Semasa

Video: Dah Siap Berinai dan Hantaran, Gadis Mnangis Bila Tau Punca Bakal Suami ‘Hilang’ Batalkan Pernikahan

Majlis pernikahan sepatutnya menjadi hari paling bahagia buat pasangan pengantin.

Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita apabila telah disunting oleh jejaka yang sudi mengambilnya sebagai suri hati sepanjang hayat.

Namun, berbeza dengan seorang pengguna TikTok menggunakan nama akaun @sulongnakal90.

Ini apabila hari tersebut menjadi hari yang paling sedih dan memalukan untuknya apabila bakal suami tiba-tiba hilang menjelang pernikahan mereka.

Dalam perkongsian tersebut, dapat dilihat yang segala persiapan seperti hantaran dan baju nikah sudah tersedia dan hanya menunggu detik disatukan sahaja.

Gadis tersebut juga sempat membuat live semasa majlis berinai dan cuba menghubungi lelaki berkenaan berulang-ulang kali.

Namun usahanya hampa kerana langsung tidak berangkat.

Penguna TikTok dikenali sebagai @akakcantikkk turut memuat naik video gadis menggunakan nama akaun @sulongnakal09_ itu lengkap memakai pakaian nikah.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Mungkin ada hikmah kejadian

Laki tu pun macam xnk je

Ada lagi ramai laki baik

Jodoh tu kan dah tertulis

Namun menangis mengenangkan bakal suami yang tidak hadir pada majlis nikah mereka.

Walau bagaimanapun, gadis itu redha dengan apa yang berlaku walaupun sedih.

Tonton Video

Dia juga mengakui akan menerima lelaki itu pada masa akan datang jika masih ada jodoh diantara mereka.

Sumber: TikTok @th4y4n444.co. @sulongnakal09_@akakcantikkk