Semasa

Dituduh Pertahan Crackhouse, Afdlin Shauki Dedah Pernah Masuk Bersama Dgn Aliff Syukri. Ini Yg Mereka Berdua Buat Dalam Tu

ejak kebelakangan ini nama pelakon, pengarah filem dan pelawak Dato’ Afdlin Shauki menjadi bualan ramai apabila meluahkan bantahannya terhadap penutupan Kelab Komedi Crackhouse.

Afdlin tampil dalam program The Amin Idris Show di Facebook dan Youtube semalam bagi menjawab segala persoalan yang diutarakan kepadanya selain memperjelaskan hal sebenar kepada ramai.

Dalam program tersebut, Afdlin menjawab pertanyaan Amin mengenai tuduhan ramai selebriti itu mempunyai sebarang kepentingan atau ‘share’ dalam kelab komedi berkenaan.

Jelas Afdlin, dia tidak pernah mempunyai ‘share’ satu sen pun, sebaliknya kasihan dengan nasib mereka yang mencari rezeki di situ.

“Saya tiada share satu sen dalam kelab ini. Pendirian saya sebagai NGO, nasib adik-adik yang cari rezeki ini bagaimana? Saya tak buat show pun kat situ.

“Saya memandang mengenai periuk nasi orang lain. Tak semestinya mengenai industri komedi sahaja. Kalau ada orang susah yang perlukan bantuan, saya akan bantu,” katanya.

Pelawak berusia 51 tahun itu mendedahkan dirinya pernah memasuki ke kelab komediri tersebut sebanyak dua kali. Afdlin berkata, dia menjejakkan kaki ke situ adalah bagi menemani usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri untuk melakukan komediri dan kali keduanya menonton persembahan kawan-kawan yang lain.

“Kali pertama saya bawa Datuk Seri Aliff Syukri untuk buat stand up. Dan sekali lagi untuk menonton satu show kawan-kawan.”ujarnya kepada penceramah bebas, Amin Idris.

Malah, dia juga mendapati konten yang diketengahkan oleh para komediri di kelab berkenaan tidak keterlaluan sehingga menghina sesuatu agama atau bangsa semasa dia berkunjung ke situ.

Dalam masa yang sama, Afdlin mengatakan Crackhouse merupakan restoran komedi yang dibuka terlebih dulu daripadanya dan ia menjadi tempat kepada ramai untuk belajar melakukan komedi.

“Saya bercakap mengenai Crackhouse kerana saya dulu ada restoran komedi yang halal di sebuah kompleks membeli belah. Ia untuk keluarga dan halal tanpa alkohol.

“Crackhouse dibuka terlebih dulu dari saya. Itu tempat pelajar-pelajar buat komedi dan bisnes komedi bukan mudah. Ia tempat adik-adik yang cari rezeki,” katanya.

Dikesempatan itu, Afdlin bersetuju sekiranya ‘pelawak’ dan pengasas bersama kelab tersebut iaitu Rizal Van Geyzel dikenakan tindakan disebabkan kontennya yang keterlaluan sehingga mencetuskan isu perkauman.

Menurut Afdlin, sekiranya dia didapati bersalah, adalah layak sekiranya hal tersebut diserahkan kepada pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman.

“Jika mereka salah humban dalam jel. Saya tak tahu menahu tentang konten dia. Dia pernah dulu bekerja dengan saya semasa zaman program A Ha!

“Masa itu dia baru bermula. Tapi saya tak tahu bila masa dia buka kelab ini. Saya cakap satu benda sahaja. Kepada pelawak-pelawak, kau buat, kau berani tanggung.

“Pada saya apabila saya dapat informasi, saya rasa tak adil dikata tempat itu orang menghina Islam. Yang ditonjolkan satu dua sahaja. Yang beratus lagi konten yang baik bagaimana?,” katanya.

Tambah pemilik nama Afdlin Shauki Aksan, sekiranya dia mengetahui awal mengenai hal sebenar, pasti dia tidak akan berada di posisi yang sama pada masa ini.

Sumber: Youtube THE AMIN IDRIS SHOW