Semasa

Ceritanya bini adik saya berbohong mengatakan ada kereta ada rumah bila kahwin sedangkan semua tu hanya pembohongan

Asalamualaikum admin harap admin siarkan luahan saya ini dan saya minta pendapat warga krt apa perlu saya buat.adk lelaki saya berkahwin dengan isterinya sudah 3 tahun. Tapi ayah saya tak restu perkahwinan mereka.

Kami adik beradik semua pun tak bercakap dengan bini adik saya disebabkan pergaduhan berlaku selepas setahun mereka berkahwin.

Ceritanya bini adik saya berbohong mengatakan ada kereta ada rumah bila kahwin sedangkan semua tu hanya pembohongan. Adik saya tertipu dengan bini dia.

Sebelum berkahwin adik saya kata bolehlah menumpang harta bini dia. masalahnya kami sekeluarga tak pandang harta semua tu. bini adik saya cakap dia kerja sebagai pensyarah di tetapi kami selalu nampak bini dia di kampung sebab rumah keluarga bini adik saya 15minit sahaja dengan rumah keluarga saya.

Pernah satu hari bini dia di kg tetapi dia cakap di terengganu kebetulan saya dan mak saya nampak bini dia di pekan. sejak dari tu kami tak mesra lagi dan bini dia juga cakap kami tidak mahu bergaul dengan dia

Dia mengatakan kami persoalkan kerjaya dia (bini) padahal kami tidak pernah psoal kerjaya sesiapa dalam kalangan adik beradik sebab kami pun masing2 bekerja biasa tetapi kami musykil sebab dia kerja di terengganu tetapi kami selalu jumpa dia di kg.

dari situ bermula pergaduhan sehingga sekarang kami tidak bertegur sapa dengan bini adik saya. bini dia salahkan kami adik beradik sehingga menyebabkan mereka hampir berpisah.

mereka pjj dari awal perkahwinan 2018 sehinggalah bulan okt 2021 adik saya bawa dia tinggal bersama di borneo.bini dia ada bgthu dengan mak saya, mak dia nangis2 rindukan anak cucu 1hari call 4 5 kali.

mak ayah perempuan tiada hak keatas anak perempuannya lagi setelah menjadi isteri. selama pjj bini dia tinggal dengan mak ayah sendiri. tidak sampai 2 bulan di borneo mungkin bini dia suruh adik saya posting ke semenanjung.

terus adik saya tanya adik beradik cara untuk balik ke semenanjung untuk posting. padahal sebelum ni saya sudah suruh adik saya buat permohonan posting tempat tugas ke semenanjung adik saya seperti tidak peduli.

saya pernah bercakap pada adik, mak ayah kita makin berusia kalau apa2 terjadi susah nak balik kg sebab dia tinggal di borneo. bila dia bawa bini dia ke borneo boleh pula iktiar cari cara untuk posting. sekarang ni saya mempertikaikan kenapa dia lebihkan bini dia daripada mak ayah sendiri?

adik saya ada tanggungjawab terhadap mak ayah sendiri tetapi dia seolah pikul tanggungjawab hanya terhadap bini dia saja. bini dia pernah bercakap kami adik beradik kerja biasa kalau nak dibandingkan adik beradik dia(bini) ada yang kerja pegawai bank ada kerja sebagai guru dan malah dia sendiri cakap sebelum ni dia kerja pensyarah.

Dah tu bila ada masalah macam ni (posting ke semenanjung) kenapa adik saya perlu minta bantuan daripada kami adik beradik yang bekerja biasa ni. kenapa tak minta bantuan dari adik beradik bini dia.

saya terkilan dengan hal ni sebab adik saya melebihkan bini dia dan apa bini dia nak dia cuba usahakan. bini dia suruh buat rumah dia usahakan. saya tak kisah kalau dia nk buat rumah tetapi tengok situasi mampu atau tidak.

dah buat rumah tidak siap sepenuhnya sebab tidak cukup duit dan dia pula masih di borneo. saya cuma nakkan adik saya sahaja. kami satu keluarga memang tak suka dengan bini dia. Sebelum adik saya berkahwin keluarga saya tak da masalah apa2.

sejak adik saya berkahwin dengan isteri dia jdi huru hara keluarga kami. maaf jika penulisan saya ni terlalu panjang kurang memuaskan untuk penerangan dalam ni.

 

  1. Kredit KRT