Semasa

Rentetan Iqbal Mula Terpikat dgn Kelembutan Rossa, Ini Respon Vida yg Mengejutkan

MENGAMBIL keputusan membawa diri ke negara Indonesia, usahawan kontroversi Ahmad Iqbal Zulkifli memberitahu kini cuba mendekati penyanyi terkenal negara seberang, Datuk Sri Rossa.

Usahawan kontroversi, Iqbal yang kini bergelar penyanyi selepas melancarkan singlenya iaitu Hujan memutuskan untuk membawa diri ke negara seberang, Indonesia buat seketika.

Sebaik sahaja Iqbal tiba di Indonesia, penyanyi terkenal dari negara tersebut iaitu Datuk Rossa merupakan orang pertama yang dijumpai.

risa1

Iqbal sifatkan Rossa seorang yang lemah lembut dan minimalis.

“Saya suka tengok dia, dia profesional, humblelow profile, tak gedik, sopan, bercakap pun tak bising, minimal, tidak sarat bila berfesyen dan bercakap pun lemah lembut,” katanya kepada mStar.

Ujar Iqbal, selepas berpindah ke Indonesia dia berasa lega kerana kedatangannya disambut baik netizen di negara itu.

Dalam Perbincangan Untuk Menyertai Rancangan TV

Dia yang berniat untuk tinggal lama di sana cuba untuk mencari peluang dan ruang memasuki pasaran Indonesia sekiranya ada rezeki.

“Saya rasa akan duduk lama dekat sini tapi tak tahu sampai bila sebab rasa tak berapa tenang dekat Malaysia.

“Saya juga dalam proses untuk masuk program TV di sini tapi tak berani lagi nak confirm, masih dalam perbincangan.

“Saya juga try nak approach Melly Goeslow untuk buat lagu, tapi tengok dulu rate mereka. Saya suka dengan melodi dan arrangement lagu mereka.

Dalam pada itu, tambah penyanyi lagu Hujan ini, dia mahu mencari ketenangan dan mengelakkan diri daripada memikirkan masalah yang tercetus di Malaysia.

iqbal11

Iqbal rasa lebih tenang berada di Indonesia.

“Yang sejujurnya saya memang nak bawa diri nak lari sekejap. Bukan tak ada arah tujuan. Saya akan ambil masa yang lama akan duduk sini.

“Saya rasa harus pandang ke depan dan nak hidup saya lebih banyak perkembangan,” ujarnya berangkat ke Indonesia pada Jumaat lalu.

Tiada Siapa yg Boleh Ganti Aku – Vida

Datuk Seri Vida mempersoalkan kemampuan bekas pembantu peribadinya itu dalam mencari pengganti.

Ujar ahli perniagaan sensasi itu, dia yakin Iqbal tidak berjaya menemui penganti baharu di negara seberang itu lebih-lebih lagi wanita yang seperti dirinya.

“Kata dia nak cari penganti di Indonesia, tapi boleh ke nak cari penganti macam aku? Saya rupawan dan genit-genit manja.

“Kau mampu nak cari pengganti seperti aku? tidak sekali-kali! Sekarang saya enjoy dengan kehidupan saya” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Vida turut bersyukur anaknya iaitu Cik B telah kembali pulih selepas dijangkiti Cvid-19.

“Akhirnya Cik B dah bebas daripada Cvid-19, Alhamdulillah proses penyembuhan sangat cepat dan saya sangat bersyukur,” katanya.

mStar