Salam min. Boleh tanya pendapat KRT tak.. Saya janda anak seorang.. Kahwin dengan duda anak tiga.. Suami saya anak dia kesemuanya dekat bekas isteri.. Bulan2 suami akan beri duit anak pada bekas isterinya.
Jadi itu tak menjadi masalah pun pada saya.. Kami merancang beli rumah.. Sudah pun sign loan rumah dengan bank.. Rumah dibeli atas nama suami sahaja.. Tidak gabung nama dengan saya.
Tetapi rumah akan dibayar half2 suami dan saya. Ceritanya pada hari perjumpaan dengan pihak bank tu suami ada terlepas cakap dengan cara bertanya pada pegawai bank.. Jika dia meningg4l.. Adakah rumah akan perlu dibayar..
Pihak bank kata tidak akan dibayar rumah dapat free je.. Tiba2 suami tercakap.. Dia nak letak nama anak dia (anak tiri saya) sebagai pewaris rumah.. Saya jadi terkedu.. Padahal rumah tu nanti akan dibayar half2 dengan saya..
Jika dah letak nama anak dia.. Kalau dia m4ti.. Anak dia ambil rumah tu,, saya nak duduk di mana? Padahal nanti keringat saya juga diperah bayarkan rumah tu sekali untuk dia.. Saya betul2 rasa down dah dengan suami saya.. Saya dah tawar hati..
Padahal perkahwinan tak sampai setahun pun lagi.. Semenjak haritu saya di sahkan kena cov!d.. Macam2 perangai dia mula saya nampak.. Orang lain isteri kena cov!d.. Suami bagi semangat.. Tapi saya dim4ki hamun seolah saya menyusahkan dia..
Padahal dia kuarantin pun,, bos dia bayar gaji dia.. Saya tak tahu.. Saya masih salah memilih suami ke? Paling saya terkilan bab rumah tu.. Memang dapat je masuk rumah tu nanti.. Saya takkan keluar satu sen pun tolong bayar..
Bukan saya benci dia nak lebihkan anak dia.. Tapi dia jadi manusia takde perasaan. Keringat saya dia nak perah bayarkan rumah tu.. Tapi bila dia m4ti,, letak nama anak dia bukan nama saya.. Terlalu hampa saya rasa..
Kredit KRT