Semasa

Anak-Anak Rahsiakan Dulu, Ibu Sebak Tahu Pemergian Bapa Lepas Balik Umrah – “Diorang Janji Nak Pergi Mekah Sama-Sama”

Kehilangan insan tersayang terutamanya suami atau isteri adalah satu peristiwa yang sangat per1t dan semestinya tidak dapat dilupakan. Itulah yang dilalui oleh seorang wanita ini selepas menerima berita pasangan hidupnya telah pergi buat selama-lamanya.

 

Terima berita sed1h lepas balik umrah

Seorang pengguna TikTok yang dikenali dengan nama Umiaisy ada memuat naik momen ibunya yang baru sahaja menerima perkhabaran dvka itu selepas pulang dari menunaikan umrah. Tak dapat digambarkan betapa lulvhnya hati wanita ini (ibu) apabila mengetahui suami tercinta telah menghadap Ilahi sewaktu dia masih di Tanah Suci. Menurut Umi Aisy, dia bersama adik-beradiknya sudah berpakat untuk merahs1akan perkara tersebut kerana mahu ibu mereka tenang dalam mengerjakan ibadah umrah.

Tamat tempoh idah, mak z1arah kvbur arw4h ayah. S4yu hati tengok mak. Al-fatihah ayah.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan si ibu tidak dapat men4han seb4k dan mengalirkan air mata ketika membacakan yassin di pus4ra bapa. Tambah Umi Aisy lagi, sepatutnya ibu bapanya pergi ke Tanah Suci bersama-sama tetapi si bapa tiba-tiba jatvh s4kit namun sempat memberi keizinan kepada isterinya untuk menunaikan umrah.

Tak pernah satu hari pun mak tinggalkan ayah, sentiasa di sisi. Asalnya diorang dah janji nak pergi ke Mekah sama-sama tapi ayah s4kit dan dia izinkan mak pergi dengan adik-adik mak.

Video yang dikongsikan telah mendapat hampir 430k tontonan dan kebanyakan netizen berasa sebak melihat situasi berkenaan. Mereka juga mengucapkan salam takziah dan berharap agar keluarga arw4h tabah dengan ujian tersebut.

Meskipun begitu, ada sesetengah pihak mempertikaikan bahawa wanita itu berhak tahu tentang pemergian suami tercinta. Menjelaskan isu berkenaan, mereka tidak mahu mengganggu fokus si ibu beribadat selain mementingkan kesihatan wanita itu yang dikatakan agak lem4h semasa dalam umr4h.

Komen

Sumber: umiaisy