Tular video pelawak Shuk Sahar sedang berada di sebuah restoran bersama seorang wanita yang masih belum diketahui identitinya.
Walaupun wajah wanita berkenaan tidak kelihatan dalam rakaman, netizen bagaimanapun saling meneka wanita terbabit ialah Fara, orang ketiga yang menjadi punca keruntuhan rumah tangga Shuk dan Rossa Sera.
Sementara itu, Sera menerusi IG Story berkongsi semula beberapa rakaman memaparkan anak sulung pasangan itu, Ain memegang ‘tablet’ cuba menghubungi ayahnya.
Sera menulis sindiran mengatakan bukan hanya Ain dan Aimy sahaja yang rindukan ayah mereka tetapi Shuk juga kadang-kala merindui ibu kepada anak-anak itu.
Ain juga dikatakan telah dimarahi oleh teman wanita Shuk kerana kanak-kanak itu kerap membuat panggilan.
Menerusi video terakhir, Ain ditanya mengenai suara wanita yang menjawab panggilan telefon berkenaan.
“Iya tapi tidak tahu pula kena marah,” jawab Ain.
Terdahulu, Sera memberikan kenyataan sudah memfailkan permohonan cerai namun baru-baru ini enggan mengulas lanjut perkembangan kes berkenaan.
Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah. Pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan Nur Qurratu Ain,5, dan Nur Asyyifatu Aimi, 2 tahun.
Hubungan suami isteri boleh terputus, hubungan ayah dan anak sampai akhir hayat.