Semasa

Aku Nikah dgn Jodoh Plhn Mak, Ex bf Dtg Bwk Hadiah, Suami Buka, Terus Hncur Mlm Prtama Aku

Foto sekadar hiasan. Assalam semua pembaca.

Apa yg aku ingin ceritakan ini harap dijadikan tauladan kepada semua mahupun yg akan berkahwin, sudah kahwin atupun yang masih sedang hangat bercinta.

Aku Reen berasal dari Shah Alam, Selangor. Memang aku anak jati selangor sebab mak ayah pun asal Shah Alam dan Bukit Jelutong.

Aku yg sulung dan aku ada adik lelaki seorang. Kami memang 2 beradik je. Mak dan ayah masing2 bekerja sebagai penjawat awam.

Umur aku tahun ni genap 26 tahun dan aku baru saja dinikahkan minggu lepas dgn pasngan pilihan mak. Senang cerita suami aku sekarang anak kawan baik mak aku dari zaman sekolah.

Seminggu sebelum majlis berlangsung, kami menyambut aidilfitri di rumah sahaja sebab memandangkan majlis perkahwinan aku hanya tinggal seminggu lagi.

Segala persiapan telah diaturkan oleh mak dan ayah dibantu keluarga terdekat.

Maklumlah aku ni anak sedara pertama yg akan bernikah, so nampak kesungguhan mak ayah sedara bantu family aku dalam menjayakan majlis perkahwinan aku dgn si dia. Aku namakan suami aku Farid.

Tak kurang juga dari segi kewangan memang banyak pak cik dan mak cik yg sponsor dalam majlis perkahwinan.

Mak ngah aku sponsor DJ, PA sistem, Makcik aku adik mak yg ketiga sponsor goodies gula2 dan puding, manakala mak su aku sponsor khemah 6 biji.

So, dalam erti kata lain bebanan yg di tanggung mak ayah aku agak kurang. Jemputan memang ramai 1,500 orang. Mak ayah dah start edarkan kad kahwin dari sebelum puasa hingga la sampai hari raya.

So korang da boleh imagin betapa ramainya jemputan kenduri aku yg lepas. Berbalik pada cerita aku, sebelum aku adalah lepasan pelajar UPM serdang.

Semasa di universiti, aku pernah berkenalan dgn si jantung hati aku, aku namakan dia Fawas. Memang hensem la Fawas ni dan dia lelaki idaman aku selama ni.

Kulit cerah, rambut sikat tepi, janggut pun sejemput je bawah dagu.

Dia memang bersopan santun, percakapan nya pun lembut je, memang cair la kalau dia bercakap. Aku impikan dan selalu berdoa agar dia adalah jodoh aku buat selamanya.

Aku berkenalan dgn Fawas semamsa nk makan tengah hari di kedai berhampiran Universiti, time aku terlupa bawa purse aku untuk bayar makanan.

Serius mmg aku jenis pelupa. Tiba2 ada seorang lelaki offer kan diri nk bayar makanan aku.

RM 10.20, berlaukan ikan pari, sayur gobis, telur dan juga teh ais. Aku segan silu time tu bila dia offer nk tolong bayarkan tapi dia ckaap ” awak kena bayar balik tao nanti”.

Tanpa berfikir panjang aku tinggalkan nombor telefon pada dia, supaya dia dpt whatspp aku petang nnt utk berjumpa, aku nk bayar balik hutang dekat dia.

Yela time tu masih student, duit confirm2 tak banyak lagi kan. Cuma yg peliknya time aku nk bagi num handphone dia betul2 pandang tepat dekat mata aku.

Betul la cakap orang tua2, dari mata jatuh ke hati. DUP DUP DUP jantung aku seperti bergertar bila dia tenung aku mcam tu, aku hanya balas dgn seyuman dan sempat dia mengusik aku ” Manis”.

Aku pun balik ke dorm lepas setel bg num hp dekat dia.

Petang tu dalam pkul 5 petang hanphone aku bedering, YESS.. harap2 dia la yg call aku.

Memang btul budak lelaki tadi yg call aku dan terus aku menjwab dan layan dia dlm telefon utk mengatur perjanjian unutk berjumpa pulang kan duit dia.

Kami berjanji akan berjumpa pkul 8 malam di kedai yg dijanjikan. Lepas magrib tu aku pon bersiap, mengena blous kaler pink dan bju kaler putih, tudung bawal.

Sembur perfume bagai nk rak, bagi wangi2. Pada hal niat aku nk pulangkan duit je pun. Tapi siap macam nk keluar dating.

Sampai aku di kedai makan yg dijanjikan aku tgk dia da siap menunggu di meja makan. Eh, nk bg duit je pun kenapa dia siap oder air ni, mungkin dia nk minum kot haus.

Bedebar debar jantung time nk sampai kt meja dia dan aku sapa dgn memberi salam. Dan dia menjawab lalu mempelawa aku duduk dihadapan dia utk teman dia minum.

Memang malu sgt sebab aku tak menolak sikit pun, patutnya aku boleh je nak jual mahal sikit, nampk la value aku tinggi skit,hihi..

Dia panggil pelayan nk ambil oder air utk aku dan time tu juga aku bwa duit RM 10.20 utk bayar hutang yg aku makan t. ari tadi.

Dia ambil duit dan pegang tangan aku cakap… ” saya belanja awak”. Fuh dunia bagai nk runtuh aku rasa time tu 1st time aku tangan aku dipegang oleh lelaki lain.

Dan dia juga perkenalkan diri dia time dan kos yg dia ambil. Oh, sebelah fakulti aku je dia.

So bermulalah 1st date aku dgn dia, dan sejak dari tu kami kerap keluar bersama pada waktu malam. Sebab siang masing2 ada kelas.

Yang best nya Fawas ada motosikal LC, dia yg akan jemput aku di kolej kalau kami keluar dating.

Memang kerap sgt la masa aku habiskan bersama dia, tengok wayang, lepak shopping mall, beli aksesori motosikal.

Dia minta aku pluk dia time di belakang naik motosikal. Aku pluk. Bestnya memang tak terkata, apa yang dia ckap aku turutkan.

Dunia ni mmg rasa macam kami berdua yg punya. Hingga sampai ada mulut2 yg kecoh dapat tahu kami ni pasngan couple yg ideal even berbeza kos.

Aku tak dapat nafikan, dia memang jenis yg setia, dia tak pernah cvrang dgn aku walaupun fakulti dia berbeza. Kadang aku demam dia da terpacak depan kolej mengambil aku utk dibawa ke klinik.

Even baju yg dia hadiahkan pun aku masih simpan. Aku memang sayangkan dia dan aku harap jodoh aku dgn dia.

Cinta kami kukuh hingga lah kami grad pada tahun yg sama tahun 2016. Rezeki Fawas dimurahkan dia dapat kerja sebulan selepas konvokesyen.

Dia dapat jwatan eksekutif pembekalan di syarikat swasta sekitar Puchong. Aku pula 6 bulan lepas tu baru dpt pekerjaan.

So bila da bergaji dan pegang duit sendiri, tiap2 minggu Fawas akan ambil aku di rumah untuk keluar jalan2.

Mak ayah aku memang sedia maklum dan senang hati aku berkawan dgn Fawas. Cuma mak dan ayah tak berkenan aku naik motosikal dgn dia. Orang tua2 ckap tak manis lah.

Aku cuba usulkan supaya Fawas keluarkan kereta even 2nd pon tak pe aku tak kisah. Janji ada kereta yg boleh bawa aku berjalan. Dan Fawas bersetuju keluarkan kereta Jazz.

Memang berbunga bunga lagi lah hati aku boifren yg aku kenal 6 tahun lebih berjaya bwa keluarkan kereta demi aku.

DEMI AKU FAWAS KELUARKAN KERETA.. huhu

Mak dan ayah memang tersenyum bila Fawas turutkn permintaan mereka.

So, lebih kurang setahun juga setiap minggu Fawas akan ambil dan hantar aku utk keluar dating. kadang2 memang mak dan ayah aku pun join minum skali dgn Fawas.

Tiba2 satu hari, time tu masih ingat lagi hari tu hari jadi aku. So, mmg da nk plan Fawas akan sambut dgn family aku sekali.

Time tgh makan2 tu tiba2 mak aku mencelah ” Bila nak hantar rombongan pinang Reen”.

Terus muka Fawas berubah, Dia letakkan kembali air atas meja. ” Insha Allah makcik sya akn balik berbincang dgn mak ayah saya”

Fuh, aku yg dgr curi2 ni memang tersenyum seronok la.. 2 minggu lepas tu Fawas call ajak aku keluar macam biasa.

Dia bawa aku pergi taman tasik shah Alam, tempat selalu kami lepak minum kopi dan chicken chop kegemaran dia. Time tu juga la dia beterus terang dgn aku.

Dia masih belum bersedia nk berkahwin dgn aku. Dia bnyk komitmen perlu disetel kan dulu, hutang PTPTN, Kereta, loan untuk besarkan rumah mak ayah di kampung , nak sara adik2 dia yg masih belajar.

Dia minta aku bersabar lagi 5 tahun untuk bagi kewangan dia bertambah stabil.

Untuk pegetahuan korang gaji Fawas time tu RM3750. Memang besar gaji dia berbanding aku. Dan mmg sah2 aku persoalkan kenapa begitu lama aku perlu menunggu dia.

Dan aku juga pernah cakap dgn dia aku sanggup hidup susah dan senang dgn dia. Dan aku juga berjnji akan kerja juga lepas berkahwin dgn dia. Untuk bantu stabil ekonomi keluarga pada masa akan datang.

Malangnya memang dia tolak mentah2 cadangan aku. Dia tetap bekeras akan berkahwin 5 tahun lagi.

Memang aku frust sgt bila Fawas bagi tahu mcm tu. Apa yg aku nk cakap dekat mak dan ayah nnt.

Adakh mereka setuju. So, hari tu aku balik dgn tangisan, fikiran aku melayang lelaki mcm ni kah yg sanggup susah dan senang dgn aku pada masa akan datang.

Aku merajuk dgn Fawas dekat sebulan juga, call, whatsapp aku tak reply. Aku cuba ambil mood nk bg tahu mak dan ayah aku tentang keputusan Fawas.

Dan memang sah mak dan ayah aku marah sgt dekat Fawas bila dia ckp nk tnggu selama 5 tahun lagi baru akan hantar rombongan meminang.

Memang mak nampak tercabar sgt bila aku diperlakukan seperti ini.

Xsempat 6 bulan, mak dan ayah panggil aku berbincang utk kahwin kan aku dgn anak kawan baik mak aku, Farid yg sah suami aku sekarang ni.

Dalam masa yg sama hubungan aku dgn Fawas yg agak dingin aku cuba bagi tahu Fawas atas cadangan mak aku. Memang Fawas nampak gak tertekan bila aku bagi tahu berita ini pada dia.

Tapi sayang sekali Fawas mulanya ingt mak aku seperti nk main2 kan dia, walaupun tertekan, Fawas nampak seperti bersahaja, tidak ambil tindakan yg drastik utk masuk meminang aku.

Dan akhirnya aku bertunang mengikut rancangan mak ayah aku. Aku redha dgn pertunangan antara aku dan Farid.

Fawas? Dia masih tak boleh move on. Masih meratap memujuk aku. Dia menyesal dgn tindakan dia.

Rupanya baru Fawas mengaku dia tidak pernah berbincang pon sebenarnya dgn mak dan ayah dia mengenai rombomgan meminang aku.

Dia betul2 menyesal dan dia amat cintakan aku sepenuh jiwa raga dia. Tiap hari dia cuba wahtsapp dan call ganggu aku.

Tipu lah aku katakan kalau aku senang mudah lupakan dia. Dia cinta hati aku sebelum ni.

Aku terima Farid dgn luuka, aku terima Farid dalam tangisan, dan aku juga terima Farid dlm keadaan terpaksa.

Majlis aku berlangsung dgn meriah walaupun riak wajah aku mmg tak seceria, tak seiklas hati.

Tiba2 ats pelamin aku nampak kelibat Fawas datang ke majlis perkahwinan aku.

Dia hanya mampu terseyum dengan spek mata gelap Ray ban yg aku hadiahakan sempena hari lahir dia sebelum ni.

Dia mengakat hadiah dari jauh, tunjuk2 kn dekat aku bahawa itu pemberian dia.

Dalam keramaian waktu tabur beras, aku terdengar suara DJ seperti mengumumkan lagu itu ditujukan pada aku.

Dengan ucapan ” Buat Reen, kau la cinta aku dunia akhirat, aku tidak dapat lupakan kau walau sesaat kita bersama, tapi apakan daya jodoh kita berpanjangan, AKU AKAN CUBA DAPATKAN KAU KEMBALI SAYANG..ERRR” Dj seperti terkesima dgn ayat yg ditujukan pada aku

Ya, ayat tu utk pengantin atas pelamin ni. farid lihat aku dgn tersenyum. Muka Farid sedikit berubah.

Mak dan ayah cepat2 pergi ke DJ tersebut nk tengok ayat tu dari siapa. Emm… dari Fawas.. Nasib Fawas tak datang tabur beras ats pelamin aku, kalau tak memang kecoh la.

Alhamdullilah majlis selesai hari tu, sebelah malam sesi buka hadiah, mata aku mencari hadiah Fawas tadi. Aku dapt hadiah dan aku request pada suami supaya hadiah ini yg dibuka dulu.

Buka je hadiah tu drah aku bederau satu badan. Fawas pos gambar2 kami berdua sewaktu bercinta, gamba aku pluk dia, dia pluk aku, gambar dia c1um pipi aku.

Depan2 mata suami aku tengok setiap gambar lebih kurang 10 keping banyak nya dgn hadiah baju tidur kaler merah hati yg Fawas hadiahkan.

Suami lihat aku dgn perasaan geram time tu. Time tu juga memang ank saudara sepupu sepapat menantikan saat pembukaan hadiah. Keadaan jadi kecoh.

Farid angkat kaki pergi ke bilik. Sambil ayat dikeluarkan ”Aku menyesal, aku menyesal kahwini kau” Depan2 mak ayah aku Farid cakap macam tu. memang dunia aku seakan gelap seketika.

Malam pertama aku hncur. Farid kemas2 barang2 dia nk balik ke rumah orang tua dia.

Dia mintak diberikan masa untuk tenang fikiran sebelum majlis di sebelah pihak lelaki. hari ni masuk hari ke 3 Farid diamkan diri, aku cuba call dan whatsapp tp tidak di layan.

Majlis pihak lelaki minggu ni. aku risau apa2 yang terjadi.

Korang doakan aku agar Farid berlembut hati pada aku kembali. Pada sesiapa yg hangat bercinta, sedang dilamun cinta aku harap cerita aku ni dijadikan pengajaran buat semua.

Kalau aku ada masa nanti, aku sambung lagi. Jangan lupa tolong doakan aku. Sekian. Assalam.

Apa pendapat anda. Jangan lupa kongsikan di ruangan komen ye