Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat dilaporkan telah dit4han oleh pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Ia dilakukan bersama seorang lelaki yang berperwatakan seperti wanita warga Thailand di sebuah kondominium mewah di Bangkok.
Susulan daripada penahanan Sajat, pihak berkuasa di Malaysia sedang melakukan siasatan terhadap seorang lelaki yang dikenali sebagai Wan Besi.
Lelaki tersebut didkwa sebagai pengkhi4nat negara kerana bertanggungjawab menyusun penyeludup4n keluar Sajat dari Padang Besar, Perlis hingga ke Bangkok, Thailand.
Menerusi laporan Harian Metro, pihak berkuasa mendapati Wan Besi adalah dalang atau watak utama pemb0losan Nur Sajat dari Malaysia ke Thailand.
Memperincikan maklumat terkini hasil daripada sias4tan tersebut, Wan Besi dipercayai membawa Nur Sajat menaiki sebuah kenderaan.
Dan memulakan perjalanan mereka dari banglo usahawan tersebut di Petaling Jaya pada awal bulan Mac yang lalu.
Sebaik tiba di Padang Besar, Wan Besi dengan bantuan konconya menyelvdup Nur Sajat ke dalam gerabak kereta api sebelum melepasi sempadan negara.
Wan Besi ini kita percaya mempunyai dua kerakyatan dan dialah yang membawa Nur Sajat ke kondominium mewah di Bangkok.
Disoal mengenai kos perbelanjaan sebenar untuk membawa Nur Sajat keluar dari Malaysia, sumber tersebut memaklumkan RM20,000 dikenakan oleh Wan Besi terhadap usahawan kosmetik itu.
Ianua hanya untuk membawanya keluar dari Padang Besar, Perlis hinggalah ke Bangkok.
Di samping itu, kumpulan yang membawa Sajat dipercayai mengenakan bayaran tambahan yang lain semasa kegiatan tersebut dilakukan.
Wang ini dibahagikan Wan Besi dengan pihak tertentu di kawasan Padang Besar yang bersubahat dengannya.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Harian Metro juga, Wan Besi sememangnya aktif dalam kegiatan penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand.
Terutama di Padang Besar, Perlis dan menjadikan laluan utama penyeludupan keluarnya adalah di kawasan KTMB.
Laluan pagar KTMB juga sering menjadi laluan utama rakyat Thailand membolosi sempadan negara.
Selain itu, kita juga percaya ada aktivis tertentu yang membantu menasihati Nur Sajat untuk memohon kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan berpindah ke Australia.
Aktivis ini memberi nasihat berkaitan human right dan prosedur berhijrah ke Australia dengan alasan Nur Sajat menerima banyak ugut4n bvnuh dan lain-lain ugutan di Malaysia.
Terdahulu, Wan Besi pernah ditahan tiga kali oleh polis membabitkan kes penyeludupan ketvm dan terbaharu kes temb4kan di sempadan yang menyebabkan kem4tian anggota Pasukan Gerakan Am.
Wan Besi Kata Dia Tak Terlibat
Wan Besi atau nama sebenarnya, Wan Azhar Harun, 51, tampil menafikan penglibatannya dalam pen.yeludupan keluar usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman dari Padang Besar dekat sini hingga ke Bangkok, Thailand.
Dia bersama peguamnya, Zuhair Ahmad Zakuan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar kira-kira pukul 12.51 tengah hari ini bagi membuat penafian tersebut sebelum keluar kira-kira 40 minit kemudian.
Zuhair Ahmad berkata, anak guamnya mengetahui mengenai tu.duhan tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada rakannya.
Mereka menyatakan dia adalah pngkhianat negara kerana terlibat dalam seperti dliaporkan sebuah akhbar, hari ini.
Katanya, berita berkenaan adalah tidak wajar dan amat dikesali kerana lelaki itu tinggal di Padang Besar dan bekerja sebagai pengusaha ternakan lembu sejak 10 tahun lalu.
“Dia juga ada terlibat dengan pem.bedahan jantung, jadi dia agak uzur untuk melakukan perkara-perkara sedemikian.
Oleh itu, kami datang pada hari ini untuk memaklumkan kepada polis bahawa dia tidak terlibat seperti yang dilaporkan oleh akhbar tersebut,” katanya ketika ditemui selepas keluar dari IPD Kangar di sini hari ini.
Dalam pada itu, Wan Azhar memberitahu, dia mengetahui mengenai laporan akhbar itu daripada kawannya selepas pulang dari solat subuh pada pagi ini.
“Nama penuh saya memang lain tetapi orang memang mengenali saya sebagai Wan Besi,” katanya.
Guna Nama Bella
Difahamkan, selepas berjaya melarikan diri ke Bangkok, Thailand, Sajat menggunama nama popular terbarunya iaitu Bella.
Nama glamor itu terkenal dalam kalangan rakannya yang juga dilaporkan berperwatakan seperti Nur Sajat.
Memetik laporan Harian Metro, sumber memaklumkan Sajat kini ‘berlagak’ dengan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok.
“Dia naik ‘tocang’ juga sebab dibantu negara tertentu dan pihak UNHCR di Thailand. Biarpun dalam proses pemantauan pihak imigresen negara itu.
Di mana dia perlu melaporkan diri setiap 14 hari, tetapi Nur Sajat dilaporkan aktif beraktiviti di negara itu selepas dibebaskan dari tahanan.
“Kebanyakan aktiviti dilakukannya di dalam kondominium mewah itu.
Sesekali kita dapat laporan Nur Sajat keluar bersama rakan-rakan yang membantu dan melindunginya,” katanya.
Sementara itu, Sajat sebelum ini menggunakan pembantunya di Malaysia untuk mengelirukan pihak berkuasa yang memburunya selepas gagal hadir ke mahkamah di Shah Alam, Selangor.
“Dia gunakan pembantu untuk muat naik statusnya di Instagram konon ada di Danga Bay, Johor pada 28 Ogos lalu.
“Dia sangat licik, perkongsiannya itu kemudian dipetik portal media.
Kita percaya itu hanya tindakannya untuk mencabar pihak berkuasa negara ini kerana kita sudah dapat maklumat dia lolos ke Thailand pada awal Mac lalu,” katanya.
“Pada asalnya sayalah peguam dia..”
Tidak mahu terpalit sama, kini giliran peguam terkenal Siti Kasim pula berkongsi pandangannya terhadap apa yang menimpa Sajat.
Melihat situasi Sajat pada ketika ini, Siti Kasim menyalahkan peguam Sajat kerana tidak berkebolehan melawan kes yang diserahkannya.
Siti Kasim juga mendakwa dirinya tahu Sajat terpaksa melarikan diri kerana di buru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Foto – Twitter Siti Kasim
“Saya pada awalnya adalah peguam kes tersebut tetapi diambil alih peguam lain untuk menyelesaikannya, tapi malang tidak berjaya. Sajat kalah kes tersebut kerana peguam tidak cekap.
Dia ada kes yang bagus menentang bekas pekerjanya. Saya tahu fakta. Sajat terpaksa melarikan diri kerana di buru JAIS.”
Siti Kasim Jelas Sajat Lari Bukan Kerana Kes Sivil Tapi JAIS
Selain itu, Siti Kasim juga turut meluahkan punca usahawan kosmetik tersebut melarikan diri bukan kerana kes sivil yang seperti orang ramai sangkakan.
Foto – Twitter Siti Kasim/ Instagram @nursajat24
“Menakjubkan bagaimana orang ramai percaya dia lari kerana kes sivil? Itu tidak benar.
Dia lari kerana JAIS mahu dakwa dia kerana memakai baju kurung semasa majlis. Jangan percaya fitnah.”
Dimaklumkan sehingga kini pihak berkuasa masih lagi mencari Sajat dan menggesa agar usahawan tersebut pulang ke Malaysia dengan rela.
Bagaimana Sajat Boleh Terlepas ke Bangkok
Memakai purdah dan niqab menjadi taktik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat untuk mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Ia selepas usaha memburunya dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dengan mengenakan pakaian sedemikian selain dibantu seorang lelaki, Nur Sajat melarikan diri dari rumahnya di Petaling Jaya, dekat sini, ke kawasan sempadan sebelum lolos ke Thailand.
Skuad Khas Harian Metro menjejaki semula laluan digunakan Nur Sajat yang dipandu arah lelaki terbabit yang dilaporkan menerima upah sebanyak RM20,000.
Sumber memaklumkan, selepas gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam, waran tangkap terhadap usahawan kosmetik itu dikeluarkan mahkamah.
“Nur Sajat yang ketika itu sedang bersembunyi di Lembah Klang mula mencari jalan untuk keluar ke negara ini.
Dia kemudiannya diperkenalkan kepada seorang lelaki yang mahir dengan selok-belok di kawasan sempadan sebelum bersetuju membayar RM20,000 sehingga selamat tiba di Bangkok.
“Lelaki ini dipercayai mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand. Siasatan lanjut sedang dilakukan,” katanya.
Mengulas lanjut, dengan bantuan lelaki itu, Nur Sajat dibawa menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.
“Sebaik tiba di Padang Besar, Nur Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lolos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.
“Lelaki sama kemudiannya membawa Nur Sajat ke Hat Yai, Thailand. Dia (Nur Sajat) kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand,” katanya.
Ditanya bagaimana Nur Sajat dan lelaki terbabit boleh melepasi sekatan jalan raya hingga ke utara tanah air, sumber itu memaklumkan, usahawan kosmetik itu lolos ke Thailand pada Mac lalu.
“Kita percaya Nur Sajat dan lelaki terbabit lolos ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ketika ini kelonggaran diberikan untuk melakukan rentas daerah dan negeri.
“Pihak berkuasa yakin dia lolos sebelum 18 Mac ketika PKPP kerana selepas itu (18 Mac) PKP kembali dikuatkuasakan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, sumber itu memaklumkan, siasatan mengenai Nur Sajat berjaya lolos walaupun gambarnya sudah diedarkan ke pasukan keselamatan yang menjaga sempadan negara sudah diperhalusi pihak berkuasa.
“Saya tidak mahu ulas bagaimana dia boleh lolos di Padang Besar, Perlis ke Thailand walaupun ketika itu kita sudah edar gambar dia.
“Tetapi yang pasti, taktik dia adalah memakai purdah dan niqab hinggalah dia berjaya lolos ke sana dengan bantuan lelaki terbabit,” katanya.
Ditanya adakah lelaki itu sudah dikenal pasti, sumber itu bagaimanapun enggan mengulasnya.
“Kita percaya individu ini mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand serta mahir selok-belok di kawasan sempadan negara terutamanya di Perlis,” katanya.
KTMB Tidak Bertanggungjawab Kandungan Kontena
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini mengeluarkan satu kenyataan berhubung laporan sebuah akhbar yang bertajuk “Sajat sudah ditahan-usahawan kosmetik dicekup pihak berkuasa Thailand di Bangkok”.
Menurut KTMB, kontena-kontena kargo yang dibawa ke Thailand adalah milik syarikat perkapalan yang telah disewa oleh pelanggan-pelanggan KTMB di Malaysia dan Thailand.
Oleh itu, KTMB tidak bertanggungjawab di atas kandungan kontena tersebut sama ada kosong atau bermuatan.
Tambah kenyataan itu lagi, fasiliti dan terminal kargo KTMB di Padang Besar adalah kawasan yang dikawal ketat oleh pihak berkuasa seperti Polis Bantuan dan Kastam.
Manakala setiap tren yang membuat perjalanan merentasi sempadan antarabangsa perlu melepasi pemeriksaan yang teliti oleh pihak berkuasa kedua-dua negara di sempadan.
Dan melibatkan pemeriksaan dokumentasi serta fizikal ke atas gerabak dan barangan.
“Walaubagaimanapun, KTMB akan menjalankan siasatan dalaman mengenai perkara yang dilaporkan” katanya.
Menurut laporan Harian Metro, Nur Sajat pada mulanya didakwa dibawa menaiki sebuah kenderaan dari Lembah Klang ke Lebuhraya Utara Selatan (Plus) sebelum dibawa ke Padang Besar, Perlis.
“Sebaik tiba di Padang Besar, Nur Sajat dimasukkan ke gerabak kereta api barang sebelum lolos ke Padang Besar, Thailand bersama lelaki terbabit.
“Lelaki sama kemudiannya membawa Nur Sajat ke Hat Yai, Thailand. Dia (Nur Sajat) kemudiannya diserahkan kepada seorang lelaki yang membawanya hinggalah ke Bangkok, Thailand,” kata sumber Harian Metro.
Ditanya bagaimana Nur Sajat dan lelaki terbabit boleh melepasi sekatan jalan raya hingga ke utara tanah air, sumber itu memaklumkan, usahawan kosmetik itu lolos ke Thailand pada Mac lalu.
“Kita percaya Nur Sajat dan lelaki terbabit lolos ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketika ini kelonggaran diberikan untuk melakukan rentas daerah dan negeri.
“Pihak berkuasa yakin dia lolos sebelum 18 Mac ketika PKPP kerana selepas itu (18 Mac) PKP kembali dikuatkuasakan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, sumber itu memaklumkan, siasatan mengenai Nur Sajat berjaya lolos.
Walaupun gambarnya sudah diedarkan ke pasukan keselamatan yang menjaga sempadan negara sudah diperhalusi pihak berkuasa.
“Saya tidak mahu ulas bagaimana dia boleh lolos di Padang Besar, Perlis ke Thailand walaupun ketika itu kita sudah edar gambar dia.
“Tetapi yang pasti, taktik dia adalah memakai purdah dan niqab hinggalah dia berjaya lolos ke sana dengan bantuan lelaki terbabit,” katanya.
Ditanya adakah lelaki itu sudah dikenal pasti, sumber itu bagaimanapun enggan mengulasnya.
“Kita percaya individu ini mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Thailand serta mahir selok-belok di kawasan sempadan negara terutamanya di Perlis,” katanya.
Sajat didakwa tunggu kebenaran nak pindah Australia
Usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa sedang memohon perlindungan dan kebenaran untuk berpindah ke Australia.
Nur Sajat yang kini dalam pemantauan pihak berkuasa Thailand selepas penahanannya pada 8 September lalu atas kesalahan imigresen dilaporkan sedang berusaha mendapatkan perlindungan daripada negara berkenaan.
Sumber memberitahu bahawa ketika ditahan pihak berkuasa imigresen Thailand pada 8 September lalu, Nur Sajat hanya menunjukkan salinan pasportnya kepada pegawai penyiasat melalui telefon bimbitnya.
“Semakan imigresen Thailand mendapati pasport Nur Sajat dibatalkan kerajaan Malaysia.
Dia (Nur Sajat) kemudian menyerahkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan memaklumkan adalah seorang pelarian.
“Hasil soal siasat dilakukan pegawai imigresen Thailand, Nur Sajat memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.
“Semakan mendapati Nur Sajat memperoleh kad UNHCR yang dikeluarkan ibu pejabat badan itu di Bangkok,” katanya.
Sumber sama memaklumkan, ibu pejabat UNHCR di Bangkok juga sudah menyediakan peguam untuk Nur Sajat dan dilaporkan bersedia membantunya untuk mendapatkan kebenaran berpindah ke Australia.
“Beberapa urusan berkaitan perpindahan Nur Sajat juga sedang diusahakan UNHCR dengan wakil kedutaan Australia di Bangkok,” katanya.
Ditanya apa alasan sebenar Nur Sajat untuk memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ug0tan bunoh.
Ia selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Oh Bulan