Semasa

Ibu Tunggal 3 Anak Digilis Lori, Bekas Suami Pilu -“Saya Akan Jaga Zuriat Kita”

Semalam, lalu lintas di lebuh raya Sungai Besi, Kuala Lumpur menjadi sesak ekoran berlakunya nahas membabitkan seorang penunggang motosikal. Ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, jururawat pergigian itu bagaimanapun tergesel dengan sebuah lori 3 tan sebelum akhirnya ajal digilis.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Pemandu lori pula bagaimanapun mendakwa tidak menyedari kelibat motor dinaiki wanita tersebut sewaktu kejadian.

Pengguna Facebook dikenali sebagai Puteri menyifatkan Wan Nurfarahin binti Mohd Radzi yang terkorban dalam nahas itu sebagai seorang sahabat baik.

Beberapa tahun lalu, Nurfarahin dikatakan sanggup naik motor walaupun tengah mengandung semata-mata untuk mengirimkan hadiah sempena kelahiran bayinya. Malah minggu lepas mereka baru bercadang untuk reunion semula, namun Puteri terkedu sebaik dapat perkhabaran duka mengenai ibu tunggal 3 anak tersebut.

        

Setakat ini, dia turut berkongsi bahawa Allahyarhamah Nurfarahin masih berada di HUKM bagi proses postmortem dan ujian saringan Covid-19. Katanya lagi anak-anak jururawat pergigian tersebut juga berada di sana bersama pak cik mereka, dan proses pengebumian bakal dibuat selepas Asar nanti.

Ibu Tunggal 3 Anak Digilis Lori, Bekas Suami Pilu -"Saya Akan Jaga Zuriat Kita" 4

Ibu Tunggal 3 Anak Digilis Lori, Bekas Suami Pilu -"Saya Akan Jaga Zuriat Kita" 5

Dalam pada itu, bekas suaminya yang dikenali sebagai Muhammad Basyer Roslee turut merakam ucapan takziah dan bersedih atas pemergian tersebut. Selain memaafkan wanita berkenaan, dia juga berjanji akan menjaga 3 zuriat mereka sebaik mungkin selepas ini.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Kredit : IG utusanonline, FB Puteri PutputWan Nur Farahin Radzi & Muhammad Basyer Roslee