Semasa

Dah Hampir Usia 50 Tahun Tapi Masih Tidak Mahu Berkahwin, Akhirnya Nasha Aziz Dedah Kenapa..

“Kalau Saya Tak Jaga Amanah Ini, Siapa Nak Jaga?” Itulah jawapan Nasha Aziz apabila sering kali di tanya tentang jodoh. Dek kerana kejelitaannya itu, ramai melekat di depan TV kalau ada drama atau filem lakonan Nasha ditayangkan. Sampaikan ramai macam tak sabar nak tahu siapa yang berjaya tambat hati dan mengahwini Nasha Aziz.

Pernah mendapat gelaran “Supermodel Malaysia”, pelakon Nasha Aziz Nasha mempunyai pencapaian membanggakan dalam bidang lakonan termasuk memenangi anugerah nasional iaitu Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia. Memulakan kerjaya dalam bidang peragaan sejak 1989, bakatnya mula diperkenalkan oleh Tiara Jacquelina, Nasha terus mengembangkan dan mencipta nama sebagai model terkenal tanah air sehingga ditawarkan kontrak peragaan di New York, Amerika Syarikat.

Namun, kerana batasan agama dan budaya, Nasha memilih untuk tinggal di Malaysia dan meneruskan bidang peragaan selain menceburi bidang lakonan. Siapa sangka dalam kesibukannya mengejar cita-cita, Nasha reda jika dia ditakdirkan untuk hidup membujang hingga ke akhir hayat.

Nasha atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, 49, berkata, dia menganggap tanggungjawab untuk menjaga dua ibunya adalah lebih besar berbanding soal jodoh. ”Soal jodoh saya serahkan jiwa dan raga kepada Allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Pada masa yang sama, kenapa saya masih belum menjumpai sesiapa sebagai jodoh adalah kerana saya mempunyai dua ibu yang single sekarang.

” Bapa saya pula dua-dua dah tiada. Jadi anak yang tinggal adalah saya. Sayalah menjadi tempat untuk mereka berborak atau meluah perasaan. Nasha mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap orang tuanya yang semakin uzur. ” Saya andaikan jodoh saya adalah untuk bersama dengan ibu. Ia anugerah terindah buat saya,” ujarnya kepada mStar.

Nasha memanggil ibu angkat (ibu saudara yang menjaganya) sebagai ibu dan ibu kandungnya sebagai mummy. Kata Nasha, keadaan ibunya yang sudah tua dan uzur memerlukan dia untuk memberi perhatian yang lebih kepada mereka. Mengakui pernah mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga namun tidak kesampaian, Nasha tidak melatah kerana menganggap ia sebagai peluang untuk dia membalas jasa ibunya itu.

” Memang ada saja kita bercadang-cadang tetapi kalau bulan izin Allah, kita takkan dapat juga. Mungkin ini sesuai dengan perjalanan hidup saya. ” Kalau saya ada suami, mesti saya kena tinggalkan ibu-ibu saya. Mereka dalam keadaan uzur, sensitif dan perlukan perhatian. ” Anak-anak buah saya pun ramai dan saya dah anggap mereka seperti anak saya sendiri.

Setahu saya, adat dan adab sebagai wanita Melayu yang berkahwin, mereka kena lebihkan suami. ” Apapun, saya serahkan jiwa dan raga saya kepada Allah dan biarlah Dia yang tentukan saya untuk siapa. Kalau saya tak jaga amanah ini, siapa nak jaga?,” ujarnya lagi.

Umur Cecah 50 Tapi Body Kekal Remaja! Nasha Aziz Jadi Perhatian Di KLFW 2021

Selebriti dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Tidak perlu melihat jauh sehingga ke bumi Hollywood, lihat sahaja selebriti tanah air kita. Acap kali memenuhi undangan ke majlis-majlis glamor, setiap seorang dalam kalangan mereka pasti akan menggayakan busana mewah yang terdiri daripada pelbagai warna serta perincian. Ada yang sofistikated, ada yang elegen, ada yang ringkas, bahkan ada juga kelihatan unik dan hampir pelik.

Baru-baru ini, sebuah acara peragaan fesyen dilangsungkan selama 1 minggu di pusat beli belah ternama Kuala Lumpur. Dikenali sebagai Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW 21), ramai artis dan personaliti terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza dan Azfar Heri turut hadir menyokong hasiltangan para pereka fesyen tempatan.

Sepanjang majlis itu berlangsung, peragaan hari terakhir ternyata telah menarik perhatian warganet apabila tibanya giliran pakaian direka oleh Rizman Ruzaini dipamerkan. Pereka terkenal ini telah memilih model-model ‘otai’ seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Tinie, Tengku Azura dan Deborah Henry untuk memperagakan busana rekaannya.

Meskipun sudah mencecah umur 50 tahun. pelakon wanita yang masih menawan persis anak dara itu hangat menjadi bualan ramai. Penampilan Nasha Aziz yang mengenakan pakaian serba merah berjaya memukau mata warganet sepanjang dia berada di atas pentas itu. Langkah catwalk penuh confident juga membuatkan dia nampak sangat gorgeous.

Sejak dikongsikan, kedua-dua video ini ditonton oleh ramai pengguna TikTok. Meninjau ke ruangan komen, mereka amat teruja melihat kesemua model legend kegemaran masing-masing masih lagi kelihatan menawan ketika beraksi di atas pentas peragaan.