Baru-baru ini hangat diperkatakan video memaparkan usahawan kosmetik dan selebriti sensasi menari di TikTok dan menepuk punggung di khalayak ramai sehingga dikecam teruk.
Tampil mempertahan tindakannya itu, memetik Kosmo!, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkata meskipun sudah berusia namun tidak bermakna tidak boleh menayang ‘aset’.
“Itu cara saya tayang kekayaan ‘aset’ selain duit. Mempunyai punggung yang cantik sebenarnya aset juga.
“Terpulang orang punya penerimaan tapi kita walaupun sudah berumur tak bermakna, tak boleh tayang aset kita, lagi pun itu video kita bergurau dengan rakan-rakan kita yang rapat,” katanya.
Jelasnya lagi, video itu hanya gurauan dengan rakan-rakan sahaja serta menafikan dakwaan dirinya seorang yang jahil tentang agama.
“Ada duit tak guna kalau kendur sini sana. Saya bukan jahil tentang agama tapi tolonglah jangan pandang negatif sahaja. Sikit-sikit nak kecam saya.
“Bergurau dengan rakan-rakan sahaja bukannya saya berjoget terkinja-kinja pun. Ada orang beri nasihat, saya terima dan kita belajar sama-sama kesilapan yang telah terjadi,” katanya.
Kuala Lumpur: “Aksi dirakam itu hanya melawak saja. Tak sangka pula ia menjadi serius,” kata usahawan Cheta Pot Pet atau nama sebenarnya Rozita Bahrom susulan aksi tepuk punggung bersama tiga selebriti dan usahawan lain iaitu penyanyi Ifa Raziah, Datuk Seri Vida dan Kak KM yang tular hingga mendapat kritikan pelbagai pihak.
Cheta, 35, berkata, dia memohon maaf atas tindakannya itu selepas mendapat banyak komen daripada pengikutnya di laman sosial.
“Saya tahu video itu akan dimuat naik di Instagram. Lagipun ada banyak ‘angle’ (sudut) video dirakam. Bila Kak KM dah muat naik, takkan nak marah kawan-kawan kan, sebab saya pun buat aksi tu. Memang tak boleh nak undur semula.
“Diakui ramai juga ‘followers’ saya marah hingga mereka cakap sejak saya terbabit sebagai penaja saya menjadi semakin ‘gedik’. Jadi, saya mohon maaf kepada mereka.
“Saya baru lagi dalam bidang ni, jadi apabila tukar dan kena kecam, terasa jugalah. Macam yang lain tu mereka sudah biasa,” katanya kepada Harian Metro.
Disebabkan itu, Cheta akan lebih berhati-hati dan cuba mengawal diri untuk setiap tingkah laku selepas ini.
Sementara itu, usahawan terkenal Datuk Seri Vida menyifatkan aksi dirakam itu lebih kepada menunjukkan kehebatan ‘aset’ harta.
“Secara jujurnya aksi seperti itu kalau berjumpa masing-masing nak tunjuk kelebihan dan apa kehebatan yang ada.
“Walaupun saya ini sudah berusia lebih 51 tahun, tapi masih ‘kental’. Apa yang dirakam itu saja-saja dan di muat naikkan. Saya rasa orang lain kalau dengan kawan-kawan mesti ada bertepuk tampar macam tu kan?” katanya.
Terdahulu, video dimuat naik Kak KM di Instagram mencetuskan kritikan dan amarah warganet.
Malah, penyanyi Ifa Raziah menerusi kenyataan diberikan menganggap perlakuan mereka itu sekadar aksi tepuk manja dalam kalangan kawan-kawan.
sumber : rotikaya