Semasa

Influencer mengamuk ‘founder’ produk beri duit palsu, sekali komen Aeril Zafril bikin dekah!

Jika anda adalah pengguna aplikasi TikTok, pasti mengetahui isu yang sedang ‘panas’ diperbincangkan mengenai ‘drama’ seorang influencer dan juga founder produk yang dikatakan bergaduh disebabkan duit palsu.

Hal tersebut bermula apabila influencer yang dikenali sebagai Puteri Sari telah berkunjung ke rumah founder produk iaitu, Siti Jamumall.

Influencer mengamuk dapat duit palsu
Setelah mahu pulang, Siti Jamumall telah memberikan sejumlah wang bernilai RM10,000 sebagai bayaran untuk Puteri Sari melakukan paid review untuk produknya.

Namun, apa yang membuatkan influencer tersebut meradang dan menyerang usahawan terbabit adalah selepas melihat duit yang diberikan adalah wang palsu.

Pergaduhan mulut mulai tercetus dan masing-masing tidak mahu mengalah sebelum Puteri Sari beredar.

Adegan ‘drama’ berkenaan dirakan dan ditularkan di media sosial infleuncer berkenaan sebelum mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Memang diberi duit palsu
Untuk menjelaskan lagi kejadian terbabit, Puteri Sari telah membuat penerangan dengan mengatakan memang dia diberikan duit palsu dan apa yang terjadi bukanlah satu marketing untuk perniagaan mereka.

Dia juga sempat menunjukan bukti bahawa duit tersebut adalah palsu setelah mengambil gambar secara jelas keadaan permukaan not RM50 yang diberikan.

Walau bagaimanapun, perkongsian-perkongsian daripada influencer itu tetap tidak dipercayai oleh sesetengah netizen kerana banyak perkara yang memusykilkan kebenaran video tersebut.

Ada di antara mereka turut mempersoalkan mengapa Puteri Sari tidak membuat laporan polis kerana isu pemalsuan duit satu perkara yang sangat berat.

Walau bagaimanapun, belum ada sebarang laporan polis dinyatakan walaupun kedua-dua pihak telah membuat penjelasan i media sosial masing-masing berhubung isu duit palsu yang tular semalam.

Sumber: TikTok @puteriisarii