Semasa

Dlm Perjalanan ke KL Dari Jeddah, Sorang Penumpang Jerit Bayi Dia Tertinggal, Namun Tindakan Juruterbang Tersebut Sgt Mengejutkan

Gambar diatas hanya sekadar hiasan

Sebuah pesawat komersial Saudi terpaksa patah balik bila penumpang mendesak yang dia tertinggal bayi di airport.

Rakaman Video Antara Juruterbang Berada Di Bawah

Sebuah pesawat komersial dilaporkan terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Arab Saudi selepas seorang penumpang wanita tertinggal bayinya di terminal.

Pesawat SV832 Saudia dari Jeddah itu difahamkan dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dan penumpang wanita itu kemudian menyedari bayinya tiada di sisi lalu memaklumkan kepada kru kabin.

Kejadian itu menyebabkan juruterbang terpaksa meminta kebenaran dari pusat kawalan trafik udara untuk kembali semula ke Jeddah.

Puncanya adalah kerana ada seorang ibu warganegara Saudi membuat laporan kepada juruterbang yang bayinya tertinggal di ruang menunggu berlepas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz.

Bunyi yang sangat pelik. Tapi itu yang terjadi. Atas dasar tanggungjawab, juruterbang pesawat Flight SV832 tersebut membuat panggilan ke menara kawalan atas dasar emergency dan mendapat kebenaran untuk berpatah balik untuk ambil semula bayi penumpang.

“Alhamdulillah. Sekarang boleh patah balik atau bagaimana?”, antara percakapan juruterbang yang dapat dirakam.

Operator kepada menara kawalan juga yang terkejut didapati bertanya kepada rakan yang lain tentang protokol yang betul untuk pesawat patah balik. Sebab kes emergency sebab bayi tertinggal ni sangat jarang sekali didengari.

Sekali lagi operator bertanya untuk betul-betul pastikan yang sebabnya adalah bayi tertinggal.

“Saya bagitau anda, ada seorang penumpang dalam pesawat tertinggal bayi di terminal dan tak mahu penerbangan ini dilanjutkan.”

Selepas keputusan patah balik diluluskan, kedengaran sorak penumpang dari dalam penerbangan. Cool sungguh juruterbang tu kan. Semoga Allah rahmati dia. Kongsikan jika bermanfaat.

Sementara itu di media sosial, netizen memuji tindakan juruterbang yang sanggup berpatah balik agar si ibu dapat mengambil bayinya semula.

Sumber: Gulf News , Daily Mail

Sumber Artikel : The Reporter

Leave a Reply

Your email address will not be published.