Semasa

“Apahal aku pulak yg kena jaga” Ayah Mula Panas Hati, Perangai Mak Mengabdikan Diri kat Abg Afiq Semakin Melampau

Tq admin andai disiarkan. Jujur, aku harap ada yang dapat ambil pengajaran terutama para ibu di luar sana.

Aku Ina, berkahwin dengan suamiku Hakim selama 4 tahun. Sepanjang tempoh perkahwinan 4 tahun, dah banyak kali suami makan hati dengan sikap mak yang pilih kasih.

Suami ada 3 orang adik beradik, dan dia anak kedua. Dia merupakan seorang yang pendiam dan sangat jarang marah atau tinggikan suara.

Yang sulung Abang Afiq, sudah berkahwin dan kerja sebagai pegawai di bank terkemuka di Johor. Adik bongsunya pula sedang menuntut di IPTA Perak.

Abang Afiq, walaupun gajinya tinggi, namun seolah duitnya tak pernah cukup. Kerana isterinya seorang yang demanding.

Suka berbelanja, suka travel dan suka tukar kereta atau perabot macam salin kulit. Natijahnya, dia akan usaha untuk pinjam duit dengan suamiku.

Suamiku pula hanyalah pekerja biasa di sebuah syarik4t swasta. Gajinya hanya cukup–cukup untuk keperluan kami sekeluarga.

Selebihnya dibuat simpanan untuk hal kec3masan.

Ibu mertuaku sangat melebihkan anak sulungnya dalam apa-apa hal. Saat Abang Afiq merajuk bila tak dapat pinjam duit dengan suamiku, dia akan mogok tak nak pulang ke kampung.

Dan ibu pula akan berterusan memujuk suamiku supaya meminjamkan duit sambil menangis-nangis.

Hati anak mana yang tak akan lembut kalau mak dah merayu-rayu. Lalu dalam tak reIa, dia gunakan duit kec3masan untuk dipinjamkan pada Abang Afiq.

Seperkara lagi, Abang Afiq dan keluarga akan dilayan dengan sangat istimewa tiap kali mereka pulang ke kampung.

Di bilik mereka disediakan aircond supaya isteri dan anak tak panas. Bangun tidur pukuI 9 dan segalanya dah tersedia.

Cucu kesayangan pula dihidangkan dengan pelbagai pilihan kuih muih sehingga ayah mertua aku selalu membebeI sebab membazir katanya.

Bila anak aku cuba dekat, nak ambil kuih – kuih tu, ditepisnya tangan anak aku dan kata,

“Allah hai… awak nihh, awak tu dah hari – hari duk sini, boleh beli sendiri. Bagi la diorang makan, jangan kacau! Pergi main kat luar sana!”, lalu keluarlah anak aku dengan muka sedih.

Aku pujuk lalu aku ajak mereka bermain di luar. Suamiku hanya memerhatikan saja dari ruang tamu.

Aku tahu dia terasa, namun dia tak akan luahkan. Tidak bahkan pada aku. Cuma aku sebagai isteri, aku kenal setiap raut wajah suami.

Bila Abang Afiq hadiahkan mak baju kurung sempena Raya, mak akan canangkan hadiah pemberian Abang Afiq itu pada semua sed4ra mara.

Bila ada yang memuji, “Alhamdulillah… boleh la juga pakai baju mahal-mahal ni sebab Along belanja. Kalau tak, takdenya nak merasa..” sambil jeling sinis pada suamiku.

Ye, suamiku hanya pekerja biasa bergaji biasa. Cuma apa yang dia tak tahu, duit baju kurung itu Abang Afiq pinjam dari suamiku. Suamiku hanya diam sambil menunduk.

Teringat aku pada sepasang baju kurung yang suamiku hulurkan pada mak 2 minggu sebelumnya. Kemas tersimpan di almari agaknya.

Sedangkan suami begitu teruja bertanyakan pendapatku tentang baju yang dibelinya.

Kemuncak semuanya, bila Abang Afiq minta ibu jagakan anak – anak mereka kerana dia perlu berkursus dan isterinya mahu ikut bersama. Mak turutkan saja dengan senang hati.

Selang setengah jam, pasti dihantar gambar cucu-cucunya di Group WhatsApp walaupun Abang Afiq tak pernah bertanya.

Beberapa bulan selepas itu, ditakdirkan anak bongsu kami terkena demam panas. Paniklah kami untuk membawa anak ke hospitaI.

Lalu suami decide untuk bawa anak sulung kami tidur bersama mak ayah. Kerana risau kami terp4ksa bermalam di hospitaI.

Namun ayat Mak dari dalam bilik sampai hari ni aku ingat, “Lepas ni dah boleh jadi pengasuhlah aku nih.

Nak kena jaga anak orang pulak! Habis bila yang aku nak rehat?!”. Aku dengar suara ayah menegur mak dengan keras, tapi takku dengar butir bicaranya.

Tanpa tunggu lama, suami heret kami masuk ke dalam kereta. Sambil tidurkan anak bongsu kami yang masih panas berbahang, tanganku mencapai tangan suami, cuba menyalurkan kekuatan padanya.

Dan aku tiba-tiba terdengar suara kecil suami menahan tangis! Ya Allah, ini kali pertama dia menangis. Dia tewas, setelah bertahun lamanya dia memendam rasa.

Sehingga hari ini, dia tak pernah minta tolong mak untuk jagakan anak kami walau susah macam mana sekalipun.

Abah juga pernah suarakan pada kami supaya tinggalkan anak – anak bermalam sehari dua, tapi suami menolak dengan lembut. Katanya, takut anak-anak menangis tengah malam nanti.

Dalam rasa kecil hatinya, dia tetap menunaikan tanggungjawab seperti biasa pada mak dan ayah. Langsung tiada beza.

Abang, ketabahanmu mengagumkan Ina. Abang suami dan anak yang baik, terlalu baik. Biar apa kata orang, Abang tetap insan paling baik Ina pernah jumpa.

Tak pernah tinggikan suara pada kami mahupun pada mak ayah. Sentiasa bertungkus lumus dengan pekerjaanmu.

Biar apa orang kata, Ina dan anak – anak bahagia bersama Abang. Semoga hati mak terbuka satu hari nanti untukmu, Abang.

Part II: Aku merupakan seorang pensyarah di utara tanah air, berusia dalam 30an.

Aku dah kahwin dekat 10 tahun dan ada ramai anak yang agak rapat. Seorang baru sahaja masuk sekolah rendah dan yang paling kecil belum sampai lagi setahun.

Posting ni adalah lebih berkisarkan suami dan saya memohon pandangan anda semua sebab saya sangat keliru dengan sikap suami.

Sebenarnya suami dah pernah cari calon sendiri sebelum ni lagi. Dia pernah berkawan dengan kawan office dia sampai bercita-cita nak kahwin dengan Miss N tu.

Miss N ni masih lagi bujang dan baik orang nya.

Aku cakap baik ni sebab dia nampak macam hormat aku even aku memang tak rela nak terima madu pun masa tu. Aku dah ada dua anak masa tu.

Kecik-kecik lagi pulak tu. Aku cuma berdoa la semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik.

Jodoh mereka tak panjang sebab Miss N punya family memang menentang habis-habisan dan diorang cepat-cepat kahwinkan dia dengan orang lain. Aku tengok diorang dah bahagia pun dan beranak pinak.

Aku ingat suami dah insaf la dengan meletakkan anak dan keluarga nombor satu lepas tu. Namun tak berpanjangan.

Lepas beberapa tahun, semasa tengah berpantang anak keempat, husband terus terang dia tengah mengenali seseorang semasa aku tengah berpantang.

Anak aku ramai jugak, so mungkin dia ingat aku tak akan meroyan teruk sebab dah biasa bersalin.

Bersalin dan menjaga diri selepas bersalin tu tak mudah yer. Lagi-lagi bila aku berpantang jauh di kampung jauh daripada dia.

Memang Allah sahaja yang tahu macam mana aku memendam perasaan fikir macam-macam seorang diri.

Dah dia pun jauh kan. Aku duk pikir apa lah kurang nya aku ni, dia duk buat mcm ni.

Alhamdulillah, aku dah lepas pantang dan dah balik duduk bersama dengan suami. Masa dah balik ni, aku banyak jugak denga ceramah agama.

Ustazah Asma’ Harun antara penceramah yang buatkan hati aku jadi tenang. Ada satu ceramah tu dia ada mention yang tak semua perempuan boleh redha bila suami nak kahwin lain.

Jadi kalau kita tak setuju dan tak redha, kita tak berdosa pun. Ada lah tu hikmah dan sebab dia.

Ini membuatkan aku terus terang dengan suami yang aku memang tak boleh terima perempuan tu.

Hati aku sakit sebab perempuan tu macam takde perasaan hormat dekat aku. Tak tahu malu dan anggap suami aku macam pakwe dia dah.

Aku cakap dekat dia kalau dia nak sangat aku terima, doa lah banyak-banyak dekat Allah. Sebab Dia yang pegang hati kita ni.

Sejak daripada tu nampak suami aku ni macam dah jauhkan diri daripada perempuan tu. Tapi mereka masih berkawan.

Tu yang membuatkan hati aku ni masih resah gelisah. Dan perempuan tu of course masih lagi berharap.

Suami aku memang layan dia biasa je masalahnye perempuan tu masih tak berubah.

Aku dah nasihat macam-macam kat perempuan tu suruh berhenti mengharap tapi tak guna.

Sama je lagi. Aku tak paham kenapa suami aku tak boleh nak berhenti je kawan dengan dia. Jangan layan terus. Ego mungkin?

Mungkin ada silap aku sebab terlalu sibuk dengan kerja sampai tak ada masa nak pikir sangat pasal suami aku.

Alhamdulillah, kat rumah ada pembantu jadi aku tak terkejar-kejar sangat dengan urusan sekolah anak-anak dan baby kecik tu.

Cuma kalau pembantu bercuti, memang suami aku tak pandai sangat nak bantu uruskan hal-hal rumah ni.

Adakah sebab ni jugak dia rasa kahwin ni senang? Suami aku pulak sangat pentingkan kerja dia.

Memang kebanyakan masa dia akan sibuk dengan kerja siang dan malam. Masa hujung minggu pun dia akan kerja.

Ni jugak antara sebab aku tak rela lagi suami aku nak kahwin lagi.

Aku tak tahu lah ape kesudahan kisah kami ni. Aku rasa suami masih berharap untuk aku redha. Perempuan tu lagi lah.

Aku tak boleh lah nak berbaik dengan dia ni. Aku ada anak-anak yang kecik lagi dan masing-masing perlukan kasih sayang yang cukup. Aku pun perlukan masa untuk build career aku.

Aku harap penceraian bukan jawapan untuk kes kami ini sebab suami sangat sayangkan anak-anak.

Aku nak minta korang semua doakan lah aku ni supaya terus diberi kekuatan dan kemudahan untuk bersama keluarga yang tersayang ni.