Nampaknya selepas putus cinta dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli, jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida gembirakan dirinya.
Ia dilakukan dengan memilih untuk bercuti di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, Vida menginap di sebuah hotel berharga RM50,000 untuk satu malam.
Malah, Vida turut sertakan kapsyen, ‘tiada lelaki, tiada masalah’.
Takde laki takde masalah pic.twitter.com/Tr3EXvRdNa
— Viral Malaysia (@ViralMalaysia7) December 3, 2021
Dalam satu lagi video, Vida sempat membuat TikTok bersama staf di hotel sambil menari mengikut rentak lagu berserta kapsyen mengatakan daripada bersedih lebih baik layan TikTok.
Bagaimanapun, ada yang berkata usahawan itu berhak untuk bahagiakan diri sendiri selepas bertahun-tahun bekerja mencari rezeki.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan mereka juga turut gembira melihat Vida turut kini gembira selepas berdepan episod putus cinta.
Terdahulu, Vida mempersoalkan kemampuan Iqbal untuk mencari pengganti lebih-lebih lagi wanita sepertinya seorang wanita yang rupawan dan genit-genit manja.
RK