Semasa

TerIanggar Lembu Kemudian Terpelanting Dirempuh Kereta, Aidil Aiman MninggaI Dvnia

Remaja maut langgar lembu sebelum dirempuh kereta

BERA – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor lembu yang melintas jalan.

Kemudian mangsa dirempuh sebuah kereta di Kilometer 7 Jalan Bera-Mayam di sini semalam.

VIDEO KEADAAN SELEPAS KEMALANGAN DI BAWAH SEKALI

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Mansor Samsudin berkata, kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Aidil Aiman Azizan,19, dalam perjalanan dari Felda Tementi ke Kerayong di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba seekor lembu melintas jalan dan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z terlanggar lembu tersebut dan melambung terjatuh di laluan bertentangan.

“Pemandu sebuah kereta yang lalu di laluan tersebut ternampak kejadian itu dan cuba membrek tetapi terlanggar mangsa,”katanya di sini, hari ini.

Menurutnya mangsa meninggal dunia ditempat kejadian dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh untuk bedah siasat.

Allah allah allah berat sunguh ujian yg kau berikn tk smpai sehari berckp smlm kau ambil nyawanye subhanallah man cptnye tnglkn kiteorg syurga tmptmu man berkumpla dgn abah umi disana tapi man tnglkn adik sorg2..

Allah kuatkn kami utk menerima ujian ini tk sngup man jnjykn isnin ni dah smlm kak ecah tk ikot emn ajk pegy main bowling nk blnje kak ecah suruh tngu isnin allah.

Al-fatihah adik sepupu yg paling disayangi

Mnta jasa baik sedekahkn al-fatihah utk aidil aiman bin azizan semoga ditemptkn dikalangn org org yg beriman dn beramal soleh “

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 daN siasatan masih giat dilakukan.

Ujarnya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian permukaan jalan kering serta jalan gelap tanpa lampu jalan. – K! ONLINE.

Tonton Video :

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga mangsa. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.