Aksi pelakon jelita Reen Rahim menari dan menyanyi lagu Bollywood menarik perhatian ramai kerana wajahnya yang hampir mirip aktres Hindustan terkenal, Juhi Chawla.
Menerusi platform TikTok, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, memuat naik beberapa video tarian Bollywood bersama rakan selebriti Syafie Naswip untuk tatapan umum.
Menerusi perkongsian berdurasi kurang 20 saat, Reen dan Syafie yang sedang berada di dalam set penggambaran sebuah drama dilihat menari mengikut lagu filem Kabhi Khushi Kabhie Gham.
Video
Apa yang menarik perhatian peminatnya adalah wajahnya yang ditatarias dan rambutnya dirapi, saling tak tumpah seperti pelakon Juhi Chawla.
Sementara itu di ruangan komen, rata-rata peminatnya suka dengan penampilan, gaya rambut Reen yang hampir mirip menjadi Juhi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,00 tontonan dan 14,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press
Sumber : Gempak