Semasa

“Aku Sorang Jeke Yang Rasa Muka Dia Lain” -Netizen Pelik Tengok Muka Fathia Latif Sekarang

Fathia Latif, satu nama yang sangat dikenali oleh rakyat Malaysia. Baru-baru ini Fathia kembali ke dalam dunia berlakon di mana dia bergandingan bersama Kamal Adli dalam sebuah filem.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, kini Fathia kembali aktif dalam dunia lakonan dan dia juga aktif sosial media seperti Instagram.

Netizen dah peminatnya acap kali melihat Fathia memuat naik gambarnya, namun ternampak sedikit kelainan didalam gambar Fathia iaitu raut wajahnya yang agak lain dari sebelum ini.

Agaknya mungkin kerana cara fotonya diambil, ataupun pencahayaan yang membuatkan raut wajah Fathia agak lain dan berbeza dari sebelum ini.

Jika dilihat secara mata kasar, wajahnya memang  mempunyai sedikit kelainan, namun tidak mengubah struktur asal wajah Fathia. Hal ini menyebabkan rasa yang tertanya-tanya. Tapi Fathia masih kekal cantik, itu tidak akan berubah.

Walaupun wajah Fathia agak berbeza namun tidak ramai menyuarakan tentang hal itu. Mungkin kerana Fathia agak berisi dan telah bersolek yang membuatkan dia kelihatan agak berbeza dari sebelum ini.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat dan netizen menyapa “good morning” kepada Fathiya. Namun, ada satu netizen bertanya adakah hanya dia seorang yang melihat perbezaan di wajah Fathia.

Memang kita dapat melihat sesuatu yang lain, namun tidak pelik pun. Kerana memang sebelum ini pun Fathia pernah menerima komen mengenai raut wajah beliau yang sangat berbeza.