Semasa

“Dulu sampai ke kasut pun arwah pakaikan..” -Video Shuib Pakai Kasut Buat Netizen Teringatkan Video Arwah Dulu

KURANG tiga bulan lagi, umat Islam bakal menyambut Hari Lebaran.

Ketika ini, memang ramai peniaga yang sudah sibuk mempromosikan baju raya keluaran mereka termasuk jenama milik Allahyarham Siti Sarah, Loveta yang bakal melancarkan busana raya sedikit masa lagi.

Keluarga Shuib mencuri perhatian ramai apabila melakukan sesi fotografi bagi koleksi baju raya mereka, namun lain pula yang diperhatikan netizen.

Foto keluarga sempena hari raya pertama tanpa kehadiran Siti Sarah.

Belum lagi menyambut raya, tetapi netizen pula yang sudah mula rasa sebak.

Teringat video arwah tolong pakaikan kasut buat Shuib

Komen Netizen

Memang sebak melihat video mereka, walaupun hanya sesi fotografi , tetapi emosinya sangat berlainan.

Semoga yang baik-baik sahaja buat Shuib sekeluarga.