Semasa

Akhirnya Kami Rancang Utk Berjumpa, Sampaikan Saya Sanggup Naik Grab Ke Tempatnya Dan Z Ambil Saya Dgn Keretanya

Diperlukan Ketika Sedih, Dibuang Setelah Dia Bahagia. Saya seorang suami dan sudah ada seorang anak.

Saya menetap di selatan semenanjung. Beberapa tahun yang lepas saya jumpa di laman sosial seorang lelaki kenalan saya ketika belajar di MRSM dan Post Graduate di Australia.

Isterinya pula gadis yang saya amat cintai ketika zaman sekolah.

Mereka menetap di utara semenanjung. Untuk memudahkan cerita difahami saya panggil suaminya A dan isterinya pula Z.
Saya tegur Z.

Dia layan mesej saya kerana disaat itu dia sedang gaduh dengan A suaminya. Kami mesej sehingga 3 atau 4 pagi.

Saya buka topik intim dan Z layan. Z bagitahu saya apa yang dia lakukan bersama  suaminya.

Hubungan kami menjadi rapat dalam masa beberapa jam sahaja.

Esoknya Z block saya atas rasa menyesal. Tetapi beberapa hari kemudian Z unblock dan kami chat semula.

Topik chat kami masih ada unsur intim dan Z masih layan tetapi tidak semua dia ceritakan. Hubungan kami berterusan untuk beberapa hari.

Kemudian kami sudah cukup rapat untuk call. Untuk beberapa hari kami call dan kemudian tukar pula ke videocall.

Semasa videocall Z masih memakai tudung untuk beberapa hari. Lama kelamaan Z mula tanggal tudung supaya saya dapat lihat rambut dan kecantikannya semasa videocall.

Hubungan Z dan A memang sangat teruk. A selalu menderanya. Saya dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan serta berkasih mesra.

Tiada cinta antara mereka. Yang ada hanya perasaan tanggungjawab.

Beberapa bulan kemudian kami bercadang untuk berjumpa dan saya sanggup menaiki kenderaan awam ke tempatnya dan Z mengambil saya dengan keretanya.

Di dalam kereta saya amat gembira kerana akhirnya bertemu dengan gadis yang saya amat cintai dan dia juga ada perasaan yang sama pada saya.

Pada masa itu kami mula bermanja dan berpegangan tangan. Saya beberapa kali mencium tangannya dan memeluknya.

Pada masa itu Z sedang mengandung anak kedua. Dia tidak benarkan saya pegang perutnya.

Selang beberapa bulan, hubungan kami menjadi lebih baik. Z lebih rindu dan sayangkan saya.

Dan akhirnya kami setuju untuk jumpa kali kedua. Keadaannya sama iaitu saya pergi ke Z dan dia ambil saya.

Kali ini saya yang memandu keretanya. Ketika date kali kedua, Z seperti tidak ada perasaan pada saya. Saya sedih dan kecewa.

Saya parking kereta ditepi jalan dan ambil risiko untuk ciom Z. Pada masa itu saya redha jika dibenci dan hubungan kami putus.

Apa yang terjadi ialah dia beri respon yang positif. Saya gembira kerana Z suka perbuatan saya.

Kami juga ada lakukan benda lain tetapi tidak terlanjur pada masa itu. Akhirnya Z minta untuk balik kerana dia perlu menyusukan anaknya.

Pada date kedua itu juga Z sudah janji untuk memberikan saya gambar yang lebih intim. Sebelum ini dia cuma beri gambar rambut.

Hubungan kami menjadi semakin rapat. Z akan beri gambar intim hampir setiap hari.

Namun begitu, gambar yang diberi hanyalah dari pusat ke atas. Selang beberapa minggu, kami bersetuju untuk date kali ketiga.

Kami plan sebaik mungkin. Date ketiga ini bukan lagi di dalam kereta tetapi di hotel.

A ada sakit serius dan sudah berbulan tidak dapat beri nafkah btin kepadanya. Pada saat hari istimewa dimana A sudah sembuh dan boleh beri nafkah batin, mereka tempah hotel untuk lakukan hubungan pada malam itu.

Apa yang A tak tahu ialah Z mohon untuk pergi ke hotel itu seorang diri pada waktu petang untuk berehat.

Z cakap mahu berehat tetapi sebenarnya dia mahu date dengan saya di dalam hotel. Jadi pada petang itu saya dan Z berduaan dalam hotel itu selama dua jam..

Kami cuma ringan-ringan sahaja. Selepas dua jam, Z balik ke rumahnya untuk mengambil keluarganya ke hotel.

Beberapa minggu kemudian kami plan untuk date ke empat. Pada masa ini saya yang tempah hotel.

Z ambil saya dan bawa ke hotel. Saya check in dan solat jamak qasar terlebih dahulu, kemudian saya jemput Z masuk.

Z sanggup tidak solat kerana ingin berjumpa dengan saya. Ianya berlaku dua hari termasuk keesokannya apabila Z datang untuk breakfast.

Z sangat pandai menipu dalam memberi alasan kepada A untuk datang berjumpa dengan saya. Selang beberapa hari ialah sambutan anniversary Z dan A.

Dia pergi ke hotel beberapa hari lebih awal. Setiap tahun mereka sambut anniversary di hotel yang sama berdekatan Ibu Negara.

Ketika Z di hotel Z ada hantar gambar  kepada saya.

Z dan A masih belum sambut anniversary dengan kerana mereka mahu menyambutnya di tarikh keramat itu.

Pada hari esoknya di pagi anniversary, Z ada hantar gambar ke saya.

Kemudian dia masuk ke tandas dan berikan phone dia kepada anaknya untuk menonton kartun di YouTube.

Tiba-tiba anaknya mahu menonton kartun lain, maka A terpaksa pegang phone dan tukar video.

A tertukar ke app lain dan nampak chat Z bersama saya. A juga nampak gambar  yang Z berikan kepada saya.

Z terkejut, dia segera ingin merampas phone dari A tetapi tak dapat.

Z cuma sempat lock screen phone ketika bergelut dengan suaminya. A masih memegang phone Z.

Selepas itu mereka bergaduh besar di hotel. Mereka gaduh sehingga management hotel datang ke bilik mereka.

Management hotel cakap “open the door or we will open the door for you.” Management kemudian masuk tetapi mereka tak nampak Z. Z kurungkan diri di dalam tandas.

A dituduh melakukan keganasan rumahtangga. Management mahu lihat samada Z dicederakan atau tidak.

A suruh Z keluar tandas. Z cakap dia hanya akan keluar tandas jika A pulangkan phone. A setuju untuk pulangkan.

Mereka kemudiannya dipanggil dan disoal siasat. Kemudian mereka terus balik ke rumah dan sambutan anniversary mereka musnah.

Mereka bergaduh. Z dalam bilik dan A di ruang tamu. Pada masa ini Z mesej saya. Z minta saya take all the blame.

Z cakap dia tak nak hubungan rumahtangganya musnah. Z nak saya ambil semua kesalahan dan tanggungjawab.

Saya setuju. Tapi pada waktu ini saya mula sedari yang Z tidak ikhlas cintakan saya.

Kami mula berlakon dalam mesej untuk pulihkan hubungan mereka suami isteri. Saya berlakon mesej Z dan minta maaf.

Z kemudian screenshot dan tunjuk mesej kami ke A melalui wasap. Kemudian A balas mesej di wasap.

Z tunjuk mesej dia dan A kepada saya. Z cakap dia dan saya sudah tidak ada apa-apa hubungan tetapi dia tipu A kerana kami masih mesej seperti biasa.

Hari demi hari layanan A semakin teruk. Z jadi stress. Saya pujuk Z untuk berikan lebih banyak gambar  kepada saya untuk melepaskan rasa tidak puas hati kepada A.

Z setuju. Z masih teruskan memberi gambar seperti biasa. Akhirnya lama kelamaan hubungan Z dan A semakin elok.

Untuk berbaik, A suruh Z delete semua media sosial. Tetapi secara diam Z tidak delete, Z cuma deactivate.

A juga suruh Z tukar nombor phone supaya saya tidak boleh hubungi dia lagi. Apa yang Z lakukan ialah dia beli nombor baru dan terus maklumkan nombor itu pada saya.

Segala permintaan A tidak ada apa-apa fungsi. Saya dan Z masih berhubungi dan masih bercinta

Hubungan kami berterusan seperti biasa. Ada masa Z beri gambar, ada masa kami videocall. Setelah beberapa bulan, saya pergi ke tempat Z untuk date kelima.

Date ini berlaku untuk beberapa jam sahaja di dalam kereta pada waktu malam. Selepas date kelima itu, Z pulang ke rumahnya.

Esoknya pada petang hari kami date keenam. Namun date keenam kami tak buat apa-apa kerana hari yang cerah.

Kemudian saya pulang ke rumah saya. Selang beberapa minggu, giliran Z pula datang ke tempat saya.

Kalini Z datang bersama keluarga dan juga ibu ayahnya. A ada urusan kerja jadi mereka semua tidur di hotel ditempat A ada kursus.

Pada waktu ini A masih mendera Z. Z ada beri saya gambar dan jelas kelihatan luka di badannya.

Pada malam keesokan harinya, Z cakap pada A yang Z mahu jumpa kawan, tetapi sebenarnya Z jumpa saya untuk date ketujuh.

Dan inilah juga date terakhir kami. Selang beberapa minggu, Z sudah berhenti menyusukan anak dan malu memberi saya gambarbya.

Saya pujuk Z dengan bermacam-macam cara dan ada juga masa yang Z sanggup beri gambar dan video tetapi sudah tidak sekerap dulu.

Masa pantas berlalu dan tibalah zaman covid-19. Semenjak mac 2020, A perlu bekerja dari rumah. Maka ianya agak sukar untuk saya mesej Z mahupun ingin videocall.

Semakin hari kami semakin jarang mesej. Z tiada masa untuk saya kerana A sentiasa berada disisinya.

Akhirnya cinta Z pada saya semakin pudar. Z juga berhenti beri gambar. Gambar rambut juga Z berhenti bagi.

Z jarang mesej saya. Z cakap dia stress dan tertekan. Z cakap dia ingin berhenti kerja.

Setelah sekian lama, akhirnya Z ambil keputusan untuk buang saya dari hidupnya. Selepas Z buang saya, dia semakin rajin bekerja.

Z mula mendapat kerja baru. Z semakin bahagia bersama keluarganya. A belikan benda-benda baru untuk dia. Mereka sama-sama bahagia hingga sekarang.

Media sosial Z penuh dengan perkongsian kebahagiaan hidupnya. Dia selalu kongsi tentang tinggalkan kesilapan silam dan perlunya move on.

Dia sudah jadi lebih kaya dan banyak beli barang-barang mewah. Mungkin cintanya pada saya yang menyekat semua rezekinya sebelum ini.

Rupanya bila dia mengatakan bahawa dia stress dan tertekan, dia maksudkan kehadiran saya dalam hidupnya.

Sudah tiba masanya untuk dia buang saya dari hidupnya kerana saya sudah tidak ada apa-apa fungsi dan manfaat baginya kerana hubungannya dengan A sudah bertambah baik.

Untuk A, saya amat meminta maaf atas plagiarism yang telah saya lakukan pada awak.

Plagiarism yang saya maksudkan bukanlah hakcipta kerja awak, tetapi isteri awak.

Saya telah melakukan sangat banyak dosa dengan isteri awak.

Tetapi percayalah bahawa kami tidak pernah lakukan hubungan itu, dan semua anak-anak awak ialah anak awak dengan dia.

Namun, saya bimbang jika dia mencari lelaki lain sebagai pengganti saya. Kerana hubungan saya dan isteri awak menghampiri setengah dekad.

Saya berharap supaya awak boleh jaga dia sebagaimana janji-janji awak dalam mesej-mesej yang awak beri pada dia.

Ya, dia beri saya baca kebanyakan mesej awak pada dia. Untuk Z, saya sangat kecewa dengan awak.

Awak janji pada saya bermacam-macam tetapi akhirnya awak yang mengkhianati semua janji tersebut.

Awak cakap awak stress dan tidak boleh teruskan hidup, tetapi selepas awak buang saya, awak begitu bahagia sekali dengan hidup awak.

Awak seorang yang bermuka-muka. Awak seorang yang pandai manipulate orang. Saya harap awak setia dengan suami awak.

Saya mulai tak percaya pada awak semenjak awak minta saya take all the blame.

Ternyata firasat saya benar. Awak boleh delete nota cinta yang awak tulis dan simpan untuk saya.

Itu semua sampah, sebagaimana sampahnya cinta awak pada saya. Saya berkongsi cerita ini kerana saya percaya bahawa ramai di antara kita yang ada skandal ataupun sedang curang.

Tapi percayalah bahawa jika si dia ialah suami atau isteri orang, dia tidak akan sanggup untuk lepaskan keluarganya untuk memilih kita.

Dia cuma mahukan kita untuk sementara, hanya untuk merawat lukanya atau menghilangkan bosannya.

Bila kita tiada lagi manfaat, maka dia akan buang diri kita sebagaimana saya yang telah dibuang.

Kepada isteri saya, maafkan saya atas dosa dan kesilapan yang telah saya lakukan.

Saya telah dibutakan oleh cinta yang palsu. Saya telah bazirkan masa wang tenaga cinta dan perhatian pada tempat yang tidak sepatutnya.

Seandainya masa boleh dikembalikan, saya tak ingin lagi melakukan perkara bdoh ini.

Yang Benar,
Sepah yang Dibuang

Azura: Awaklah satu2nya kawan yang tak guna..boleh makan bini kawan. Laki yang tak guna..

Anak bini terabai.. Layan je laa kisah awak dan bergembiralah.. Saya sangat berharap isteri awak dapat yg lebih baik. Masa tu baru awak tau..

Awak sedang gadai keluarga sendiri untuk kebahagian keluarga orang lain…

Lina: Dah tu mmg betul la tindakan dia buang ko… yg ko frust gila tu kenapa? Dia tu BINI org. Ko tu sapa dgn dia? Ko pun LAKI org.

Acah2 frust lak. Konon dikecewakan. Mcm xinsaf je. Klu boleh nak scandal sampai mati ke? Ko xfikir ke bini ko?

Klu bini ko ada scandal apa perasaan ko? Otak letak kat lutut… kejar cinta Allah bukan manusia… bertaubat lah..

Salimi: X heran pun zaman skrg memang ramai bini org cari scandel dgn alasan ada masalah dgn suami.

Tp dalam bermasalah tu asyik bunting je memanjang. Btina jenis ni memang suka nak test btg lain2 untuk kepuasan diri.

Bila dah kantoi dgn laki sendiri, tau lak gelabah pastu ungkit dan cari silap suami.

Kalau suami ko bermasalah, ko g pejabat agama minta cerai. Bukan kangkang lubang bersepah2. X kisah laki perempuan sama je.

Moga pasni bini ko pulak jumpa suami yg baik. Ko x layak untuk bini ko. Moga kena kobid.

Sumber KRT