Semasa

Bermodalkan H, 7 Thn Tak Prnah Kantoi BF Cvrang Dengan Ramai Awek

Selama tujuh tahun meletakkan kepercayaan dalam menjal1n hubungan cinta, namun siapa sangka teman lelaki terg4mak berlaku cvrang dengan ramai wanita lain.

Itu kekecewaan dihadapi seorang gadis apabila mendapat tahu mengenai perangai ‘bu4ya’ kekasihnya sebelum membuat pendedahan tangk4p layar di laman Instagram.

Posting pendedahan tersebut dikongsi semula seorang pengguna laman Twitter, @fiihazmii berikutan gadis itu telah menetapkan akaun Instagram miliknya ke m0d pr1vasi.

Bercerita lanjut, gadis tersebut pada mulanya meminjam telefon bimbit lelaki itu bagi merakam tugasan video sebelum ternampak satu aplikasi ‘simpanan rahs1a’ sehingga membuatkan dirinya tertanya-tanya.

“Rabu lalu, pinjam telefon bisnes dia sebab aku punya dah tak cukup ruang. Rasa tak sedap hati, terlebih fikir biasa la orang perempuan kan.
“Pastu aku nampak satu aplikasi, rasa struggle nak tahu semua benda. Aku buat satu persatu, f09rgot password tu then ini lah aku jumpa,” katanya.

Tangkap layar berdurasi seminit itu memaparkan koleksi foto kekasihnya dipercayai bersama beberapa wanita berbeza yang dilihat penuh kemesraaan antara satu sama lain.

Terkejut melihat koleksi berkenaan, gadis itu hilang kata-kata dan menganggap tempoh perkenalan mereka selama tujuh tahun tersebut adalah s1a-s1a dan membuang masa.

“Aku terkejut, rebah, lelah, hancur hati aku tengok semua benda. Sedihnya dah susah senang sama-sama, keluarga masing-masing dah kenal.
“Pengajaran untuk orang di luar sana, jauhilah lelaki pan4s bar4n dan suka mar4h-mar4h. Sia-sia selama tujuh tahun kenal, macam ni hasilnya,” luahnya.

Pendedahan itu menerima pelbagai reaksi warganet yang turut terkejut dan s1mpati dengan nas1b gadis tersebut selain menyifatkan kekasihnya adalah ‘buaya sebenar’ yang mampu menjalin banyak hubungan dalam satu masa.