Semasa

Buat ‘Surprise Delivery’ Terus ke Rumah Pelanggan, Menyeramkan Rupanya Pelanggan tu dah Bersedia

Sejak kebelakangan ini, perkhidmatan ‘surprise delivery’ seakan sudah menjadi satu trend dan semakin mendapat sambutan di hati seluruh rakyat Malaysia.

Kebanyakan daripada pelanggan menggunakan perkhidmatan ini untuk memberi ‘kejutan’ buat insan tersayang.

Namun berbeza pula dengan pengalaman yang dilalui seorang peniaga ini apabila dia dipertemukan dengan pelanggan dari ‘ner4ka’ yang cuba meny4munnya.

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Ajib Saim telah menceritakan pengalaman cemas yang menimpa isterinya, Lily ketika melakukan ‘surprise delivery’ baru-baru ini.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Kisah itu bermula semasa Lily pergi ke sebuah flat di Johor untuk menghantar pesanan suspek.

Namun, sebaliknya pula yang terjadi apabila Lily akhirnya diperangkap dan hampir disamvn oleh pelanggan tersebut.

Jelas Ajib lagi, dia hanya mengetahui perkara itu selepas menerima panggilan daripada isterinya dan ketika itu, dia terdengar seperti suara wanita sedang bergelut.

“Lepas zohor dapat call dari wife, tapi tak berjawab. Yang saya dengar jeritan minta tolong nangis-nangis tengah bergelut.

Lepas tu anak saudara kebetulan bersama wife. Cakap dengan telefon tadi, dia cakap tak tahu. Mokteh macam nak kena rog0I”

Menurut Ajib, dia bergegas ke lokasi kejadian dan setibanya di sana, dia melihat isterinya sudah pun berada dalam jagaan polis.

Sementara dua daripada tiga orang suspek wanita berusia 19 tahun juga telah ditahan.

Difahamkan, isterinya itu tidak mengalami sebarang kecederaan parah sebaliknya hanya berdepan trauma.

“Kes telah diserahkan kepada pihak berkuasa. Mereka bertiga merancang untuk samun dengan membuat pesanan kerana wife seorang runner. Hampir membvnuh kerana ada pisau.”

Menjengah di ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa bimbang dengan keselamatan para peniaga terutamanya wanita yang melakukan perkhidmatan ‘surprise delivery’.

Hal ini kerana, mereka perlu berjumpa dengan individu yang tidak dikenali dan sekiranya ada pelanggan yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat.

Ianya secara tidak langsung mendatangkan risiko buat diri mereka.

Sumber: Ajib Saim, Lily Hananie Shadan