Semasa

Alami D4RAH Tnggi, Istri Pula Jalani Pembedahan K4NSER, Azhan Rani Pohon Doa Buat Keluarga Harun Hashim

Pelakon, Azhar Rani mengakui berasa agak sedih selepas mendapat perkhabaran mengenai pelakon senior, Harun Hashim.

Dia dikhabarkan kini sedang menerima rawatan di hospital akibat serangan darah tinggi sejak tiga hari yang lalu.

Menurut Azhan, Harun kini dilaporkan baru sahaja sedar selepas ditidurkan untuk beberapa ketika.

“Allahuakbar, baru saja dapat berita abg @harunhashim_official kini sedang bertarung dengan serangan darah tinggi.

Dan telah berada di hospital selama 3 hari. mengikut sumber, dia telah ditidurkan dan baru saja sedar,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Perkhabaran tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Nur itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Azhan Rani Pohon Doa Buat Keluarga Harun Hashim

Katanya lagi, dugaan ini sememangnya berat untuk dipikul oleh isteri kepada Harun yang dikhabarkan turut bakal menjalani pembedahan akibat penyakit knser yang dialaminya.

“Ujian berganda juga buat kak sakinah isterinya yang khabarnya disahkan mengidap kanser dan terpaksa menjalani pembedahan segera pagi tadi.

“Moga Allah mengangkat doa2 kita semua yang mengenali dan mengasihi beliau dan isterinya, agar diberikan kekuatan dan kesembuhan segera. in shaallah. amin,” ujarnya lagi.

Azhan Rani Pohon Doa Buat Keluarga Harun Hashim Azhan Rani Pohon Doa Buat Keluarga Harun Hashim

Sebelum ini Harun Hashim pernah mengusahakan restoran di Batu Caves Centerpoint sejak awal tahun.

“Saya buat keputusan ini kerana sebelum kita kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dah memang tak dapat berlakon. Jadi, saya tak mahu buang masa dengan asyik bermurung.

“Saya minat berniaga dan isteri pun pandai memasak. Jadi, kami jual makanan barat dan tempatan seperti pecal kerana sebelum ini pun, isteri ada kedai di Shah Alam.

“Apabila saya sakit misteri sekitar 1993 lalu, dia terpaksa berhenti berniaga untuk menjaga saya sehinggalah sembuh,” katanya kepada Harian Metro.

Harun yang dikenali dengan pelbagai watak utama termasuk antagonis, berkata dia akan kembali berlakon apabila keadaan kembali stabil.

“Isteri akan uruskan kedai ini kerana dia juga suka berniaga. Alhamdulillah, setakat ini kedai kami mendapat sambutan yang baik terutama daripada rakan-rakan artis.

“Selepas ini saya bercadang nak buka cawangan kedai di Sentul pula, selain kami pun ada berniaga secara ‘online’. Syukur, ada ramai pelanggan yang buat tempahan untuk kenduri arwah dan lain-lain.

“Untuk tawaran berlakon memang ada diterima iaitu penggambaran bagi dua drama dan satu telefilem tapi semuanya ditunda akibat PKP sebelum ini,” katanya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa duka cita selain turut menitipkan doa buat Harun dan juga isterinya.

“Semoga dipermudahkan dan semoga cepat sembuh buat Abang Harun dan isteri. Amin.

“Keep on fighting legend. Moga dikurniakan kesembuhan untuk kedua-duanya.

“Ya Allah kesiannya. Semoga Abang Harun Hashim cepat pulih seperti sedia kala,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Azhan turut dilihat ada memanjatkan doa semoga Harun dan isterinya masing-masing segera diberikan kesembuhan daripada penyakit yang dialami oleh mereka.

Semoga abang Harun Hashim sentiasa diberi kesihatan yang baik, dan rezeki yang melimpah.

“Memang minat btl dngn lakunan harun hashim ni. Semoga di beri kn kesihatan yg baik dn di permudah kn urusan..”

Sumber: Instagram Azhan Rani