Semasa

Hafiz Mahamad Sediakan 5 Bas Balik Kampung Percuma Kepada Sesiapa Yang Nak Pulang Beraya.

Mood hendak berhari raya dan juga pulang ke kampung sudahpun membuak-buak dalam diri setiap perantau. Mereka yang berada di kampung pula juga sedang menantikan kepulangan sanak-saudara selepas dua tahun hasrat tersebut terhalang.

Disebabkan itu, orang ramai yang mahu bergerak ke destinasi masing-masing sudah membuat perancangan awal dengan mengambil cuti serta membeli tiket jika menggunakan pengangkutan awam.

Oleh sebab itu, usahawan terkenal, Hafiz Mahamad telah membuat kebaikkan dengan menyediakan 3 hingga 5 buah bas menuju ke destinasi sekitar Semenangjung Malaysia untuk para perantau yang kurang berkemampuan dan mahu pulang ke kampung halaman.

Hal tersebut dinyatakan sendiri Hafiz di akaun Instagramnya serta menjelaskan yang setiap seorang diberi 5 tiket untuk sama-sama membawa kenalan ataupun ahli keluarga mereka.

Tambahnya lagi, buat permulaan, dia akan menyediakan tiga buah bas terlebih dahulu dan jika mendapat sambutan, jumlah bas akan ditambah lagi.

Oleh itu, dia meminta orang ramai untuk berkongsi hal tersebut kepada rakan-rakan dan juga orang sekeliling supaya lebih ramai yang dapat menaiki bas tersebut. Jangan risau, semua adalah percuma.

“Bantu saya “share post” ni. Harini saya dh lock 3 Bas. Kalau ramai, saya akan tambah bas lagi mungkin ke 6 Bas. Ini semua “free” @ainaabeautyofficial sponsor awak balik raya. Harap penuh semua bas nanti..” tulisnya.

Tarikh: 29 April 2022 (Jumaat)
Masa Berkumpul: 9.00 malam
Bas Bergerak: 10.30 malam
Tempat Berkumpul: Depoh Kiffah Travel Sdn Bhd, Taman Sri Ehsan Kepong

Apa apa kalau nk tanya, boleh whatsapp team saya 011-65685200 (Azrie). Nanti team saya akan update dkt whatsapp tau

Inisiatif murni Hafiz ini bertujuan untuk berkongsi rezeki buat mereka yang mengalami kesulitan dan berniat memberi sedikit kegembiraan buat mereka.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang memuji usaha yang dilakukan oleh usahawan kosmetik itu dan berharap agar rezekinya sekeluarga terus dipermudahkan.

Ada juga diantara mereka yang mencuba nasib mahu menjadi salah seorang yang bertuah mendapatkan tiket bas percuma dari Hafiz supaya membolehkan mereka melepaskan kerinduan kepada orang tua di kampung halaman.

Sumber: Instagram Hafiz Mahamad