Sebelum ini usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri pernah memberitahu mahu menjual rumah miliknya di Pavillion, Kuala Lumpur.
Namun tidak berjaya walaupun sudah setahun diiklankan.
Menerusi satu perkongsian terbaru, Aliff tertekan apabila rumahnya itu masih belum terjual.
Ujarnya, rumah tersebut dijual pada harga RM6 juta lebih rendah daripada harga pasaran.
“Menunggu pembeli rumah ini yang tidak kunjung tiba. Last-last saya je duduk sini.
Saya dah jual murah RM6 juta jer sebab harga market value adalah RM6.5 juta,” tulisnya.
Kata Aliff lagi, mungkin faktor utama rumah tersebut sukar untuk terjual berpunca daripada pandemik melanda negara, apatah lagi semua pusat beli belah masih lagi ditutup.
“Tak tahu apa masalah masih tak ada pembeli sekarang ni musim Covid-19 nak shopping semua tutup kedai. Kalau siapa nak beli boleh hubungi manager saya,” katanya.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju pandemik menjadi punca jualan rumah tidak mendapat sambutan.
Tidak kurang juga ada yang beranggapan ayat digunakan Aliff seolah nilai RM6 juta itu adalah jumlah yang kecil.
Aliff berkata dengan situasi pandemik ketika ini sukar untuk mencari pembeli kerana rata-ratanya tidak berkemampuan untuk membeli rumah berharga RM6 juta itu.
Susulan itu, Aliff mengambil inisiatif untuk menyewakan sahaja rumah berkenaan.
“Kesian saya tunggu pembeli-pembeli tak kunjung tiba. Sedih sangat saya sebabnya nak jual rumah apartment saya di Pavillion Bukit Bintang ni.
Akan tetapi sebab musim PKP tak ada orang yang mampu membeli rumah ni.
“Padahal saya dah jual murah daripada nilai pasaran hanya RM6 juta berkelengkapan penuh (fully furnished),” katanya.
Ujarnya, sewa bulanan rumah tersebut adalah RM28,000 namun disebabkan pandemik dia menawarkan diskaun hingga 50 peratus.
Kata Aliff lagi, rumah tersebut betul-betul di atas Pavillion dan boleh turun sahaja jika ingin membeli belah dan makan.
“Rumah ni betul-betul bawah Pavillion jadi kalau nak shopping beg Gucci, LV ka Prada ka turun ja bawah lift dah sampai,” katanya.
Status Terbaru Alif Mengejutkan
Susulan sering dikecam netizen, Aliff akhirnya meluahkan sesuatu di laman media sosialnya.
“Umur saya semakin tua dan sy rimas dgn dunia yg over glamer mcm dulu. Sy pilih utk lebih slow dr dulu dan menjadi lebih matang.
Saya melihat benda yang paling berharga adalah bersma mak dan abah dan family yg sentiasa bersama kita menyokong dan mengembirakan.
Jalani moment dgn gembira..sbb kita tidak tahu esok atau lusa mungkin ajal akan tiba… jadi ubah lah diri untuk menjadi lebih matang dan baik dr sblum ini.
Bukan menjadi malaikat yang sentiasa merasakan diri ini serba sempurna. Baiki diri ingat lah siapa kita dan tanggungjawab kita sebelum kita di persoalkan kelak.
Sebab…Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja.
Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita lebih matang dan masa sungguh bermakna…”
Apa pendapat anda? Sila kongsikan komen, dan kongsi artikel ini. TQ