Semasa

Ini Respon Puteri Sarah Lepas Di Beritahu Syamsul Yusof Dah Bertunang Dengan Ira Kazar

Spekulasi yang melibatkan pengarah filem Syamsul Yusof dan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira bakal berkahwin dalam masa terdekat masih jadi tanda tanya.

Terbaru, pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan satu kiriman mesej yang diterima menerusi direct message (DM) pada Selasa.

Dalam tangkapan skrin (screenshot) itu mendakwa Syamsul dan Ira sudah bertunang namun tidak didedahkan bila.

Syamsul dan Ira Kazar sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!!!

‘Terima kasih DM saya. Kalau betul, alhamdulillah,’ demikian respon aktres berumur 37 tahun selepas mendapat khabar angin itu.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memberi peringatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3.

Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak.

Bagaimanapun, Syamsul tampil menafikan gosip bertunang dengan Ira Kazar seperti tular dalam media sosial.

Ya, saya tak bertunang atau berkahwin dengan sesiapa.

Sebelum ini, media melaporkan Syamsul dan Ira didakwa bakal berkahwin malah pelakon lelaki itu juga sudah bertemu dengan bapa mentuanya untuk berbincang hal pernikahan mereka.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: BH Online & Instagram @puterisarahliyana 

Datuk Yusof Haslam buka mulut, beri pesanan buat menantu

Rasanya ramai dah tahu tentang kemelut rumah tangga yang sedang dihadapi oleh pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dengan suaminya yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof dilihat agak meruncing apabila pelakon wanita itu mendedahkan hal tersebut di media sosial.

Menurutnya, kehadiran orang ketiga yang juga anak kepada seorang aktor senior telah mengakibatkan rumah tangga mereka diduga sehingga membuatkan para peminat bimbang.

Disebabkan Syamsul tidak membuka mulut perihal apa yang berlaku, pihak Melodi TV3 telah mendatangi bapanya yang juga penerbit, Datuk Yusof Haslam untuk bertanyakan isu rumah tangga anak dan menantunya.

Harap gosip Syamsul kahwin tidak benar, doa yang terbaik buat Sarah

Dalam kenyataan yang diperoleh dari YouTube TV3, Yusof tidak dapat membenarkan atau menidakkan sebarang gosip mengenai dakwaan anaknya, Syamsul sudah bernikah lain.

Namun beliau berharap apa yang disensasikan di media sosial tidak benar kerana amat menyayangi anak, menantu serta cucu-cucunya. Apa yang boleh dilakukan sebagai bapa ketika ini adalah mendoakan yang terbaik untuk mereka.

Walau bagaimanapun, jauh disudut hatinya, beliau berharap agar semua gosip tersebut tidak benar kerana cukup sayangkan rumah tangga Syamsul dan Sarah. Beliau juga nampak sedikit sebak dan berharap menantunya terus kuat dalam mempertahankan rumah tangga.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan hubungan mereka anak beranak masih lagi baik dan masih tetap dengan pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen berhubung kemelut rumah tangga anak dan menantunya.

Harapnya isu rumah tangga mereka ini dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik!