Semasa

Gadis ‘Tak Kisah’ Letak Hantaran RM500, Tapi Syarat Tambahan Betul² Sgt Mengejutkan, Bakal Suami Harus..

Sebelum berkahwin, soal wang hantaran menjadi antara perbincangan kedua-dua belah pihak supaya boleh mencapai kata sepakat.

Kalau jumlah setinggi langit, agak ‘sakit’ bagi si lelaki untuk mengumpulnya.

Mungkin tidak mahu membebankan bakal suami, seorang gadis ini menyatakan ‘okey’ sahaja.

Ia sekiranya menerima nilai RM500 sebagai wang hantaran untuk majlis pernikahannya.

Menerusi sebuah video di platoform TikTok, bagaimanapun Alyaa Azlan meletakkan beberapa syarat untuk calon suaminya bagi memenuhi kriteria yang diinginkan.

Menulis kapsyen pada video, gadis berasal dari Kelantan itu antaranya mahu seorang bakal suami yang menjaga solat, bertanggungjawab dalam memberi nafkah serta tidak mempunyai personaliti panas baran.

Video berdurasi 19 saat tersebut meraih 1.2 juta tontonan dan hampir 6,000 komen warganet yang tertarik untuk berkongsi pendapat masing-masing.

Rata-rata terutamanya kaum lelaki meluahkan rasa ‘lega’ kerana masih terdapat wanita yang tidak keterlaluan.

Ini dalam menetapkan nilai wang hantaran selain mendoakan Alyaa agar dipertemukan jodoh yang baik.

Sumber: TikTok @nleliyyy_