Baru-baru ini pelakon senior, Azri Iskandar mendedahkan dirinya mahu menukar namanya kepada nama yang baru.
Bagaimanapun, hasrat tersebut terpaksa dilupakan olehnya atas sebab tertentu.
Menurut bekas suami kepada pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar, hasrat tersebut terpaksa dilupakan setelah anak-anaknya tidak bersetuju dengan penukaran nama tersebut.
“Lagipun dia kata, dia dah mula berkecimpung dalam bidang perfileman, takkan dia nak letak namanya sebagai Azrell atau Ayel Alexander.”
Bagaimanapun, Azri menjelaskan kepada anaknya, nama Azri Alexandar hanya digunakan untuk kerjaya lakonan sahaja dan Azri Iskandar masih namanya.
Tetapi, Azrell mengatakan dia tidak boleh menerima nama tersebut dan ia menyebabkan pelakon itu terpaksa mengambil keputusan menggunakan semula nama Azri Iskandar.
Azri berkata, dia tidak tahu bagaimana penerimaa warga industri seni perfileman sekiranya dia membuat keputusan untuk menukar namanya.
“Kalau orang industri, mungkin orang mereka tak kisah kot. Sebab, bukan menaikkan atau menurunkan pembayaran mereka pun,” selorohnya.
Terdahulu, Azri mengakui dirinya sudah bertunang dengan kekasih hati iaitu Dr. Azra Diera,43, di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu dan kini dalam fasa bahagia.
Sumber: Getaran (Ellyna Ali)