Semasa

Tak Mahu Bunga Dipetik Org, Akhirnya Bekas PA Nekad Hntar Rmbongan Meminang, Namun Ini Jawapan DS Vida

Bukan sekadar omong kosong, Ahmad Iqbal Zulkefli benar-benar serius mahu menjadikan Datuk Seri Vida sebagai suri hatinya yang sah.

Malah lelaki itu mendedahkan bahawa dia mahu meminang Datuk Seri Vida dalam masa terdekat ini selain sudah memaklumkan niat tersebut kepada kakak usahawan berkenaan.

“Saya dah fikir masak-masak! Saya tak mahu main-main dengan perasaan ini terlalu lama.

Saya merancang nak merisik dan meminang dalam masa terdekat.”

Walaubagaimanapun, dia masih belum dapat memberikan tarikh spesifik memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung lantas menyukarkan keluarga mereka untuk bersemuka.

“Saya dah cakap dengan Vida, dia faham maksud saya tapi dia minta ikut adat sebab dia perempuan, jadi lebih elok kalau jumpa keluarganya dahulu… saya pun tak nak buang masa dah.”

Dalam pada itu, lelaki berkenaan meluahkan rasa syukur kerana Datuk Seri Vida disahkan masih lagi subur dan boleh melahirkan anak lagi.

“Saya berkahwin sebab memang nak anak dan dia sendiri sanggup buat ujian untuk memastikan dia masih boleh mengandung, saya kira itu satu pengorbanan besar untuk saya.”

Iqbal turut tampil menjawab beberapa spekulasi dan mempersoalkan mengenai kriteria calon suami yang dinyatakan oleh Vida.

“Saya ada baca syarat-syarat bakal suami yang dia mahu… tapi saya pun keliru, dia kata mahu lelaki yang sama level dan seusia dia tapi kalau ingat dulu dia pernah kata mahu yang muda, sekarang taste lain pula.

Kalau nak cakap fasal kaya… saya akui saya tidaklah terlalu kaya tapi sekarang ini saya sedang bekerja keras ke arah itu dan kewangan jauh lebih baik daripada dulu.

Kalau setakat nak tanggung dia saya masih mampu, sebulan RM1 juta pun InsyaAllah masih boleh.

Sejujurnya saya pun tak tahu hati dia terhadap saya macam mana, dia seolah-olah tak nak mengaku perasaan itu.

Saya tahu dia nak khwin tapi tak yakin,” katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Vida memberitahu dia mahu seorang suami yang sama ‘level’ termasuklah memiliki pengalaman, usia dan sumber kewangan yang kukuh.

“Hubungan kami pernah bermasalah pada tahun 2017, tapi sekarang ni kami baik dan rapat semula.

Setiap hari kami berhubung melalui panggilan telefon, berborak mengenai pekerjaaan dan hal peribadi.

Tapi sejauh mana hubungan istimewa itu saya pun tak tahu, dia tak pernah mengakui tentang hal itu… sejujurnya hati saya terhadap dia masih sama.

Biarlah saya berterus terang, pada tahun 2018 kami hampir berkhwin, dia pun dah jumpa famili saya dan kami pun dah buat ujian kesuburan.

Kami berdua okay untuk teruskan ke fasa baharu tapi niat itu tak kesampaian dan saya reda sahaja.

Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkhwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga.

Saya tahu dia tr4uma dengan perkhwinan sebelum ini.

Saya pun tak mahu putus kawan, biarlah kami terus berkawan macam biasa.

Kalau kita teruskan ia akan jadi lebih complicated… sayang itu ada tapi saya sedar jika saya saja terhegeh-hegeh pun tak akan jadi apa,” katanya.

Namun ia sedikit sebanyak menjelaskan berkenaan kenyataan yang dibuat oleh bekas PA usahawan itu mengenai perancangan hendak berkahwin.

Dapat dilihat juga diruangan Instagram DSV tersebut yang beliau ada memuat naik video serta gambar bersama Iqbal dengan kapsyen yang positif untuk jejaka itu.

“Nanti Kita Video Call ye..”

Untung Cik B boleh dapat adik lagi

“Betul² cinta hujung nyawa ni..”

Semoga urusan kalian dipermudahkan

Meskipun timbul pelbagai khabar angin dek pengakuan beraninya sebelum ini, Iqbal turut menegaskan bahawa perasaan cinta tersebut adalah serius dan bukan untuk melariskan produk jualan mereka.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 49 mengesahkan dia memang merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan Iqbal namun segalanya tertakluk kepada perancangan Tuhan.

“Saya sebenarnya malas nak beri komen sebab orang kita kuat mengata.

Ada yang cop saya gedik, tak sedar diri, kvbur dah panggil masih nak khwin. Tetapi soal jodoh inikan di ta­ngan Tuhan.

Memang saya merancang untuk berkhwin tetapi ada beberapa syarat antaranya soal kesubvran dan anak-anak.

Saya pun sudah beberapa kali melalui episod kegagalan rumh tngga, tidak mahulah perkara sama berulang,” katanya.

Nama Vida dan Iqbal kembali diperkatakan selepas bekas pembantu peribadinya itu mendedahkan hbungan cinta antara mereka terjaIin semula selepas beberapa tahun terputus.

Namun pendedahan Iqbal turut menerima kecaman dan kritikan hebat warganet yang mempersoal keikhlasannya men­dekati Vida semula dan usia selebriti popular itu yang kini menghampiri 50 tahun.

Bercakap soal perkhwinan, setakat ini Vida masih belum ada tarikh khusus berikutan situa­si pandemik yang meruncing.

Namun dia tidak menolak majlis akan berlangsung dalam tahun ini atau awal tahun depan.

Apa pun, semoga urusan mereka dipermudahkan dan kalau ada jodoh tidak ke mana.

Kredit: mStar Online