Semasa

Menjejak Usia 63 Tahun, Jamal Dedah Rahsia Masih Bertenaga Utk Menimang Cahaya Mata Baru

Penyanyi lagenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah memberitahu bahawa dia sedang menghitung hari untuk menimang cahaya matanya yang kelima.

Menurutnya lagi, kini kandungan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin sudah berusia 12 minggu.

Dan dia menaruh harapan yang besar jika cahaya mata kelimanya itu merupakan anak perempuan.

“Alhamdulillah (isteri) akan berpangkat sarjan, tiga calit nanti. Nak dapat satu lagi jadi tiga orang (anak).

Saya sudah ada tiga anak lelaki, seorang saja perempuan. Jadi nak lagi cahaya mata perempuan. Apa pun alhamdulillah dengan rezeki yang Allah bagi.”

Jamal dedah rahsia masih bertenaga

Ujarnya, mereka bakal menimang cahaya mata pada Februari 2022 dan isterinya turut berasa gembira dengan kehadiran bakal anak kelimanya itu.

Meskipun jarak umur 27 tahun, namun mereka telah membuktikan bahawa ia bukan penghalang untuk mengecapi kebahagian dalam rumah tangga.

Bergilir jaga anak dengan isteri

Bercerita mengenai kehidupannya selepas mempunyai anak kecil, penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak itu berkata, masanya kini banyak dihabiskan dengan anak berbanding sebelum ini.

“Walaupun ada pembantu rumah, tetapi dalam urusan mengasuh anak, saya dan isteri akan bergilir-gilir menjaganya.

Isteri sedang sarat kerana kandungannya sudah memasuki enam bulan. Apabila sudah ada anak kecil, masa untuk diri sendiri semakin berkurangan.

Jamal dedah rahsia masih bertenaga

“Fokus saya kini pada anak. Kalau dahulu, saya boleh pergi beriadah pada bila-bila masa, tetapi sekarang saya tak boleh keluar sesuka hati.

Badan pun sudah tak ‘fit’ dan semakin berisi,” cerita Jamal.

Anak sulungnya, Osama Yamani yang kini menggunakan nama Yamani Abdillah terpilih untuk menyertai program realiti Big Stage sebelum ini.

Akuinya, sebagai bapa sudah tentu menaruh harapan besar untuk melihat kejayaan anaknya.

Sebagai penyanyi berpengalaman, Jamal berkata, dia sempat menitipkan pesanan berguna kepada Yamani dari segi persembahan dan penyampaian.

“Dia ada maklumkan pada saya mengenai penyertaannya. Pesan saya, kalau itu yang dimahukan, kena buat betul-betul.

Yamani perlu tahu perbezaan antara membuat persembahan dengan pertandingan. Jangan terlalu teruja atau ghairah ketika menyanyi.

“Yamani juga kena menonjolkan bakat bermain alatan muzik yang ada padanya untuk membezakan dirinya dengan peserta lain.

“Selain menyanyi dengan bersahaja dan menghayati lirik, Yamani ada kelebihan bermain alatan muzik.

Gunakan kelebihan yang ada ketika membuat persembahan.

Saya percaya bakat sampingan dapat membezakan dirinya dengan peserta lain,” kata pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali.

Rahsia Jamal Kekal Bertenaga

Sentiasa mahu nampak muda dan bertenaga antara rahsia Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah untuk kekal stamina sehingga bergelar bapa pada usia 62 tahun.

Jelas Jamal, dia sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga pemakanannya sementelah kerjaya seni juga menuntut dia untuk sentiasa tampil ‘muda’.

“Ramai tanya apa rahsia boleh dapat anak di usia 63 tahun tetapi, saya sendiri tidak tahu. Tetapi kita kena jaga makan, bersenam untuk kekal tenaga.

“Saya sendiri dari dulu memang mahu nampak kacak. Bila kita sihat, suara kita pun sihat dan insya-Allah kerjaya kita akan maintain,” katanya.

Jamal yang hari ini meraikan kelahiran anak keempatnya tidak dapat menggambarkan kegembiraannya dengan kata-kata.

Malah, saat mendukung buat kali pertama anak keempatnya, Jamal mengakui hatinya sebak dan terkedu menunggu kelahiran bayi lagi.

“Memang susah nak cakap perasaan saya bila nampak bayi itu. Terharu, sedih dan bersyukur semua ada dalam hati saya.

“Alhamdulillah, bayi dan ibunya dalam keadaan sihat serta stabil. Saya pun bersyukur sangat di usia ini, Allah kurniakan anugerah terindah,” katanya.

El Isaac merupakan anak kedua Jamal bersama isteri, Datin Zai Izzati yang sebelum ini melahirkan anak perempuan mereka, Azura.

Bercakap soal proses menjaga isteri hamil dan kelahiran dalam keadaan pandemik ini, Jamal berkata, dia membawa isteri pulang ke Ipoh untuk memudahkan proses bersalin dan dalam pada masa sama, boleh menguruskan perniagaannya di situ.

“Sebelum ini isteri melahirkan anak di Shah Alam tetapi kali ini, saya bawa pulang ke Ipoh. Lebih mudah sebab saya juga ada perniagaan di sini,” katanya.

Menceritakan perkembangan terbaharu kerjaya seni, Jamal berkata, Konsert 40 Tahun Persada Seni Jamal Abdillah anjurannya yang sepatutnya berlangsung terpaksa ditangguhkan ke tahun depan berikutan wabak COVID-19 yang masih belum reda.

Jelas penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop ini, walaupun terpaksa menunda projek meganya itu namun dia tidak terkilan kerana ia ada kaitan soal keselamatan, nyawa dan kesihatan.

“Dalam keadaan sekarang, saya rasa lebih baik ditangguhkan sahaja konsert berkenaan pada Ogos tahun depan.

Saya tak mahu menanggung risiko jika berkeras mahu menganjurkannya sekarang. Insya-Allah, saya harap COVID-19 akan segera berakhir.

Jamal dedah rahsia masih bertenaga

“Walaupun ditangguhkan, namun kerja awal penganjuran konsert sudah dijalankan.

Antaranya, menempah pemuzik yang bakal beraksi termasuk kru teknikal.

Pembayaran sudah dibuat kerana saya mahu perjalanan konsert ini lancar tanpa sebarang masalah berbangkit pada kemudian hari,” kata Jamal.

Difahamkan, rumah tangga penyanyi berusia 63 tahun ini bersama isterinya diserikan dengan dua cahaya mata iaitu Nur Azura Yamani, 20 bulan dan El Issac Yamani, 9 bulan.

Dalam pada itu, Datuk Jamal Abdillah mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki menerusi perkahwinannya yang terdahulu.

Kini, mereka mengikuti jejak langkahnya menceburi bidang nyanyian.

Sumber: BH Online