Semasa

Anak Mangsa Tampil Ceritakan Apa Yang Menyebabkan Lelaki Motor Belasah Teruk Ayahnya..

Tular sebuah video berdurasi 21 saat memaparkan tindakan seorang lelaki memukul warga emas itu sehingga terjatuh atas jalan.

Beberapa orang awam yang melihat insiden tersebut kemudian menghampiri dan cuba menghentikan perbuatan itu yang menerima kecaman netizen.

Menerusi satu laman Facebook Metafora Anafora telah memuat naik satu kenyataan yang dipercayai adalah anak kepada pakcik tua yg dipvkul itu.

Assalamualaikum. Terlebih dahulu sy ucapkan terima kasih kepada saksi dan orang awam yang cuba menyelamatkan pakcik tua tersebut. Sebagai anak yang menguruskan ayah sy yang sedang sakit buah pinggang (dialisis ), luluh hati ini melihat dia dipukul. Adakah dia layak dipukul sebegitu rupa.??

Sedih saya melihat penyebaran fitnah berlaku dengan mudahnya apabila pelbagai tuduhan diberikan. Adakah ini amalan yang dituntut dalam agama ? Astaghafirullah..

Setelah disusun atur dari saksi2 , kronologi Kes bermula apabila ayah saya yang memandu sedang bersedia utk pusing ke arah kanan utk naik ke jambatan dari jalan bawah jambatan.

Tanpa disedari datang 1 motor yang agak laju memintas kereta ayah. Bukan utk ke kanan manaiki jambatan . Tetapi dia memintas di sebelah kanan utk terus ke jalan mat raji. Disebabkan itu , suspek merasa tidak selamat dan terus memaki ayah saya dengn jeritan yang kuat.

Sbgai seorang yang tua dan berumur , ayah sy rasa bersalah dan dia keluar dari kereta utk melihat apa yg terjadi kerana risaw jika ada pelanggaran dan cedera pada suspek .Tiada sedikit pun pelanggaran berlaku selepas dipastikan .

Dek kerana tidak puas hati dan meliht ayah keluar dari kereta ,suspek u turn dan kembali ke kereta ayah dan parking di sebelah kereta (bhgian penumpang). Dia terus melulu ke arah ayah dan terajang.

Apa lah kederat otang tua yg baru lepas dialisis semlam. Dia tumbang disitu. Tidak cukup lgi, dia naik atas badan ayah dan terus tidak henti2 menumbuk muka dan sambung memijak badan ayah. Kata2 sepeti “mati kau” berulang kali disebut oleh suspek.

Jikalau anda perasan , ayah tidak melawan kerana dia tiada daya upaya . Dan dia tertnya tnya apa salah nya. Dan jikalau kita perasan lg , sewaktu dipukul ayah sedang melindungi lengan kirinya dan pinggang nya dari tercedera. Ini kerana Risaw tapak dialisis nya pecah atau putus.

Mak dan anak buah (3 tahun setengah) yang berada di dalam kereta hanya mampu melihat seorang suami dan atok nya dipukul. Seorang yang berumur bersama isteri dan cucu boleh jerit atau tunjukkan jari lucah “f*ck “ pada suspek yg dia risaw td ?????

Jawapn tidak . Tiada perktaan / perbuatan tersebut dibuat. Ini hanya kata2 dari mulut suspek utk memohon ehsan simpati atas tindakan nya.

Selepas kedua dua mereka selesai membut laporan polis, Ayah telah pun dibawa ke hospital shah alam dan telah keluar pada jam anggaran 10.30pm td . Bdan nya masih lemah dan dia mengadu masih sakit di rusuk kiri.

Sekali lg , terima kasih pada abg boy ,Dato Fairuz , abg sham , Cepet , pemuda padang jawa dan penduduk padang jawa lain yg membantu melindungi keselamatan ayah dari kejadian tersebut dari awal sehinggalah ke balai polis. Tidak terblas budi anda semua.

Dia lah satu2nya ayh yg sy masih ada utk saya jaga.

Seorang penunggang motosikal yang tular memukul lelaki warga emas di jalan berdekatan jejantas Padang Jawa, di sini, hari ini ditahan polis bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 61 tahun tampil membuat laporan, kira-kira pukul 2 petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang juga pesara swasta memandu bersama isteri dan cucunya menuju ke Putrajaya pukul 12 tengah hari.

Katanya, ketika membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang menunggang Yamaha Y15 dipercayai menjerit dan memarahi mangsa.

“Mangsa kemudian berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran, namun suspek terus menendang dada kirinya.

“Suspek kemudian duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka dan kepala bertubi-tubi hingga menyebabkan bengkak bawah mata serta kepala selain sakit di rusuk,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Mohd. Iqbal, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Penunggang motosikal itu direman esok bagi membantu siasatan. Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada Aziz di talian 018-9124770,” katanya.

Sumber : Metafora Anafora / Utusan Online