Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca. Sy nk share something positif. Moga bermanfaat.
Sy nk share sikit cerita mcm mana sy brtemu dgn suami sy. Sekarang ramai yg dh tak percaya dgn cinta lepas nikah, tambahan pula kalau ianya pilihan mak ayah.
Takut tak sesuai dan tersalah pilih sedangkan islam dh bg panduan memilih pasngan hidup.
Dulu masa zmn anak dara sy seorang aktif brpersatuan, suka brmasyarakat dan seorang yg puitis. Jd sy agak menonjol dlm kalangan pelajar2 Msia di sana.
Tanpa diduga datang bbrapa jejaka menyuarakn hasrat hati utk menyulam cinta.
Pernah juga terdetik utk punya buah hati. Yelah bila dh jauh dgn family beribu batu, kan best klu ada buah hati yg boleh berikan kasih sayang?
Tp nasib dyorg tak baik sbb dr dulu lg sy dh set prinsip sy. Sy takkan bercinta dgn lelaki yg bukan suami sy yg sah.
Meskipun sy pernah sukakn seseorang dan org itupun sukakn sy, sehabis baik sy cuba hapuskan perasaan tu sebelum ia makin tak terkawal.
Peritnya hanya Allah yg tahu. Bg sy biarlah bercinta selepas kahwin. Itu lebih membahagiakn dan terlindung dari melakukan prkara maksiat sprt terlanjur dsbgnya.
Alhamdulillah Allah bantu sy jaga hati dan prinsip hadapi dugaan maha hebat sepanjang 4 tahun di luar negara.
Balik shj ke Msia datang lamaran yg pertama dr rakan sekolah rendah, sy tolak.
Orang yg kedua juga sy tolak, ibu agak terkilan dgn sy kerana yg kedua ini orangnya sopan,kerja kerajaan dan brpendapatan tetap, ada rumah dan kereta yg selesa.
Tp entah kenapa hati sy tidak terbuka. Sampailah yg ketiga, pd awalnya sy ingin menyuarakn hasrat utk menolak kerana tak berkenan dimata sy.
Orangnya rendah, gelap, tidak ada rupa, brpendapatan kecil, kerja swasta syarikat kecil, tidak ada kereta, rumah dan cuma ada motor sahaja.
Rasa menyesal pula tolak lamaran sebelum ni, haa kan dh datang calon yg tak seberapa, kata hati sy masa tu.
Sampai terkeluar dr mulut sy “ibu rasa padan ke anak ibu ni dgn dia?”. Yelah masa tu sy dh ada syarikat sendiri, dh ada kereta dan agak senang.
Ibu bersungguh betul pujuk sy terima lamaran kali ni. Katanya lelaki ni lebih baik dr sebelum ni, dia seorang yg baik tutur kata, jiwa halus,bertanggungjawab, penyabar dan ada sifat ehsan yg tinggi.
Buat makluman ibu sy ni seorng kaunselor hebat, dia memang pandai menilai dan baca sikap seseorang.
Katanya lelaki ni seorang yg bertangungjawab sebab dia byk terlibat dgn aktiviti2 kemanusiaan, bantu rakyat Plestin, Syria,mngsa banjir di Kelantan, Pahang, gelandangan,anak yatim dan dia juga aktif dalam persatuan yg membentuk jatidiri pemuda pemudi.
Ibu kata kalau dia ada rasa tanggungjawab tolong orang,sabar dan rasa ehsan dgn orang sekeliling, insya Allah dia juga akn brsikap yg sama pd anak isteri.
Ibu betul, dah bertahun ktorg kahwin, dia masih seorang suami yg sama seperti yg ibu sy ceritakan. Dia baik dan penyayang dgn anak2.
Ibu juga ada bgthu yg bakal suami sy ni ada join usrah. Maknanya hati dia cenderung kepada kebaikan. Klu ikut pengalaman ibu sy sbg kaunselor, lelaki ni memang mudah terkesan dan terikut dengan kawan.
Berapa ramai isteri makan hati dgn suami yg terpengruh dgn perangai buruk kawan2.
Jd bila ibu tahu dia ada join usrah, means dia ada support system dan circle friends yg baik yg boleh mempengruhi dan memberi cas yg positif.
Macam2 ibu analysis perwatakan dia ni dan ibu yakin dia boleh bimbing sy dan jd suami yg baik. Makan bulan juga ibu ayah siasat background dia, keluarga dia semua.
Yg paling mcm detektif mestilah ibu sy. Sy rasa ibu tak sesuai jd kaunselor, ibu patut jd detektif polis Bukit Aman. ?
Cantiknya aturan Allah temukan sy dgn dia yg telah kematian ibu sejak kecil, sebab sy ni kurang sabar dan agak kurang sensitif dgn perasaan orang.
Andai ibunya masih ada, sy bimbang kalau2 ada hati yg terluuka dgn sikap sy.
Mcm2 ibu briefing psl dia. Last skali sy end up pilih dia dan ktorg tetapkan pertunangan selang 8 bulan kami pun nikah.
Sepanjang perkenalan dan pertunangan kami tak pernah berhubung apatahlagi berjumpa berdua.
Dia siap buat wassap group yg dalam tu ada dia, sy, mak ayah sy dan ayah dia.
Nak bincang apa, cakap apa, semua dlm tu. Kalau nk jumpa, dia akan datang rumah sy dan berjumpa mak ayah sy tp dia tak pandang sy, dia sibuk borak dgn ayah sy je.
Cuma adalah perasan kadang2 dia curi2 pandang sy. Bila sy pandang dia balik, dia alih pandang tempat lain.
Sy tahu dia jenis yg ‘menjaga’ tp tak payahlah strict sgt.
Mula2 sy protes juga “dia ni betul2 sukakan aku ke tak ni?” sampaikan sy rasa nk hentikan pertunangan ni.
Tp disebabkan cara dia santuni mak ayah sy, sy jadi lembut hati.
Walaupun sikap dia yg tegas dan terlalu menjaga ni membuatkan sy rasa annoying pada awal pertunangan, sebenarnya banyak membantu sy membina kepercayaan, mengawal rasa cemburu dan insecure selepas berkahwin.
Kadang2 ada manusia yg jenis batu api suka cerita staff perempuan yg satu office dgn suami. Dia ni cantiklah lah, muka flawless,single, meja sederet dengan meja suami.
Tipu klu sy kata sy tak rasa pape. Tambah pula, client suami ramai perempuan, dapat pula client yg tak nak berurusan dgn org lain selain suami sy.
Ayat mesej dia pula kebanyakan pertanyaan yg tak perlu dan takde kaitan dgn kerja, lagilah buat sy cemburu sedangkn suami sy professional dan tak melayan pun.
Jadi bila datang je rasa cemburu atau insecure, sy akan teringat balik sikap tegas dan menjaga dia masa perkenalan ktorg dlu even skrg ni pun dia masih menjaga pergaulan dan pandangan mata.
Lepastu automatik sy jd yakin diri dan percaya dgn suami.
Betapa kepercayaan memain peranan penting dalam perkahwinan. Itulah antara hikmah Allah suruh jaga mata dan pergaulan.
Part II : Abam nak share kat korang semua pasal kisah bini abang, Nina. Panjang sikit harap bersabar.
*1992*
Abam umur 16 tahun masa tu, muda belia. Abam ikut bapak abam pergi ke rumah kawan bapak dekat satu pekan ni untuk tonton siaran langsung piala thomas.
Harap maklum abam dulu bukan orang senang, bapak abam tak bayar lesen tv waktu tu jadi tv disorok bawah rumah sebab takut kntoi dengan pegawai yg datang check rumah ke rumah dan abam tak boleh tengok tv.
Sampai kat sana, abam duduk bersila dekat tepi dinding ruang tengok tc sambil tunggu siaran langsung start.
Mata abam tertatap dekat seorang budak perempuan umur 12 tahun masa tu tengah ratah ayam goreng kat tangga dapur.
Badan montel, comel berkulit putih dan berambut prang. Sekali tengok macam anak kacukan pun ada.
Dia makan, makan dan makan tulang ayam sampai tak sedar orang sekeliling. Agak agak dalam 6 ketul juga budak ni mentekedrah ayam goreng.
Abam tak fokus dah badminton time tu, abam fokus budak ni.
Rupanya budak tu anak tuan rumah iaitu anak kawan bapak. Lepas Malaysia menang lawan badminton, bapak abam ajak balik.
Abam perhati je budak tu masa nak bangun. Budak perempuan tu akhirnya pandang abam balik. Dia buat muka toye je. Tak sangka tu pertama kali abam jumpa Nina, bini abang.
*1996*
Bapak abam buat kenduri kahwin kakak abam dekat rumah. Abam masa tu cuti semester, abam baru umur 20.
Badan abam tinggi 184 cm dan krus jadi segala urusan panjat memanjat, pasang pelamin dan tukar langsir tu semua abam buat masa pagi sebelum nikah.
Tengah abam berkemas, abam nampak budak perempuan yang sama abam nampak pada yahun 1992 tu tengah makan dekat beranda rumah abang.
Ye, si montel tu makan lagi dab kali ni dia makan ayam lagi. Confirm dia rembat ayam yang siap digoreng untuk buat ayam masak merah kat dapur ni.
Mak dia datang untuk merewang, budak ni datang sekali. Makin cantik muka dia.. Tapi berat badan macam dah bertambah. Hahaha.
Dia ni semakin tinggi, agak agak macam 170cm lebih macam tu la tapi berbadan besar.
Dari belakang abam nampak rambut perang dia yang sekerat bahu tu terurai jatuh.
Abam rasa berbunga bunga tengok dia dan tiba tiba dia menoleh ke arah abang. rasa macam nak tercabut nyawa waktu tu.. Indahnya ciptaan Allah..
Gadis comel muka putih rambut perang. Masa tu dia umur 16 tahun. Tapi dia jeling je tengok muka buruk abang. Abam jadi segan. Ini kali kedua abam tengok dia.
* 1999 *
Kenduri kahwin kakak no 2 abang. Kali ini abam ternanti nanti budak tu kot kot dia datang lagi.
Hampa abang, masa rewang kali ni mak dia tak datang pula. Abam nak tanya mak bapak abam tapi abam segan. Sudahnya diamkan je.
Kenduri kali ni busy sikit. Masa muka abam berminyak minyak sebab kena ulang alik ambil lauk dan nasi letak atas dulang untuk dihidangkan kepada tetamu bawah kanopi, abam terjumpa dia.
Dia cantik sangat pakai baju kurung. Badan maintain montel begitu.
Tak apalah nak buat macam mana kan kalau dah suka tu tak kira la montel ke krus ke, dia tetap pujaan abang.
Abam pula segan sebab muka abam hodoh, berpeluh masa jumpa dia. Dia tengok abang, dia sengih.
Dalam betul lesung pipit dia. Masa abam tengah kemas kemas meja, budak tu datang, tanya nama dan umur.
Abam cakap nama abam Kamal, umur 23. Dia cakap nama dia Nina, umur 19. Dia kenyit mata. Comel sungguh..
Abam nak kenyit mata, abam tak berani pula takut lari anak orang ni nanti jadi abam angguk je.
Nina bagi no telefon rumah dan alamat, tulis dekat tisu yang ditulis guna celak mekah yang Nina letak dalam purse dia. Senang nak utus surat katanya.
Berani sungguh budak ni, lain perangai dengan abam yang penyegan.
* 2001 *
Abam dapat offer pergi overseas sambung master. Abam dari tahun 1999 memang berutus surat dengan Nina masa masing masing belajar dekat universiti.
Abam suka tulis ‘ke hadapan Nina, abam senantiasa merindui Nina’ di kepala surat sambil tabur bedak dalam surat. Hehehe.
Masa abam dah nak fly, Nina hantar abam dekat KLIA. Nina duduk di Shah Alam waktu tu, Nina tengah buat degree ke diploma entah.
Nina menangis sambil bagi surat dekat abam di KLIA. Nina cakap, baca masa dalam flight. Abam angguk je.
Bapak Nina pun ada, siap bagi duit dekat abang, minta abam study betul betul dan berpesan bila balik nanti terus masuk meminang Nina.
Masa abam scan badan dekat airport, pegawai polis datang iringi abam masuk dalam bilik siasatan.
Gabra abang.. Rupanya abam disyaki bawa v1rus antrax, sebab Nina tabur bedak dalam surat.
Adoi kesayanganku Nina. Nasib baik takde apa apa berlaku. Abam dilepaskan tanpa sebarang dakwaan.
* 2005 *
Abam baru dua bulan berkahwin dengan Nina. Abam dah naik berat 3kg. Nina punya misi nak jadikan abam gmuk macam dia.
Abam dah risau dah, cukuplah seorang je montel, p4tah katil nanti. Tapi Nina masak sedap sangatlah, lagi sedap dari restoran. Sambil Nina masak, abam lipat baju sebab Nina tak suka urus kain baju.
Lagipun ini memang denda yang Nina bagi kat abam sebab abam pernah cakap kat dia, kalau tak suka urus kain baju, Nina tak payah pakai baju dalam rumah. Huhuhu.
Terus abam kena denda lipat baju sehingga ke akhir hayat.
* 08.10.2006 *
Hari ini ulangtahun hari jadi Nina yang ke – 26 dan ulangtahun perkahwinan abam dan Nina yang pertama. Macam biasa, abam lupa tarikh ni semua.
Kek apa semua langsung tak prepare. Engineer macam abam ni seluar dalam pun lupa tukar ap4tah lagi tarikh. Nina marah abam dan abam kena tidur depan tv.. Hehehe.
Tapi tarikh ni sangat bermakna untuk abam sebab esoknya Nina buat surprise lepas keluar bilik. Nina first time pakai tudung. Alhamdulillah cantik isteri abam pakai tudung..
Tudung bawal warna pink cair ada manik manik dekat sekeliling hujung tudung. Bila tengok muka bulat Nina pakai tudung tu, abam jatuh cinta makin jatuh makin hanyut aww..
* 2008 *
Nina suka kerja sampai lewat malam. Satu hari tu, abam balik awal. Abam landing atas katil kemudian abam ambil laptop. Abam pasang cerita terlarang, pinjam cd kawan abang. Hehehe.
Perempuan dalam ni krus, so abam fikir dia tak macam Nina. Syok betul abam layan cerita sambil terbayang perempuan krus.
Kemudian abam tengok cerita sampai tak sedar Nina dah balik and dia ada kat belakang abang.
Eh balik awal pulak harini. Abam malu sangat tak tahu nak letak muka kat mana. Kantoi. Tertangkap dengan bini sendiri tengok pr0n perempuan krus. Abam takut kalau Nina marah.
Tiba tiba Nina cakap, jom tengok sekali. Alamak terkejut abang. Abam pun tengok sambil malu malu. Abam tengok muka Nina, Nina tengok muka abang.
Abam rasa macam dah tak ada muka bila Nina cakap, “besar jugak timun dia bang.” abam dah start gigit kuku bila Nina tengok timun lelaki tu macam nak terkeluar biji mata Nina.
Masa abam tutup laptop, Nina tanya kenapa abam tutup, dah taknak tengok ke? Abam jawab abam segan..
Nina cakap, ooo tahu segan rupanya. Ketar lutut abang, sayang. Mmpus abam kalau Nina minta timun abam pun besar macam mat salleh tu..
Sejak dari tu abam insaf tak tengok p0rrn sampai sekarang..
* 2009 *
Mak abam selalu minta abam nasihatkan Nina untuk kuros supaya senang nak mengandung. Tapi abam tak sampai hati nak bagitahu Nina.
Bagi abang, Nina dah sihat walafiat. Memanglah gem0k sikit tapi bukanlah gem0k takde shape pun.
Abam suka Nina macam ni, lagipun Nina tak pernah kuros sejak abam kenal Nina dari umur 12 tahun.
Abam dah selesa tengok Nina berbadan montel. Abam terdengar Nina menangis sambil call mak Nina.
Dia cakap dia ada masalah dengan 0vari. Abam berdebar debar dan terus pluk Nina lepas Nina call mak.
Nina bagitahu abam yang Nina ada buat check up di hspital untuk tujuan insurans dan terbukti Nina ada masalah untuk mengandung.
Nina menangis macam orang hiilang akal dan abam pun turut menangis. Abam rasa celaru sebab orang yang abam cinta tak dapat mengandung, tak dapat melahirkan zuriat abang.
Tapi abam janji dengan Nina yang abam tak kisah pun keadaan Nina macam mana janji abam boleh bersama Nina sampai akhir masa.
* 2012 *
Hubungan abam dengan Nina berantakan sebab abam kantoi bermain cinta dengan budak praktikal dekat company abang.
Abam dah bergaji lima angka, abam dah selesa jadi abam rasa abam hebat dan bagus.
Abam lupa abam ni masih suami Nina. Abam buta. Abam tak nampak kecantikan Nina, Nina yang putih bersih, Nina yang berambut perang, Nina yang sedap dipluk, Nina yang pandai, Nina yang rajin masak, Nina yang cakap English macam air, Nina yang manja, Nina yang nakal.
Abam terpedaya dengan perempuan muda berumur 22 tahun. Abam jaahat. Nina dapat tahu abam cuurang tak lama lepas abam ada girlfriend baru tu sebab Nina nampak abam tengah beli tiket wayang dengan perempuan tu.
Abam pluk perempuan tu depan mata Nina. Abam rasa macam nak gugur jantung saat Nina nampak aksi abang. Nina tengok abang, Nina angkat ibu jari tunjuk simbol bagus sambil sengih sengih.
Nina relax jalan turun eskalator dekat sunway pyramid tu. Abam rasa celaru, tapi abam bodoh jugak.
Abam teruskan je tengok movie dengan perempuan tu. Balik tu abam tengok kain baju abam kena humban luar rumah.
Abam minta maaf merayu tapi Nina tak buka pintu. Abam tidur kat atas buaian luar rumah.
Esoknya, Nina keluar dan Nina tanya abang, ‘abam nak kahwin tak dengan perempuan tu? Biar Nina pinangkan.’
Abam pluk Nina abam cakap abam menyesal. Nina tak balas pluukan abang.
Nina cuma minta maaf kerana tak dapat bagi anak untuk abang. Abam menyesal sangat sangat dan abam rasa berdosa.
Abam dah s4kitkan hati Nina. Nina menangis tak henti henti. S4kit dada abam bila abam teringat balik kisah ni.
* 08.10.2013 *
Hari ini ulangtahun perkahwinan abam dan Nina yang ke – 8 dan ulang tahun kelahiran Nina yang ke – 33. Nina masih Nina yang sama, yang sudi memaafkan kesalahan abang.
Abam dah tinggalkan perempuan tu empat bulan selepas kejadian kantoi tu. Abam slow slow tinggalkan dia. Nina tahu dan Nina bagi kata kata perangsang.
Nina cakap kalau abam serious, baik abam kahwin je tapi kalau abam tak mampu berlaku adil, abam tinggalkan.
Nina yang bagi semangat dan nasihat kat abam hari hari sampai abam ada keberanian untuk tolak cinta perempuan tu. Abam dan Nina sambut anniversary dekat satu homestay tepi pantai.
Pada hari anniversary abam dan Nina sekitar pkul 11 – 5 petang lebih, Nina pluk abam dan c1um abam bertubi tubi.
Nina minta ampun dekat abam banyak banyak. Nina manja manja dengan abang. Lepas tu, Nina minta izin pergi mandi tepi pantai.
Abam bagi je sebab abam tahu Nina suka main air. Abam pula just rehat rehat tepi pantai tu.
Abam tak sangka itu kali terakhir abam melihat Nina dalam keadaan bernyawa. Nina dijumpai lem4s selepas setengah jam Nina mandi pantai.
Berat hati nak mengatakan bahawa Nina yang abam sayang dah tak ada..
* 2018 *
Dah 5 tahun Nina pergi. Abam masih disini, sendiri. Menunggu kedatangan Nina. Nina yang manja, Nina yang montel, Nina yang cute, Nina yang suka makan ayam.
Nina, kerajaan kita dah bertukar sekarang, Malaysia menang Sukan Sea 2017, abam dah buat ibadah haji tahun lepas.
Banyak abam nak cerita kat Nina ni. Rindunya abam kat Nina, macam tak tertanggung rasanya.
Sampai sekarang abam menduda, kerana abam tak boleh nak move on lagi.
Gambar Nina di FB pun abam print semua dan letak dalam album untuk hiilangkan rindu abang.
Yaa Allah, aku mohon Kau hadiahkan syurga buat bidadariku kerana sesungguhnya isteriku ialah seorang isteri yang sangat taat kepadaku dan dialah seindah indah manusia yang pernah berada di sisiku.
Nina, abam redha dengan pemergian Nina. Andai Nina sudi, datanglah dalam mimpi abang.
Sambil makan cempedak goreng tepi tasik ni, abang ada mood nak kongsi cerita lagi.
Tapi, kali ini abang nak kongsi perkara yang terjadi dalam hidup abang selepas tahun 1999 – 2004 sahaja.
Ya, abang nak sambung cerita pasal kisah hidup abang dan Nina, isteri abang yang montel tu semasa abang belum berkahwin dengan dia.
*1999*
Dua tiga hari lepas kenduri kakak abang no 2 tu, Abang pegang je tisu yang Nina bagi. Lama abang tenung tisu warna pink yang comot dengan kesan celak mekah.
Abang tengok nombor telefon Nina bagi tu. Ni nombor 5 ke nombor 8? Ni nombor 1 ke nombor 7?
Hairan dan geram dengan tulisan cakar ayam Nina sebab abang tak boleh baca angka apa yang Nina bagi. Abang pun dengan berdebarnya tanya bapak abang nama penuh bapak Nina.
Nasib baik bapak abang tak banyak tanya, dia terus bagi nama penuh siap dengan bin sekali.
Abang termangu sekejap kemudian dia terus turun ke dapur. Tak sempat nak tanya nombor telefon bapak Nina kat bapak.
Abang pun terus berlari pergi ke ruang tamu dan selak bawah alas meja kopi. Abang jumpa buku panduan yang ada senarai nombor telefon rakyat Malaysia.
Macam nak buta mata abang cari nama bapak Nina. Lepas terjuling juling mata abang, akhirnya jumpa juga nama bapak Nina beserta alamat dan nombor telefon rumah Nina.
Abang tulis nombor telefon tu elok elok dalam buku 555. Sepantas kilat abang berlari ke depan balai raya kampung abang.
Abang tengok ada sorang kakak ni tengah bergayut dekat public phone. Abang beratur belakang dia dan masa sampai turn abang, dia beratur belakang abang balik. Menggigil jari abang masa tekan nombor telefon rumah Nina.
Lepas tekan separuh, abang letak balik gagang. Kemudian abang angkat balik gagang, masukkan syiling, tekan nombor separuh dan letak balik gagang.
Abang ulang benda tu sampai kakak kat belakang abang tolak abang, rampas buku 555 abang dan tekan nombor Nina sampai habis.
Akhirnya, bertelefon juga abang dengan Nina. Tapi disebabkan abang jadi gagap bila dengar suara bapak Nina, itulah kali terakhir abang telefon Nina pada tahun 1999.
Lepas tu, abang hanya berutus surat dengan Nina sebab abang malu sangat nak bercakap. Hehe sorry Nina, abang tak pandai mengurat..
*2000*
Tahun ni abang masih berkawan dengan Nina. Berutus surat kalau Nina berada di universiti dan berkirim salam melalui bapak abang sekiranya Nina di rumah.
Ada satu ketika, Nina dah cuti semester dan abang pula dah habis belajar, hanya menunggu hari graduasi.
Nina ada ajak abang makan KFC dekat pekan, dekat je dengan rumah Nina.
Abang berdebar debar masa bersiap sampai berminyak rambut dan dahi abang sebab abang sapu pomade Tancho dekat rambut banyak sangat.
Abang pergi naik bas lompat untuk ke KFC.
Sampai sana, abang belanja Nina ayam KFC satu bucket. Masa abang makan, Nina tengok je kuulit ayam abang yang abang letak tepi pinggan.
Abang memang tak makan kuulit ayam. Nina tengok je sambil gigit gigit bibir.
Abang pun hairan sebab abang tak pandai baca fikiran Nina. Dengan tiba tiba, tangan montel Nina mencuri kuulit ayam abang dan Nina terus masukkan dalam mulut sambil tersenyum senyum. Abang terkejut dan tergelak sendiri.
Kruk kruk kruk bunyi kuulit ayam kena gigit. Comel sungguh, macam kanak kanak.. Nampaknya bermodalkan kuulit ayam je, dah mampu buat Nina tersenyum sehingga merah pipi Nina yang putih. Boleh gila bayang abang macam ni..
*2001*
Abang buat kerja part time dari pertengahan tahun 2000 hingga penghujung 2001 sambil tunggu tawaran sambung Master.
Abang ambil upah baiki alat elektronik dan buat kerja wiring.
Malam pula, abang buat tuisyen dekat balai raya, ajar Maths dan Fizik untuk budak budak SPM.
Semua ni abang buat berbekalkan dengan niat untuk mengahwini Nina satu hari nanti. Nina selalu tanya dalam surat, abang tak kisah ke nak berkahwin dengan orang gem0k? Abang selalu jawab, tak kisah.
Abang sebenarnya tak kisah langsung pasal berat badan Nina. Selagi Nina sihat, abang okay je.
Sepatutnya abang yang kena tanya Nina, Nina okay ke tak nak berkahwin dengan lelaki yang tak hensem, pemalu dan tak banyak cakap macam abang ni.
Bila abang dapat tawaran Master on full scholarship tu, mak bapak abang gembira sangat sampai buat kenduri.
Nina tak dapat hadir ke kenduri sebab Nina dekat universiti waktu tu. Bapak Nina yang banyak tolong abang.
Dia yang uruskan visa abang ke US dan dia tolong tukarkan duit sebab bapak Nina orang terpelajar dan selalu pergi luar negara.
Banyak betul jasa bapak Nina dekat abang. Bapak Nina dah siap canang dekat orang kampung abang yang abang ni bakal menantu dia hihi.
Jadi abang kena berusaha lebih untuk menjadi pelajar cemerlang masa buat Master nanti.
Lagipun orang kampung banyak bagi duit poket untuk abang. Abang akan buat yang terbaik untuk membanggakan mereka semua.
*2002 – 2003*
Dua tahun abang berada di bumi Amerika ni, abang banyak tempuh dugaan. Masalah r4c1sm paling buat abang jadi down lagi lagi selepas peristiwa 11 september 2001, masa permulaan semester dalam dua or tiga minggu lepas abang sampai US.
Abang digelar trr0r1st oleh professor abang sendiri di kelas dan banyak lagi. Nasib baik ada yahoo messenger, dapatlah abang berinteraksi dengan Nina di Malaysia.
Nina yang bagi semangat dekat abang, Nina jugaklah yang selalu bagi mesej berangkai dekat abang, ucap good morning dekat abang walaupun time tu abang baru nak lelapkan mata sebab dah pkul 11 malam di US. Nina yang comel dan manja..
Nina cerita kat abang pasal kehidupan seharian Nina, pasal kucing Nina makan burung la, pasal Nina tolong mak abang buat lepat pisang la dan yang paling terharu,
Nina bawa mak dan bapak abang ke cyber cafe dekat pekan untuk mereka tengok apa abang chatting dengan Nina.
Nina chatting depan mereka dan Nina cakap mak abang baca chat abang guna spek mata rabun dekat sambil menangis sebab terlampau rindukan abang.
Nina jadi moderator dan sampaikan apa yang mak abang cakap kepada abang.
Rumah abang kat kampung memang takde internet dan takde komputer, jadi usaha Nina bawak mak bapak abang ke cc sangat abang hargai. Terima kasih Nina..
*2004*
Abang dah balik Malaysia dan abang dah dapat kerja di KL. Nina pun dah habis buat degree, Nina juga dapat kerja dekat KL.
Nina tinggal dengan keluarga makcik Nina di Bandar Tun Hussein Onn, abang pula tinggal dengan housemates di Ampang.
Setiap minggu, Nina dating dengan abang sambil bawa sepupu Nina yang berumur 7-8 tahun tu. Perempuan juga, badan macam Nina dan suka makan ayam macam Nina.
Setiap kali keluar, mesti makan dekat kedai nasi ayam. Nina akan ambil kuulit ayam abang, sepupu Nina akan ambil isi ayam abang.
Sudahnya abang makan nasi dengan sup je. Hehehe cute pulak bila teringat balik.
Ada satu hari, Nina ajak berkelah dekat pantai Morib. Nina cakap, kita pergi asing asing, jumpa terus kat pantai pkul 4.
Abang iyakan je dan Nina minta abang bawa air sekali sebab Nina akan bawa makanan yang Nina masak.
Abang pun bawa la dalam 2 botol air sarsi dan sebotol air basuh tangan lengkap dengan sabun. Abang ada bawa juga ayam KFC satu bucket untuk Nina dan abang.
Sampai kat sana, terkejut abang bila nampak makcik Nina, pakcik Nina, sepupu, mak abah Nina dan mak abah abang dekat sana sekali.
Rasa nak ptah balik je sebab malu bila mereka semua bersorak time abang datang. Rupanya ini family gathering dan mereka nak tetapkan tarikh pertunangan.
Nina tersengih sengih dari kejauhan sambil jerit ‘KFC tu Nina dah cop, orang lain tak boleh makan’.
Hai la Nina.. Suka betul surprise surprise ni ye. Sudahnya bapak abang suruh abang pergi beli air lagi sebab tak cukup 2 botol kemudian kena beli KFC lagi sebab sepupu
Nina semua tengah kejar abang macam zombie untuk rampas bucket ayam. Hehehehe.
*18.10.2018*
Abang melawat kubur Nina pada hari jadi Nina, 8 Oktober lepas. Mak bapak pun ikut sekali walaupun mereka dah tua.
Walaupun kudrat mak bapak abang tak seberapa, mereka tetap gigih pergi ke kubur Nina setiap tahun, tanpa gagal.
Nina yang disayangi mentua, Nina yang baik hati, Nina yang prihatin. Kalau disisi manusia pun Nina semulia ini, abang doakan Nina juga dimuliakan oleh Allah di sana.
Abang rindu sangat, nak tengok Nina makan kuulit ayam, nak dengar suara Nina yang manja, nak chatting dengan Nina sambil senyum sendiri, nak berutus surat dengan Nina, nak baca tulisan Nina yang susah abang nak teka huruf apa Nina tulis..
Memang betul, orang cakap tak guna tangisi orang dah pergi. Apakan daya abang, abang hanyalah seorang lelaki yang merindui isterinya.
Abang rasa lost bila Nina tak ada, abang rasa gelap.
Abang tak pernah putus doakan kesejahteraan Nina. Biarpun keadaan jasad kita berbeza, cinta kita tetap sama. Nina, abang cintakan Nina sepenuh hati.
Tak sabar jumpa Nina nanti, inshaaAllah abang akan usaha supaya kita berjumpa di syurga.
Di mana kan ku cari ganti, Mungkinkah di syurga, Untuk kawan berduka, Menangis bersama, selama-lama – Abang Kamal
Apa pula kata dan pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen