Semasa

“Kalau Iemas jangan angkat tangan, buka seluar dulu…” – Teknik elak Iemas jurulatih renang buat netizen kagum

“TAK sempat buka seluar dah Iemas dulu…” Demikian komen seorang netizen secara berjenaka mengenai video tular teknik apungan diri menggunakan seluar yang dijadikan pelampung.

Video tutorial jurulatih renang, Muhammad Firdaus Md Noor itu pada mulanya dikongsi di Facebook sebelum ia secara tiba-tiba tular di Twitter pada Sabtu lalu setelah dimuatnaik oleh seorang individu.

Bercerita kepada mStar, pemuda berusia 35 tahun itu sebenarnya gembira apabila video berkenaan diperkatakan orang selepas tersebar dan menjadi tular memandangkan ia boleh memberi ilmu kepada masyarakat.

“Ayah ajar saya berenang sejak umur tujuh tahun, sebab ayah pun suka berenang. Saranan saya, memang bagus hantar anak belajar berenang.

“Ilmu yang berguna. Pergi kelas, bila dah pandai, ilmu tu boleh guna seumur hidup. Berenang ni bukan sekadar nak masuk bertanding.

“Sekurang-kurangnya kita ada ilmu untuk selamatkan diri,” ujarnya ketika dihubungi.

Kelas renang kelolaan Firduas melibatkan pelajar pelbagai latar belakang dan usia.

Mengulas video tular membuat pelampung menggunakan seluar, Firdaus berkata teknik berkenaan sudah lama diguna pakai dan ia cukup membantu sewaktu berlakunya kecem@san di dalam air.

Tambah Firdaus, dengan ilmu yang ada, seseorang itu boleh menggunakan bahan sekeliling untuk menyelamatkan diri mereka khususnya ketika lem@s.

“Teknik survival pakai seluar ni, orang laut biasa guna. Tentera laut atau nelayan. Dah lama dah.

“Kita boleh guna apa sahaja yang ada pada badan termasuklah seluar atau beg. Apa-apa benda yang boleh masuk udara, boleh jadi pelampung.

Tak boleh panlk, anda cepat lem@s apabila angkat tangan sebab badan jadi berat. Terkapai-kapai sekejap terus tenggel@m. Elak angkat tangan.

MUHAMMAD FIRDAUS MD NUAR

JURULATIH RENANG