Assalamualaikum.. aku ambik masa juga nak taip ni sebab menanti waktu yang sesuai untuk meluahkan segalanya dalam bentuk penulisan.
ya.. adik aku curang terhadap isteri dia.
Pendek cerita, adik aku ada perempuan lain (baru baru ini mereka bertunang) dan hendak berkahwin selepas ceraikan isteri sekarang
(which is adik ipar aku). Sekarang dalam proses nak bercerai dan nak mula naik mahkamah bulan depan.
Mari aku ceritakan sedikit latar belakang tentang adik aku dan isterinya.
Adik aku dah berkahwin dengan isteri dia lebih kurang 15 tahun. Mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Mereka bertengkar tapi entah macam mana mereka berbaik semula dan decided untuk give the relationship a chance.
Fast forward, dah 14 tahun hidup bahagia, anak pun dah 4, tiba-tiba Deeja perlu berpindah di Sarawak atas sebab sebab tertentu yang disyaratkan oleh pihak syarikatnya.
Deeja sedar, tanggungjawab dia besar jadi dia tidak mahu membuat banyak alasan dan setuju untuk berpindah ke Sarawak untuk bekerja di cawangan di sana.
Di tahun ke 15 perkahwinan mereka, Deeja mula nampak perubahan Fad. Fad dah jarang balik rumah di Sarawak dan apabila Fad di rumah,
Fad lebih banyak menghabiskan masanya dengan bermain handphone. Anak berak, anak tak sihat atau anak mahu perhatian pun tidak diendahkan.
Dia nak bertunang dengan perempuan itu sedangkan dia masih suami kepada Deeja. Sudah pasti aku dan keluarga aku tidak mahu berkomplot untuk menjadi ahli rombongan bertunang Fad.
Satu keluarga besar menentang perbuatan Fad. Tetapi Fad licik, Fad dan wanita orang ketiga telah upah orang lain untuk ‘’menjadi keluarga” dia sewaktu majlis tersebut maka selamatlah Fad dan orang ketiga ini bertunang.
Tujuan aku menulis ini adalah untuk mendapatkan pandangan pembaca semua. Yang aku tahu, Deeja tetap mahu pertahankan rumahtangga dia,
akan tetapi Fad tidak mahu malah dia mahu segerakan penceraiannya dengan Deeja.
Aku kasihankan Deeja kerana dia seorang diri menjaga 4 orang anaknya sementara adik aku sendiri sudah angau dengan perempuan lain.
Teringin sekali merasa duduk KL ke atau macam mana.Boleh saja awak berkahwin dengan lelaki bujang yang lain.
Umur juga baru 19 tahun. Saya sebenarnya berharap awak boleh sambung belajar awak atau banggakan ibu bapa awak.
Sebagai wanita, saya juga risau tentang awak. Awak terlalu muda.
Tolong semua bagamana saya boleh nasihatkan adik saya dan tenangkan adik ipar saya yang sedang stress dan sedih sekarang ini.
Deeja seorang yang baik. Sayang seribu kali sayang jika dilepaskan. Terima kasih pembaca. Doa untuk Deeja Khalid dan Fadzli Harun.
Nota kaki: Pasti akan ada yang cakap lelaki boleh berkahwin 4 akan tetapi adakah dengan cara menipu itu adalah baik? Adakah menipu dan abaikan isteri adalah amalan terpuji?
Sehingga sekarang Deeja tidak tahu Fad telah bertunang dan menanti hari untuk berkahwin. Deeja hanya tahu Fad mempunyai wanita lain buat masa sekarang.
Part II: Nama aku Nazirah.Aku berasal dari pantai timur lebih dikenali dengan pasar payang.
Lepas habis SPM dengan keputusan agak cemerlang ,aku dapat melanjutkan pelajaran di IPTA.Sebelum terlupa family aku ni ada islamic background.
Ayah aku boleh dikatakan penceramah bebas dan mak aku ustazah disebuah sekolah.
Bermula kisah permulaan dimana,aku terjumpa seorang lelaki selepas habis SPM sewaktu selepas mengambil keputusan di sekolah.
Sebaya.Nampak cool dan matang sikit,oppsss ada rupa sejuk mata memandang.
Dia pun datang dari keluarga yang ada islamic background dan dia sendiri pun datang dari sekolah agama. Dia pun sekarang tengah study degree dalam bidang agama.
Long short story,kenal dalam beberapa bulan, akhirnya kami putuskan mahu bercinta.
Terasa indahnya dunia seperti bagai kehidupan aku penuh dalam syurga,hari hari ditabur dengan ayat cinta,ayat berbunga,janji manis.Indah sungguhh……
So,aku putuskan mahu pergi jumpa mak ayah and family besar dia and semua berkenan dgn aku.
Make up make up skit,aku kenakan tudung labuh,emmmm nampak la sikit wanita muslimah dengan keayuannya.hihi
Kalau senang cerita kiranya nampak secocok sangatlah dengan dia.Dia nampak serius dengan hubungan ini lalu dia datang jumpa mak abah aku juga and everything went well.
Kami mintak kahwin dengan ibu ayah masing-masing tapi macam biasa, suruh habiskan belajar dulu.
Aku ingat pemikiran orang tua mungkin up to date mengahalalkan cerita kami tapi ini jawapan kedua ornag tua kami kahwin after dah ada duit and kerja bagai. Cliche kan?
Kami bukanlah datang dari keluarga biasa-biasa. Ibu ayah kami masing-masing income belas-belas ribu tiap bulan.
Sebenarnya dah masuk tahun ke-4, kami bercinta.Kami tewas dengan nfsu kami even kami belajar keagamaan.Kami tewas dgn nafsu.Kami bongok. Kami dah beberapa kali terl4njur.
Kalau berjauhan selama beberapa minggu pasti dan wajib, sembang tak senonoh, gambar tak senonoh, video call tak senonoh memang takkan lekang dari hidup kami.
Kalau kami dekat, check in hotel itu pasti. Seperti sekali cuba mahu lagi,syitan mengusai nfsu kami bila berjumpa.
Aku pun kadang2 sangsi apakah cinta kami ini bedasarkan nfsu atau cinta kami berlandaskan agama?? Sedangkan kami tahu hukum hakam dan larangannya ini.
Tipulah tak penat buat d0sa. Tipulah kalau kami tak pernah cuba nak berubah. Dah banyak kali cuba putuskan contact tapi akhirnya akan berhubung balik macam biasa.
Kami da seperti lali,aku lalai dalam pelukan dia,aku lalai dengan kata2 indah diberikan nya,aku tewas ,yup aku lemah.
Dua bulan lepas, dia tinggalkan aku. Dia kata dia nak berubah. Dia taknak dah jadikan aku ni sebagai tempat pemuas nfsu.Aku broken. Aku menangis.
Sebab aku rasa macam dia larikan diri dari bertanggungjawab atas aku. Dia lelaki pertama yang sentuh aku, and buat banyak benda bukan-bukan kat aku. Dia memnang da sedap apa yg dapat lepas tu tinggal cam tu aje.
Sampai satu tahap, aku rasa aku tak layak untuk mana-mana lelaki kat dunia ni sebab aku dah tak suci.
Disebabkan apa yang dia dah buat kat aku ni, dan tinggalkan aku macam tu je, buatkan aku tak dapat maafkan dia.Aku benci dia,memang dasar lelaki tak guna.
Minggu lepas, dia mesej aku. Dia nak mintak maaf sebab dia dah banyak buat benda tak senonoh dengan aku, dia nak aku lupakan semua, redha apa yang dah terjadi.
Dia nak aku maafkan dia sebab dia nak beribadah dengan tenang. Dia dapat rasa yang aku tak maafkan dia, dan itu buatkan dia jadi tak tenang.
Nak beribadah pun rasa susah hati. Mungkin gerak hati yang bergelumang dengan d0sa itu tanpa memaafkan ornag lebih sukar untuk beribadah,menyusahkan perjalanan dia.
Jawapan aku, aku nak dia bertanggungjawab atas aku. Aku hanya akan maafkan dia bila dia dah sah jadi suami aku.
Dia terkejut aku cakap camtu, dan dia ajak aku kahwin kat siam. Bila dah kahwin, aku boleh maafkan dia dan dia pun dapat beribadah dengan tenang.
Kami tak akan terjebak lag dengan d0sa2 seperti ini jika keluarga permudahkan perkahwinan kami ini.
Masalahnya sekarang ni, aku pun sama jugak hati tak tenang mengenangkan betapa banyaknya perbuatan terkutuk yang kami dah buat.
Adakah dengan cara nikah dapat buat kami beribadah dengan tenang?
Adakah hati kami dapat kepuasan dan kenikmatan utk beribadah.Kami buntu dengan apa yang pernh dilakukan dulu.
By the way, aku dah berusaha dekatkan diri pada tuhan. Join usrah. Bawak usrah. Banyakkan diri untuk tadabbur ayat-ayat Allah.
Solat sunat taubat. Nfsu terhadap dia pun, aku dah boleh kawal.Aku da stop mesej berbaur benda tak senonoh,gambar gambar tak senonoh aku dan dia pon aku da padamkan dalam handphone.
Tapi masa silam bukan senang nak padam kan? Jiwa aku betul-betul rasa terseksa dengan masa silam aku. ?
Soal kemaafan untuk dia bila dia dah jadi suami aku, aku betul-betul maksudkan. Aku memang serius dengan kata-kata aku.
Adakah aku dapat memberi kemaafan kepada dia dengan ikhlas jika benar dia ingin kahwini aku walaupun di siam.
Actually dia taknak pun nikah kat siam tu dengan aku sebab dia kata dia taknak buat jahat dengan aku lepas kahwin nanti. Dia kata dia dah tak sayang aku.
Dia takut kalau dia abaikan tanggungjawab dia sebagai suami nanti.
Kami sudah pun membelakangkan keluarga kami,aku abaikan mak ayah aku ,degil, tak dengar cakap ikutkan nfsu sendiri saja,inlah padahnya yag harus aku lalui sekarang.
Aku pening jika benar dia tidak ingin mengahwini aku ,bagaimana aku nak berdepan dengan keluarga aku?
Bagaimana aku nk ceritakan apa yang pernah berlaku antara aku dan dia.Pasti mak dan ayah aku sed1h bila mendengar penjelasan dari aku.
Allahu……Aku menyes4l,aku menyes4l…
Aku tak mampu nak maafkan dia selagi dia belum suami aku. Pendirian aku ialah aku hanya nakkan dia bertanggungjawab atas aku.
Aku betul-betul rasa kehidupan aku dah kelam. Tiap-tiap hari aku menangis.
Aku malu dengan tuhan.Aku berd0sa sangat2,aku menyesal..
Sekian sebuah coretan hati yang terguris atas d0sa silam.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!