Semasa

“Inilah ‘rutin’ sang juara..”- Video belakang tabir sebelum Aliff Aziz membuat persembahan tarik perhatian

Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz telah dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 8 (GV8) sekaligus meraih wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Aliff, 31, menewaskan lima peserta lain menerusi lagu Sampai Syurga secara solo dan berduet dengan Hafiz Suip menerusi lagu Dealova. Manakala pusingan battle rap berentap bersama Aweera.

Mengucapkan syukur di atas kemenangan yang diperoleh dan turut berkata rezeki kemenangan rezeki keluarga dan anak-anaknya. Dia juga menyifatkan kemenangan itu juga buat semua peserta yang bertanding.

“Allahuakbar! Alhamdulillah segala pujian bagi Allah atas kejayaan ini. Terima kasih kepada peminat dan keluarga saya di rumah. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya, kemenangan ini milik semua,” kata Aliff.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah, menerusi hantaran di akaun Instagram Gempak, memuat naik satu video ‘rutin’ Aliff Aziz sebelum membuat persembahan.

Video pendek itu melihatkan Aliff Aziz sedang mendirikan solat dan menjadi imam ketika solat jemaah itu dilakukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kagum dengan penghijrahan yang dilalui oleh penyanyi tersebut.

“Suatu ketika dulu Aliff kita kenal, now jauh beza..MasyaAllah..hidayah milik Allah..”

“kagum dgn Aliff dan Bella..pesan org2 tua bila kita dekatkan diri dgn Allah, ALLAH akan bantu kita.”

“Byk perubahan aliff skrg…bella mmg sorang isteri yg hebat, alhamdulillah..”

Sesungguhnya benarlah hidayah itu milik Allah. Hidayah perlu dicari supaya ia datang kepada kita. Min doakan semoga Aliff terus istiqomah dalam perubahan yang dilakukannya ini.