Sinopsis: Ada kawan cakap bini yg tak boleh puaskan suami ni patutnya lepaskan je, tak kisah dia sakit ke x. Aku pun skang tgh terumbang ambing. Mana nk sara bini satu lagi, nk tanggung ubat dia lagi
Salam min. Hide profile aku ye. Macam ini kisahnya. Aku seorang suami yang berkahwin 2.
Isteri pertama aku tua 3 tahun dari aku sekarang dia 40 aku 36
Aku dah berkahwin dengan dia selama 10 tahun tapi masih belum dikurniakan zuriat
Sebab isteri aku ada penyakit yang menyebabkan dia tak boleh mengandung.
Jadi sekarang dia memang sentiasa dalam keadaan kena pakai tuala wanita atau erti kata lain dah hampir 4 tahun aku tidak dapat sentuhnya.
Sebab sentiasa dalam keadaan tidak suci disebabkan diarah yang keluar dari penyakit dia tu memang dah lama aku pun tak reti nan explain macam mana
Jadi pada tahun ke 5 perkahwinan aku telah berkahwin lagi satu atas kebenaran isteri pertama aku.
Alhamdulillah 2 bulan selepas aku berkahwin lagi, isteri kedua telah disahkan mengandung dan selama 5 tahun ni kami dah ada sepasang anak .
Jadi persoalan nya sekarang aku tak mampu nak tanggung 2, 2 bini aku ni.
Dengan anak yg semakin membesar ekonomi rumah tangga aku dah mula tak stabil tak tahu mana silapnya.
Hubungan aku dengan isteri yang kedua ni memang ok ada anak dia pun kerja bisnes sendiri kadang2 aku bnyk mintak tolong dia topap kan mana yang tak cukup.
Contoh tengah bulan susu anak habis aku tengah kering dia yang beli kan.
Tak de apa aku nak ulas pasal perkahwinan ke 2 ni sebab setakat ni elok kami tak de gaduh ke apa ke
Korang rasa patut ke aku lepaskan isteri pertama aku tu? Sebab dari segi nafkah btin memang aku dh lama tak dapat semenjak dia sakit.
Dia tak bekerja sebab doktor nasihatkan dia kena banyak berehat di rumah. Sebelum ni kerja tapi atas nasihat doktor dah berhenti.
Kalau korang kat tempat aku? Apa korang buat?
Izham: Sebab tu la Allah izinkn utk suami bernikah lebih dari sorg, supaya batin dia di salurkn di tempat yg btl…
Org perempuan ni hanya pentingkan diri sendiri je, dia Tahu apa masalah org Laki.
Bila suami nk berpoligami je korang ckp laki gatal, tk pernah ckup dgn 1 bini..
Korang Klau tk blh jaga, tk blh hendle batin suami yg 1 tu baik korang jgn jadi perempuan..
Dh terang2 Allah ciptakan yg org laki ni memiliki 9 akal 1 nafsu..yg 1 nafsu tu ke arah sex,tu pn korang ntl blh jaga..
Bila suami nk nikah lain korang meroyan..
Allah ciptakan naluri sex n batin perempuan laki tk sama ok..
Allah ciptakan org perempuan pula memiliki 1 akal n 9 nafsu.. nafsu org perempuan di pecahkn bnyk cabang plak bkn tertumpu 1 bnda saja..
Sbab tu la Allah beri kelebihan utk suami blh bernikah lbih dari sorg berbanding perempuan,dan Allah pgi kuasa talak pda org laki.
Klau kuasa talak pda org perempuan alamatnya ramai la suami2 jdi bapak tunggal sbab org Perempuan ni akal dia pendek dlm membuat keputusan…
Part II: Saya rsa silap saya sebab pernah cerita saya punya kisah silam sebelum kawen kat suami saya.
Waktu tu dia cakap dia boleh terima seadanya. dia tak kisah, dia yang beria ajak saya kawen cakap nak bahagiakan saya.
Saya waktu tu yang memang rasa dah hilang harapan nak teruskn hidup rasa macam ada sinar baru.
Setuju je nak kawen walaupn msih muda. masih study. mintak izin parent diorang restu then kawen.
Lepas kawen suami mula tunjuk perangai sebenar.. hari2 dia maki saya, ungkit saya punya kisah silam.
Maki permpuan murah, sumpah saya dengkan kata2 kesat. Saya hadap je hari2 sebab rasa diri saya ni memang kotor.
Saya tension.. dengan study lagi. ditakdirkan saya prgnant.
Saya memang nak anak walaupn tengah study sebab fikir ni pnguat kasih sayang msna tshu suami boleh trima saya lepss ni.
Rupanya saya silap lagi.
Tengah study tulah semua ungkit smua benda cakap saya menyushkan dia, kene tggung saya belajar dan habiskan duit dia.
Bila anak dah lahirkan anak, dia cakap saya mak tak berguna sebab saya tidak dapat jaga anak sebab nya saya stay asrama tak dapat ulang alik ke rumh.
Sebab rumah dengan tempat study agak jauh. so terpkse bagi parent jaga anak saya. gilir2 parent saya dan parent husb…
Husb jenis yang sangat3 sayangkan anak sanggup buat apa saja demi anak sebab tu dia tak boleh terima saya tak dapat jaga anak saya sebab study.
Dia yang ulang alik dari tempat keje ke rumah kakak ipar sebab nak jaga anak… waktu ni dah tak bagi parent jaga.
Saya tiap hujung minggu akan pergi rumah kakak ipar. wktu ni memang bergaduh je hari2 sebab dia yang penat ulang alik jauh dengn tempat kerje.
Last2 saya buntu saya tension saya quit study. tak bagi dah orang lain jaga anak saya, biar saya jaga sendiri tak ada pelajaran tinggi pun tak ape lah asal anak saya depan mata saya.
Tapi lain pulak jadinya. suami ungkit pulak yang saya ni tak ada plajaran. menyusahkan dia lagi. bela bini yang tak ada duit tak ada kerjaya, tak ada pelajaran. nak minta keje pun tak lepas.
Hamun lagi pakej ungkit kisah silam saya. banding2 dengan bini kawan2 dia yang support financial kluarga.
Saya pun start bisnes alhamdulillah first month bisnes dah boleh dapat income hmpir 10k.
Saya ingat time ni suami akan oke sebab saya boleh bantu keluarga rupanya silap lagi, dia cakap saya berlagak dengan duit bsnes saya.
Duk ungkit pasal tak ada pelajaran tu makin menjadi2. Siap cakap orang sekarang ni nak keje tetap. perli saya duit banyak pulak.
Oh ya, dia dari dlu sampai sekarang sangat suka hina keluarga saya. hina mak ayah saya. tak tahu apa salah diorang sampai dia suka sangat maki mak ayah saya.
Padahal parent saya layan dia baik sangat. saya sedih sangat tengik diorang. belakang2 dorang menantu perli2 je.
Saya tension semua yang saya buat serba tak kena. serba teruk kqt mta dia.
Saya stress melampau sampai satu tahap saya rasa macam tak boleh nak fikir panjang dah. Saya minta cerai dia tak nak lepaskan. dia memang nak sksa saya.
Hamun tu memang dh biasa siap pakej kene pkul. kene tarik rmbut. Last2 saya jadi diri saya yang dulu.
Kisah silam yang saya pernah cerita kt dia saya buat balik. saya betul2 hilang pedoman waktu tu.
Saya begithu dia apa saya dah buat dengan harapan dia nak ceraikan saya.
ya, Dia ceraikan saya tapi mnangis nak rujuk balik. bodo kan saya pergi cerita lagi? Kenapa saya bodo sangat untuk terima dia balik?
Dua kali dia ceraikan saya, dua kali saya rujuk balik. Sekarang saya btul2 mnyesal.
Sebab wktu tu saya fikir saya tak nak berpisah dengan anak saya. Dengan apa yang saya dah buat, ayah dia layak dapat hak pnjgaan.
Saya dah bertaubat memang tak ulang lagi tapi sampai sekarang suami tak habis2 berdendam.
Kalau tak boleh terima saya seikhlas hati kenapa mntak nak rujuk?
Saya igt bila dia mntk mf memang dia dah betul2 tak nak ungkit hal lepas. tapi tak. tetap sama. apa saya perlu buat.
Sumber KRT