Semasa

Ceritanya sebelum kahwin macam nie saya dulu frust dengan bekas kekasih sebab sudah lama2 bercinta sampaikan terlanjur beekali2

Salam admin saya. Saya nak minta pendapat atau nasihat tolong jangan membawang ya. Saya 2 bulan kahwin min, tapi dalam masa 2 bulan ni saya langsung tak dapat nak hadirkan rasa sayang kat suami Saya langsung takde hati, kadang2 nak bercakap pun rasa tak nak.

Ceritanya sebelum kahwin macam nie saya dulu frust dengan bekas kekasih sebab lama2 bercinta sampaikan terlanjur beekali2. tapi akhirnya isteri dia tahu dan mengamvk  lalu dia tinggalkan saya macam tu je, puas saya menangis, merayu, melutut, tapi dia tinggalkan saya tanpa belas kasihan.

Saya ambik keputusan untuk move on dan tinggalkan dia. Dan dalam beberapa bulan saya tengah move on tu saya kenal dgan suami saya sekarang. Dan masa tu saya ibarat macam mempergunakan dia untuk saya lupakan bekas bf tu.

Dan beberapa bulan saya kenal dengan suami terus saya dan dia rancang untuk ke arah pernikahan. Saya setuju masa tu tanpa fikir panjang yelah konon nak move on dan buka buku baru.

Hari2 saya cuba hadirkan perasaan sayang tu, hari2 layan wasap dia manis2 , kadang2 sebelum kahwin ada juga terfikir untuk batalkan je semua perancgan tapi mase tu saya abaikan je semua perasaan tu dan anggap tu sebagai dugaan.

Sampailah ke hari nak nikah perasaan dekat dia masih sama dan tak ada langsung rase sayang. Sayang dan rindu hanya ada pada bekas kekasih. Sampai lah nak masuk usia 3 bulan perkahwinan kami.

Saya ada mintak berpisah cara baik. Saya mintk berpisah bukan lah sebab saya ada lelaki lain. Tapi sebabnya saya tak nak terus menerus menipu perasaan sendiri dan jadi isteri derhaka tak taat dan tak jaga rumah tangga, dan tak jalankan tanggung jawap.

Saya cuba sayangkan dia, minta dia masa untuk saya sayang dia. Tapi dia jenis tak sabar dan terlalu memaksa. Itu yang membuatkan makin hari makin rase tak boleh dah dengan dia. Saya tak nak dia tak bahagia, saya juga nak dia bahagia. Saya buntu saya.

Pada mase yang sama saya juga tak nak buat dua dua family terasa hati dan marah sebab saya. Lagi2 baru2 ni bekas kekasih menghubungi saya dan katanya menyesal sebab tinggalkan saya,dan dia sanggup nak jadikan saya isteri ke 2.

Tapi dia tak tahu kalau saya sudah berumah tangga. Saya sayangkan dia dan nak hidup dengan dia. Tolonglah saya. Dia asyik nak ajak saya jumpa, tapi saya risau kalau dia tahu saya sudah berumah tangga. Kerana saya pernah cakap pada dia kalau saya tak akan terima orang lain dalam hidup saya, dan saya masih harapkan dia.

 

Kredit KRT