Semasa

“Bapak bdoh..”- Netizen Geram.. Bapa Tunjuk Skill Wheelie, Anak Takut Menangis Tak Diendah

Menunggang motosikal dalam keadaan membahayakan sememangnya satu perkara yang salah kerana boleh membahayakan nyawa orang lain.

Walau bagaimanapun, ketika diusia muda terutamanya kaum lelaki, perkara tersebut seakan satu kebiasaan dan ramai yang pernah melakukan aksi-aksi lagak ngeri di jalanan.

Tindakan merbahaya
Namun, jika perangai ketika muda masih dibawa-bawa sehingga sudah mempunyai anak, ia bukanlah sesuatu yang harus dikagumi lebih-lebih lagi jika melakukan perkara tersebut ketika membawa anak menaiki motosikal.

Hal ini dikongsikan akaun Twitter milik @My_CrimeWatch apabila menunjukan seorang lelaki membonceng anaknya di bahagian depan dan membuat aksi ‘wheelie’ yang membahayakan.

Menerusi video tersebut dapat didengar tangisan kanak-kanak tersebut yang ketakutan selepas bapanya melakukan aksi tersebut namun tetap diteruskan oleh lelaki itu.

Perakam video juga galak meminta aksi lagak ngeri terbabit dilakukan berulang kali untuk dirakam.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengecam tindakan kurang bijak lelaki berkenaan kerana melakukan tindakan merbahaya itu lebih-lebih lagi ketika membawa anak kecil.

Mereka juga turut merasakan individu yang menyuruh lelaki itu melakukan aksi wheelie turut tidak bertanggungjawab kerana cuba menggadaikan nyawa seorang anak kecil hanya untuk sebuah konten tak berfaedah.

Sumber: Twitter @My_CrimeWatch