Semasa

Kecewa Beri Sokongan Pada Awalnya kpd Ismail Sabri, Anwar Tidak Puas Hati Apabila PM Melantik ‘dia’ Dalam Kabinet

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob meletakkan syarat supaya kabinetnya membuktikan pencapaian kementerian masing-masing dalam masa 100 hari pertama menggalas tanggungjawab.

Dalam pengumuman kabinetnya hari ini, Ismail berkata setiap kementerian perlu membuat perancangan jangka masa pendek dan panjang dalam untuk mencapai objektif yang disasarkan.

Setelah hampir seminggu negara menantikan barisan kabinet menteri yang bakal menerajui kerajaan baharu, pengumuman Perdana Menteri semalam menamatkan segala teka-teki yang menjadi perbincangan ramai.

Bagaimanapun, pengumuman kabinet menteri tidak memperlihatkan perbezaan yang ketara dengan kerajaan Pakatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Tun M Kecewa Lihat Senarai Ahli Kabinet

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad menganggap susunan kabinet Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan pagi tadi sebagai mengecewakan.

Katanya sesetengah menteri terbabit adalah orang yang dianggap gagal semasa berkhidmat di bawah Muhyiddin Yassin sebelum ini.

Malah kata Mahathir ada antara menteri yang dipilih Ismail Sabri itu – seperti Shahidan Kassim – dirasakan hanya pandai bercakap berbanding melakukan tugas sebagai menteri.

Ahli parlimen sebegitu menurut Mahathir juga kelihatan tidak berminat untuk mengawal dan mengurangkan penularan wabak Covd-19.

Sebaliknya lebih banyak bercakap mengenai politik, termasuk bagaimana menjalin kerjasama dengan parti lawan.

“Semuanya politik, (isu-isu) berkenaan masalah rakyat yang menderita, yang mati begitu ramai, tak nampak satu pun tindakan diambil atau diberi perhatian oleh mereka.

“Saya kecewalah dengan kerajaan ini kerana tak ada perubahan selain daripada (seperti) di bawah Muhyiddin dulu,” katanya.

Bekas perdana menteri itu ditanya mengenai pandangannya berkenaan pembentukan kabinet yang diumum Naib Presiden Umno berkenaan jam 11 pagi tadi.

Selain Ismail Sabri ada 30 ahli parlimen dan senator dipilih menganggotai kabinet dalam kerajaan yang dibentuk selepas Muhyiddin meletak jawatan pada 16 Ogos lalu.

Kebanyakan menteri terbabit adalah orang yang sama dipilih Muhyiddin, manakala sebahagian ‘muka baru’ yang dibawa masuk pula ialah ahli parlimen yang pernah menjadi menteri pada zaman BN dulu.

Shahidan yang juga Ahli Parlimen Arau, Perlis, dilantik mengetuai Kementerian Wilayah Persekutuan bagi menggantikan Annuar Musa (Ketereh) yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Ismail Sabri juga mengumumkan pelantikan 34 orang lain untuk menjadi timbalan menteri.

Anwar Juga Tidak Puas Hati Pemilihan Menteri Dalam Kabinet

Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilihat meluahkan kekecewaanya dengan pengumuman tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Anwar menyifatkan barisan Jemaah Menteri sebagai kabinet ‘kitar semula’ kerana kerajaan baharu ini masih diterajui oleh wajah yang sama.

Beliau berkata demikian setelah melihat reaksi spontan rakyat, yang diluahkan secara guarauan selepas pengumuman tersebut dilakukan.

Anwar turut meluahkan kekecewaannya setelah langkah yang diambil oleh PM untuk menubuhkan kerajaan baharu hanyalah sekadar mengitar semula menteri yang pernah berkhidmat dengan kerajaan terdahulu.

Walaupun Ismail Sabri memberi tempoh 1oo hari untuk barisan menteri menunjukkan pencapaian mereka.

Namun Anwar jelas meragui kenyataan tersebut kerana sejak setahun yang lalu tiada sebarang kemajuan yang dapat dibanggakan oleh kerajaan PN.

Bagaimanapun bagi memastikan berlakunya perubahan dalam kehidupan rakyat, pembangkang akan terus memantau serta memberi bantahan yang lantang.

Ia sekiranya kabinet tidak dapat menangani wabak Covid-19 dengan baik.

Najib pertahan kabinet Ismail Sabri meskipun sedar ramai kecewa

Bekas perdana menteri Najib Razak mempertahankan barisan kabinet yang diumumkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob meskipun menyedari ramai rakyat kecewa dengan pengumuman pembentukan itu.

Najib berkata dia faham kenapa perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan sebegitu bagi mengelak perubahan ketika tempoh kritikal ini.

“Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baru hari ini. Seolah-olah kebanyakan menteri dan timbalan menteri adalah orang yang sama dan ini adalah kabinet ‘recycle’.

“Bagaimanapun, saya faham kenapa PM9 dan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan berikut. Agar mengelak perubahan terlalu besar dilakukan pada ketika tempoh kritikal ini.

“Pun begitu, sebenarnya hampir separuh kementerian kerajaan telah bertukar pemimpin,” kata Najib dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Antaranya kementerian yang bertukar terajunya kata Najib antaranya, luar negeri; kesihatan; pertahanan; sains , teknologi dan inovasi; komunikasi dan Multimedia; pembangunan luar Bandar dan usahawan dan koperasi.

Terdahulu, perdana menteri mengumumkan pembentukan barisan kabinet baru hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Barisan Kabinet baru ini dijadual akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin depan.

Ismail Sabri ketika mengumumkan senarai berkenaan berkata, tugas utama kabinet yang dibentuk hari ini adalah untuk menangani Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi.

Katanya, setiap menteri juga mesti menunjukkan prestasi mereka dalam tempoh 100 hari pertama memegang jawatan.

Dalam pada itu, Najib percaya bahawa dasar Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi pengawalan Covd-19 juga akan berubah kerana ketuanya telah bertukar.

“Saya percaya bahawa dasar MKN bagi pengawalan Covd juga akan berubah sebab ketua MKN telah bertukar, katanya.

Secara konvensyen MKN diterajui oleh perdana menteri dan sebelum ini dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin.

Najib tidak mengulas lanjut tetapi Ismail Sabri sebelum ini menggunakan analogi “pintu” setelah dia tidak sehaluan dengan menteri perdagangan dan industri antarabangsa ketika itu, Azmin Ali yang ingin membenarkan lebih banyak perniagaan beroperasi semasa wabak Covd-19.

Ismail Sabri, yang pada masa itu adalah menteri pertahanan dan menteri kanan keselamatan yang bertanggung jawab ke atas sekatan pergerakan berkaitan Covd-19, menghantar mesej tersirat di media sosial bahawa dia telah “menutup pintu depan tapi…” .

Ismail Sabri enggan mengulas mengenai catatan itu tetapi sumber dalaman kerajaan mendakwa dia telah berselisih pendapat dengan Azmin mengenai cara menguruskan wabak Covd-19.

Najib berkata dengan Ismail Sabri sekarang sebagai perdana menteri, dia mempunyai kuasa bagi membuat keputusan muktamad.

“Dan jika ada yang masih mahu buka pintu belakang, ketua MKN baru yang mempunyai hak serta kuasa bagi keputusan terakhir perlaksanaan dasar akan menghalangkan,” katanya.

Menurut Najib lagi harapannya cuma satu iaitu kabinet hari ini perlu berdasarkan hasil dan pencapaian.

“Dan PM9 akan gugurkan menteri-menteri yang gagal membuktikan pencapaian serta kemampuan mereka selepas tempoh 100 hari yang diberi telah berlalu.

“Insya-Allah, saya akan membantu seberapa yang mungkin dalam usaha memulihkan negara dari segi Covd-19, ekonomi dan kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Sumber: astro awani