Semasa

“Kadang Duit Habis Tanpa Aku Dapat Sesen Pun,” – Ozlynn Wati Tak Mahu Orang Lain Rasa Hidup Susah, Ikhlas Hati Kongsi Rezeki

Pelakon, Ozlynn Wati mengakui dirinya berasa amat turuja apabila diberikan kesempatan untuk kembali bekerja selepas beberapa bulan tidak turun ke set pengambaran.

Menurut Ozlynn, dia sebenarnya lebih selesa untuk memenuhkan rutin hariannya dengan bekerja berbanding hanya duduk ‘terperap’ di rumah.

Katanya lagi, dia juga mahu memanfaatkan pendapatan yang diperoleh sebagai seorang pelakon untuk berbakti dan berbuat baik kepada keluarganya sendiri serta buat orang-orang yang memerlukan.

“Bila mama dah mula bekerja, ada macam-macam rasa, seronok sebab dapat keluar setelah berbulan terperap. Ada gaji sendiri. Sejujurnya aku memang tak reti duduk diam. Selagi boleh cari rezeki sendiri..buat.

“So aku boleh guna duit tu ikut suka hati aku sendiri. Selalunya bagi mak abah popo, anak-anak, maid, p.a, driver, laki sendiri pon aku bagi sebagai tanda terima kasih sebab faham aku. Bagi aku peluang bekerja.

“Selalu duit aku bagi dia bawak anak-anak beli toys or game dia dengan anak-anak dan yang pasti mereka yang memerlukan pon ada bahagiannya. So duit aku habis kadang tanpa aku dapat sesen pon,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan Raja Lawak itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Akibat pernah merasai kehidupan yang agak susah satu ketika dahulu, Ozlynn memberitahu, dia sebolehnya tidak mahu orang lain turut berhadapan dengan situasi yang sama.

“Tapi aku puas hati sebab hasil usaha aku, dapat aku manfaatkan untuk orang sekeliling. Kadang salah satu sebab rezeki aku melimpah pun atas doa orang-orang yang aku tak terduga. Mungkin, kita tak pernah tau kan.. rahsia Dia.

“So aku seronok bila dapat buat orang tarik nafas lega, dapat buat orang tersenyum. Kadang kita boleh dapat rasa bila orang memerlukan kita. Paling seronok bila dapat bantu orang.

“Kadang jadi pendengar pon boleh buat orang lepaskan lelah. Apatah lagi dapat bantu dari segi keperluan dia. Maklumlah, sebab aku dengan suami pernah merasa kesusahan tu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, ibu kepada enam orang cahaya mata ini turut menyeru kepada semua pihak untuk sentiasa mengamalkan sikap berkongsi rezeki ketika senang mahupun susah.

“Untuk berada di tahap sekarang bukan semudah yang disangka. Jadi kena sentiasa alert. Tak nak orang rasa macam mane kami rasa dulu. Tak banyak, sikit insyaAllah ada bahagian orang lain tapi bukan dah berada ni baru nak berkongsi.

“Tips dia berkongsilah masa tengah diuji. Jangan merungut. Jangam membeza-bezakan kehidupan oramg dengan kita. Sebab kadang zahir yang kita lihat tak sama dengan apa yang mereka hadap.

“Seeloknya bersyukur dan berusahalah untuk memajukan diri. Jangan banyak alasan. Paling penting, JAGA DIRI. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari musibah dan Covid aamiin yra,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan keperibadian tersebut selain turut mendoakan semoga Ozlyn sekeluarga akan sentiasa dimurahkan rezeki.

“Yer..betul sis..kadang2 apa yng kite inginkan tu kita rasa x penting bahagiakan orng tersayang lagi pentingkan”

“Allah maha baik..terlalu banyak nikmat Dia telah berikan pada kita..ikutlah perintahNya..jangan tinggal solat tutup aurat dengan sempurna..semoga kita semua terus istiqomah ke jalan Allah”

Sekadar informasi, Johan dan Ozlyn telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.

Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq, Moleq dan Cherdiq.

Rozlinawaty binti Ismail yang lebih dikenali sebagai Ozlynn Waty merupakan seorang pelakon, pengacara dan pengurus artis.

Beliau merupakan isteri kepada pelawak popular, Johan Raja Lawak.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Rozlinawaty binti Ismail. Menggunakan nama komersial, Ozlynn Waty.

2. Juga dikenali sebagai Ozlyn, Ozlynn Wati dan Ozlynn Waty Ismail.

3. Kelahiran 22 September 1981. Kini berusia 38 tahun.

4. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelakon, pengacara dan pengurus artis.

5. Antara drama dibintanginya termasuk Parut Cinta, Urusan Hati Cik Drama Queen, Encik Suami Mat Salih Celup, Misteri Jenazah, Cinta Kucing Parsi dan Gerak Khas, selain telefilem Hadiah Cinta Mama.

6. Pembabitannya di layar perak menerusi filem Blok 404 dan Abang Long Fadil 3.

Fakta Menarik

Bergelar pengurus kepada suaminya, pelawak Johan Raja Lawak.

Mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 25 Julai 2009. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Ahmad Sodiq Hainana,

Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania .

Merupakan antara pelakon yang menjayakan pementasan teater popular, Pawana Isabella pada 2019.

Laman sosial Instagramnya atas nama @jozlynnhanania sehingga kini sudah meraih lebih 4.3 juta pengikut.

Sumber: Instagram Ozlynn Wati, media hiburan,