Salam admin . Saya teringin nak share kisah saya . But plis hide my fb ye. saya nak mintak pandangan masing2. dan bukan la nak membuka pekung didada. sekadar ingin melihat coment2 positive. Cite die macam ni dan tolong jangan kecam saya.
saya dah berkawin almost 5 years tapi belum dikurniakan zuriat lagi. kami masing2 redha dan mungkin Allah lebih tahu bila waktu yang sesuai. tapi setahun yang lalu rumah tangga kami dilanda ujian.
asal nye gaduh benda remeh3 je. tapi sebab kan saya malas nak ambik tahu masalah die. saya biar kan je. yelaa balik2 terasa dengan kakak saya la. terasa dengan sedara mara saya la. pastu bile time nak balik kampung saya. Ada saje cuti nya.
Tapi bila die nak balik kampung die mesti saya mengelak .
Saya mengelak sebab tak pandai bergaul . Memang tak nafikan saya memang bagaul pilih kaum. yang tu memang saya akui kesalahan saya. Banyak kali isteri suruh ubah.
Saya ambik tak kisah. dan lama3 kelamaan bile benda yang remeh tu dibiarkan. Masalah menjadii besar dan isteri saya mula merajuk dengan saya. saya rasa saya dipihak yang betol. Saya egokan diri. almost 2 bulan kami buat haluan masing2. dan tibe2 muncul org ke 3 didalm hubungan kami.
Dipendekkan cerita selama tempoh saya tidak berhubung dengan isteri saya telah berhubung dengan orang lain dengan niat sekadar pelepas bosan sebab saya sayagkan isteri saya, saya down sangt bile saya bergaduh dengan isteri dan niat saya cuma pelepas bosan saje skadar teman 3 lepak dan borak dan ringan2 sahaja.
8 bulan kami menjalnakan hubungan. Dan dalam tempoh itu juga perasaan sayang saya dah muncul. begitu juga wanita itu. dan die sedia maklum yang saya telah berkawin. Dan die sedia berjumpe dengan isteri saya untuk mintak restu.
Dipendekkan cerita sebelum saya bawa wanita itu jumpe isteri saya telah berterus terang dengan isteri saya sebab takut pulak saya kalau isteri saya terus kick wanita itu. yelaa.. sama2 keje baju besi. Saya ingat respons die akan meng3mvk teruk.
Sekali die jawab “saya sedaya upanya menjadi isteri awak walaupun memang terlalu banyak kelemahan saya . Saya tak ade rezeki nak bagi awak zuriat . Mungkin wanita itu bole berikan awak zuriat . Selama ni saya terasa pun sebab kluarga awak cakap saya tak bole bagi zuriat kat awak .
Smpai suruh saya berhenti keje katanya keje saya yang membuatkan saya lasak dan payah dapat anak . Kalau awak mampu dah lama saya berhenti .Ni mintak duit topapkan sikit duit minyak kete dan bagi duit belanje pun dah berkira, cakap saya keje tapi duit mintak suami juga . So saya rasa better awak kawin je dengan perempuan itu.
Mungkin die bole buat awak lebih bahagia dan tak mintak duit awak macam saya mintak . Pasal saya awak jangan risau .. sedangkan awak 8 bulan perkenalan pun boleh jatuh cinta. setakat lelaki macam awak yang mudah untuk jatuh cinta ni, saya esok pun bole jumpe”.
Macam tertembus pelvru kat kepala saya bile se dass je die jawab macam tu walaupun dengan nada yang biasa. Jadi sekarang. perlu ke saya teruskn niat saya tu .. kang saya tkut bini bagi se dass kat wanita tu pulak.
Die isteri yang mengubah dunia saya Dari saya seorang yang macam k4tak bawah tmpurung sekarang saya dah pandai semua benda . Tak ade la kejutan budaya dah . Susah senang semua dengan saya . Tapi wanita ini pulak die hadir disaat saya dah ada segalanya tapi wanita ini lebih soft .. . Dan turutkan semua kata2 saya. Saya buntu
Kredit KRT