Semasa

Akhirnya Zaki Yamani Dapat Bertemu Bapa, Ini Luahan Sayu Jamal Abdillah Pada Anak Keduanya ..

Penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah meluahkan rasa bahagia dan gembira apabila dapat bertemu dengan anak keduanya, Zaki Yamani yang sebelum ini merindukan bapanya.

Memetik Harian Metro, Jamal berkata dia berharap anaknya itu gembira dapat bertemu dengannya serta tahu bahawa dia sayangkan anaknya itu.

“Bahagia hari ini jumpa anak keduaku. Ialah masing-masing sibuk. Dia sibuk, saya pun sibuk. Dia baru 16 tahun dan masih sekolah lagi. Saya berkesempatan beli baju untuk dia sebelum ini.

“Saya simpan dah lama untuk dia. Kalau dia nak pakai untuk pertandingan seperti satu program realiti pun tak apa janji dia gembira. Harapan saya agar dia pun gembira dapat jumpa saya dan dia tahu saya sayangkan dia.

“Mungkin dah takdir kami begini. Tak semestinya saya tak sayang anak saya. Harapan saya tinggi untuk dia belajar lebih baik,” katnya.

Dalam pada itu, Jamal berkata beliau tidak mengelak tanggungjawab membela anaknya itu serta tahu Zaki itu seorang yang pelajar bijak dan sentiasa mendapat nombor satu dalam peperiksaan.

“Cuma saya risau jugalah kerana bimbang dia memberontak dalaman kita tak tahu. Tapi harap dia faham bahawa kasih sayang ayah walau bumi terbelah dua, langit runtuh sekalipun, yang akan ada di belakang esok itulah ayahnya. Sayalah yang akan ada.

“Percayalah… jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Harapan saya dia dapat terima takdir bahawa kehidupan kami begini.

“Bukan saya nak mengelak untuk bertanggungjawab ke atasnya membela dia. Saya tidak mahu dia jadi mangsa apa-apa juga pergolakan. Saya akan menyokong apa juga yang dilakukan. Yang paling penting dia tahu yang saya sangat sayangkan dia,” katanya.

Terdahulu, Zaki meluahkan rasa rindu untuk menyambut hari raya bersama bapanya. Bagaimanapun, Zaki berkata dia tidak memaksa Jamal mahupun untuk kembali seperti waktu dahulu kerana memahami bapanya itu sudah mempunyai keluarga baru.

“Babah berhenti burukkan mami- kata Zaki Yamani

SALAH seorang anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, Ahmad Zaki Yamani, 16, secara terbuka meminta bapanya itu berhenti mengeluarkan kenyataan yang memburukkan bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad, ibu kandung Zaki Yamani.
Menggunakan alasan selepas bercerai, Fatimatuzahra tidak membenarkan Jamal menjenguk Zaki disangkal oleh remaja itu yang juga bergelar usahawan dan penyanyi.

ZAKI YAMANI mempertahankan ibunya dan meminta bapanya , Jamal Abdillah hentikan mereka-reka cerita.

Zaki turut menyangkal dakwaan Jamal (bapanya), Fatimatuzahra sebagai punca atau penyebab hubungan di antara anak dan ayah menjadi renggang.

Remaja itu bertanya kepada Jamal, di manakah beliau ketika dia memerlukan bapanya ketika dia sakit dan berada di hospital?

“Berhentilah burukkan ibu saya (mami)  dan janganlah tuduh ibu sedemikian kerana wanita itu merupakan individu yang sentiasa bersamanya pada waktu susah dan senang,” kata Zaki yang meluahkannya menerusi video yang dimuatnaik di laman sosial Instagramnya (IG).

ZAKI YAMANI semasa kecil bersama ibunya, Fatimatuzahra Samad.Kata Zaki, sebenarnya bapanya itu boleh sahaja bertemu dengannya tetapi ia tidak menjadi kenyataan dan janji hanya tinggal janji manakala mesej di WhatsApp yang dikirim oleh Zaki kepada Jamal Abdillah, tidak berbalas.

“Jadi, berhenti burukkan ibu saya dan berhenti mereka-reka cerita tentang kemelut. Tiada siapa halang kalau nak jumpa saya.

“Tetapi babah (panggilan Zaki terhadap bapanya) yang tidak mahu berjumpa saya. Kenapa pula hendak menyalahkan mami? Cukup-cukuplah babah buat cerita macam-macam,” kata Zaki.

Syukur Rezeki Yang Allah Bagi" Isteri Hamil Anak Ketiga, Datuk Jamal Abdillah Idam Anak Perempuan Lagi!

Isteri terkni Jamal Abdillah bersama anak

Terdahulu, Jamal Abdillah menerusi laporan sebuah portal berita mendakwa dia dihalang oleh bekas isterinya itu untuk bertemu Zaki selepas bercerai.

Kata Jamal, kali terakhir dia bertemu dengan Zaki Yamani ialah pada Hari Raya Aidilfitri tahun lepas selama setengah jam di sebuah kediaman sahabatnya.
Kenyataan Jamal itu dibuat bagi menjawab kenyataan Zaki yang mendakwa, kali terakhir dia menyambut hari raya dengan bapanya ialah sekitar lapan tahun  yang lalu.

Untuk rekod, Jamal Abdillah pernah berkahwin dengan usahawan wanita, Basariah Latif tetapi berakhir dengan perceraian. Bersama Basariah atau lebih mesra dengan panggilan Dee, mereka tidak dikurniakan anak.

Anak sulung Jamal Abdillah, Osama Yamani.

Selepas bercerai kali pertama, Jamal bertemu jodoh dengan Intan Noraina Mohd Yusof dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Osama Yamani.

Jodoh Jamal dan Intan Noraina tidak panjang dan pasangan ini bercerai.

Isteri terkini Jamal Abdillah ialah Zai Izzati Khairuddin yang dinikahi pada 1 April 2017.

Mereka mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 3, El Isaac Yamani, 2, dan Iskandar Rayyan Yamani, dua bulan. – SM