulhelmy.

Video

Namun begitu, dalam pada dua ekor haiwan itu ingin mengikuti mereka pulang juga dipercayai tuannya pula terus mengambilnya kembali dengan segera disamping video terbabit mengundang warganet tercuit hati dan menerima seloroh ramai.

“Balik… ish budak-budak ni”

Kambing

“Hahaha, kebetulan dia rakam”

IMG_20211226_184438

“Nak ikuttt, haha sian Mak Cik tu jenuh memujuk”

KambingIMG_20211226_184557

“Ada hati ko kan nak ngikut, tu mak datang ayukkk”

IMG_20211226_184410

IMG_20211226_184604