Semasa

Disebabkan terlalu terikut sikap n4fsu yang tinggi Aku tergoda dengan layanan seorang lelaki sampai terlanjur

 

Salam admin. Mohon hide profile aku. Mungkin terpanggil untuk kongsikan buat isteri2 yang tidak taat mahupun yang curang terhadap suami. Isteri pendosa. Ceritanya macam ini min.

Aku wanita 20an janda anak satu. Setelah 3 tahun berkenalan dengan suami dan mengharungi liku2 akhirnya kami berkahwin. Suami seorang yang setia waktu bercinta.

Walaupun sebelum berkahwin dia tahu aku janda tetapi dia tetap terima walaupun kadang2 cemburunya memang tinggi tetapi dia paling penyabar. Akhirnya kami pun berkahwin. Beza dia dengan suami pertama dulu memang jauh bezanya.

Dia cukup2 bertanggungjawab. Majlis yang meriah walaupun aku bukan anak d4ra dia tetap tidak kisah dan penerimaan keluarga dia sangat2 baik. Dia seorang yang cukup bab agama dan sangat2 rajin bekerja.

Perkahwinan kami bahagia cuma seketika. Semuanya berpunca dari aku yang tidak puas hati dengan layanan dia yang terlalu sibuk bekerja sehinggakn waktu dengan aku cuma satu bulan cuma dua minggu.

Aku juga bekerja di sektor swasta. Kalau dari segi zahir memang cukup. Segala kelengkapan rumah. Duit semua cukup sehinggakan gaji aku satu sen pun dia tidak pernah guna.

Disebabkan terlalu terikut sikap n4fsu yang tinggi Aku tergoda dengan layanan seorang lelaki sehinggakan terlanjur dan aku abaikan tanggungjawab aku pada suami dan anak sendiri.

Anak aku tetapi suami aku macam anak dia sendiri sedangkan bapa kandung anak aku sendiri pun tidak sayang macam itu. Akhirnya perbuatan aku dapat dihidu suami. Betapa j4hilnya aku masa tu. Dia sangat2 tabah.

Aku maki dia minta dia ceraikan aku walaupun hakikatnya semua salah aku dan setelah dia penat untuk pujuk aku. Lalu dia uruskan soal penceraian kami di mahkamah dan buat aku terkejut dia cuma buat kes tidak ada keserasian.

Kali pertama kami naik mahkamah kes ditangguh atas beberapa faktor dan ditangguhkan pada tarikh 3 bulan berikutnya.

Hari2 dia lalui aku dapat rasakan yang dia sangat2 kecewa dengan sikap aku dari raut wajahnya tetapi lelaki yang tabah ini tetap jalankan tanggungjawabnya macam biasa.

Tanpa satu keluhan. Aku? Tetap ego terhadapnya. Tarikh masuk mahkamah cuma tinggal lagi sebulan. Dia tetap bagi layanan yang baik dekat aku dan anak aku.

Sehinggalah satu pagi saat dia keluar hendak ke tempat kerja seperti biasa. Dia datang dekat bilik aku dia peluk dan dia minta ampun segala khilaf dia.

Dia kata maaf sebab tidak dapat jadi suami yang terbaik untuk aku. Dia tinggalkan satu sampul dan berisi surat dekat atas meja bilik aku dan dia pergi seperti biasa.

Sewaktu ditempat kerja. Aku dapat panggilan dari adiknya yang mengatakan suami kemal4ngan. Waktu itu aku rasa dunia gelap. Insan yang terlalu sabar aku sia2kan.

Insan yang terlalu bertanggungjawab aku abaikan. Berdosanya aku tidak  memohon ampun dan maaf buat suami aku yang aku mula sedar aku terlalu cintakan dia. Buat suamiku.

Walaupun sudah 1 tahun abang pergi tinggalkan aku, Aku tetap tidak kan lupa semua dosa2 aku. Maafkan segala dosa2 isterimu ini. Aku harap buat isteri2 diluar sana, bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Hargailah suami yang terbaik. Thanks min. Lagi satu min, aku hanya terlanjur sekali sahaja, tapi aku terua hamil dan aku rasa tu adalah anak lelaki yang aku kenali,

tapi dia membuangku dengan alasan isterinya tidak terima poligami, ya Allah hancvr luluh hatiku. Biarlah hanya aku yang besarkan anak2 ku. Semoga suamiku setia menunggu ku disyurga.  Semoga jadi pengajaran buat semua.

 

Kredit KRT