Semasa

Sampailah Masa Istri Mengandung Lagi, Aku Mengenali Sorang Prempuan yg sgt Cantik dan Baik

Aku sangat bahagia dengan isteri kedua. Asalamualaikum admin mohon hide kan profil ni dan jangan balas chat ni sebab password aku kongsi dengan bini no 2.

Aku nak ceritakan kisah aku dari mula2 berumah tangga sampailah aku berjaya atas dorongan isteri nombor 2.

Mula2 aku cerita kisah isteri pertama, kami bernikah disebabkan cinta.

Ya kisah cinta zaman sekolah, masa tu aku masih tak reti berfikir, mak ayah hantar aku sekolah, malah aku pergi bercinta.

Umur 19 tahun aku dah bernikah, sebab isteri pertama hamil anak aku, ya anak aku sebab hanya aku sorang sahaja yang sentuh dia.

Maka bernikahlah kami diusia muda, hancur masa depan aku dibebani isteri dan anak2.

Malah aku tidak dapat meneruskan pelajaran atas tanggungjawab sebagai suami.

Aku terpaksa mencari nafkah diusia 19 tahun. Kerja apa sajalah yang mampu aku lakukan dengan kelayakkan ku. Dalam 4 tahun bernikah

3 kali isteriku melahirkan  tapi yang aku tak boleh terima, dia hanya tahu lahirkan anak perempuan.

Aku tak boleh terima itu,  sejak dari awal bernikah, hidup aku tak pernah senang, gaji rm 2k semua serah kat dia, semua habis kat anak.

Lepastu masih mengadu susu pampers tak cukup, tapi yang aku suka, dia tak suka meminta2.

Nasi belauk telur dan kicap pun dia telan, bubur dengan garam pun dia makan. Aku selalu makan dirumah mak aku, sebab aku tak selera apa yang bini aku masak.

Sampailah isteri aku mengandung lagi aku mengenali seorang perempuan yang terlalu sangat cantik, sopan santun dan membuat hati aku rasa nyaman,  diawal perkenalan je, aku rasa dialah yang memberi sinar dalam hidupku.

Dia selalu nasihatkan aku supaya jangan abaikkan isteri aku, dan menghargai pengorbanan isteri aku.

Dan itulah yang membuatkan aku sayang sangat dekat dia, dia tak pernah benci isteri aku, dan dia ikhlas terima isteri aku sebagai isteri yang lebih tua.

Sejak kenal dia rezeki aku dapat kerja elok, gaji besar jugaklah dalam 5k, lepastu dia tolong aku buat bisnes macam2 hinggalah income aku sebulan mendadak naik hinggal 10k hingga 15k sebulan.

Dialah sinar dalam hidup aku, kalau difikir semula, mungkin isteri pertama hanya tahu membawang mlang.

Tapi bila aku timbulkan isu ini, wanita itu akan nasihatkan aku supaya hargai isteri pertama, sungguh mulia hatinya.

Selepas sahaja isteri pertama melahirkan anak bongsu kami yang juga perempuan, aki terus ambil keputusan untuk bernikah dengan wania itu.

Sejak mengenalinya,  dialah sinar dalam hidupku, rezeki mencurah2 malah dia juga hamilkan anak kembarku seorang lelaki dan seorang perempuan.

Sungguh bahagia ku rasakan. Kalau lah dulu aku bersabar dan tidak bercinta dizaman sekolah.

Sungguh aku bahagia sekarang. Isteri kedua selalu ingatkan aku supaya memberi nafkah pada isteri pertama, selalu mengingatkan aku berkalu adil.

Tapi sejak kebelakangan ni, isteri kedua selalu keletihan, mungkin disebabkan dia hamil, jadi aku mengambil keputusan untuk menjaganya sampai lah melahirkan.

Isteri pertama pula mula nak cari gadoh bila aku dah 4 bulan tak balik rumah.

Aku jelaskan kalau isteri kedua lemah kerana hamil. Namun katanya isteri kedua manja kerana selama dia hamil dari anak pertama sampai anak bongsu, aku tak pernah bantu dia buat apa pun.

Tapi dia hamilkan anak perempuan dan isteri kedua lahirkan anak kembar sepasang.

Salah ke aku nak jaga. Isteri kedua terlallu baik dan banyak mengalah tapi kenapa dia masih tak sedar dan tak tahu berterima kasih?

Aku buntu. Lama kelamaan cinta aku pada isteri pertama makin pudar.

Part II

Aku ada trouble besar sekarang ni dengan isteri aku sampai aku Kene buang dengan isteri aku sekarang ni so ak decide aku mengalah ak blik lar rumah family ak dlu dgn sehelai sepinggan.

Masalahnya sekarang adalah bila harta rumah kereta yang dia tinggal dan guna sekarang ni hasil sepencarian kita bersama selama ini.

So sekarang ni dia ada kenal dengan seorang lelaki yang bisnesman katanya so dia cerita lar masalah dia.

Dan dia buka aib psal kita suami isteri dengan lelaki tersebut sampai lelaki tu kesiankn dia dan bantu dia modalkn bisnes jual air online gak mcm ni.

So dia sekarang termakan budi dengan lelaki ni dia ckp lelaki tu caring lar dengan dia semua sekarang, abis aku ni suami dia jadi tunggul ke?

Sampai 1 hari aku intip dan terkantoi bini aku sekarang hari2 berjumpa dgn lelaki ni siap bawa anak sekali.

Aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Aku bertengkar dengan dia lepas tu, tapi dia tetap nak backup lelaki tersebut.

Dia suruh aku beri tempoh dia tanknak bercerai dengan aku. Aku pon kecewa sangat.

1  hari ak crik di fb bini ak ni dan ak terjmp jugak FB lelaki ni ak then ak stalker abis fb lelaki tersebut rupa2 nya dia ni laki orang jugak dan ada anak kembar 3 lagi.

So nampak tak kat sini sama2 membuat pencurangan.

Kalau berbisnes pon perlu ke nak jumpa hari2? aku cakap dengan dia suruh berubah kita sama2 berubah tapi dia enggan dia cakap nanti mintak bagi dia masa semua? ini bukan soal tak bagi duit ke ap?

kalau dah laki bini then bersama2 semula bole je crik rezeki sama2 bole kerja semula mesti ada jalan punya ini masalah dia sekarang ni tetap nak tinggal separate dgn aku tak bagi aku blik dengan dia dan balik rumah tu semula.

So korang rasa apa yang ak perlu buat sekarang? kite orang belum bercerai sah lagi sekarang ni.

Memang lar kite orang ada big trouble sebelum ni dah hampir nak masuk 2 bulan ak dgn dia hidup separate ni.

Dia langsung tak beri ak peluang semua tak pujuk aku pon suruh balik rumah tu semua. Maksud nya dia masih nak berhubungan dengan laki orang tu.

Yang lelaki tu pon 1 tak padan dah ada anak bini semua tapi still nak rapat nak kacau dengan bini orang gak.

korang rasa ap yang perlu ak buat? dah mcm2 benda dah yang aku pkir dalam kepala otak aku ni.

Lelaki yang dia kenal tu pon bukan lelaki yang baik sebab dia gunakan harta dan duit dia untuk pikat perempuan dan rapat2 dgn perempuan lain sdgkan dah berkahwin dan dah beranak kembar 3 lagi.

sebab ak tgk FB bini lelaki tersebut. Tengok mcm dorang pon tengah dalam masalah sekarang ni. So sekarang situasinya aku yang jdi mangsa.

Aku dah bagi bukti dkt bini tunjuk gmbar2 lelaki tersebut dah kahwin semua ada anak kembar 3 semua tapi bini aku hanya cakap dia memang tak kan ada apa2 hubungan punya dengan lelaki tu so ap motif gantungkan hubungan ni? Musykil.

Sekarang aku jadi lelaki dayus gak aku nak lepaskan tapi aku pkir anak aku sorang yang masih berumur 4 tahun sekarang ni.

Aku sebenarnya sedih. Sampai bila lar dia nk hukum aku macam ni.

So ak nak buat keputusan aku kene lepaskan dia jugak.

Tapi sekarang ni lockdown mahkamah syariah pon tutup sekarang ni semuanya jadi tergendala sekarang ni.

Susah betul ar !