VIDEO berpelukan penyanyi Yazmin Aziz dan Danial Chuer yang menerima reaksi kurang senang netizen turut mendapat perhatian penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Ridhuan yang juga merupakan profesor Pusat Pengajian Teras (PPT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), menegur kelakuan dua selebriti itu yang disifatkan tidak menjaga adab dan sensitiviti masyarakat.
“Macam-macam boleh terjadi apabila dah berpeluk, walaupun tidak ada niat apa-apa pada awalnya.
“Ini bukan soal pendapat netizen atau tidak kisah dengan komen negatif, tetapi ia berkaitan adab-adab pergaulan budaya timur dan orang Melayu.
“Bukan sahaja dalam agama Islam, agama lain pun pentingkan adab pergaulan dan tidak membenarkan bergaul atau berpeluk bebas sebegini.
“Kalau hendak peluk sangat elok buat persiapan kahwin sahaja” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, mStar melaporkan Yazmin mengambil jalan mengabaikan semua komen negatif netizen yang menegur aksi berpelukan dengan Danial yang dimuat naik di laman TikTok.
Yazmin juga menganggap Danial seperti abang sendiri dan tindakan berpelukan itu sebagai tanda kasih-sayang mereka.
Mengulas hal tersebut, kata Ridhuan, mana-mana individu berhak menolak untuk dipeluk oleh seseorang yang bukan mahram.
“Tidak elok gunakan istilah ‘macam abang’ sebagai tiket untuk berpeluk dengan seseorang yang bukan mahram.
“Kita berhak menolak untuk tidak berpeluk dan cukup dengan hanya meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.
“Jika bersalam pun tidak digalakkan, apatah lagi berpeluk,” ujarnya.
Yazmin tidak ambil peduli komen negatif netizen
Dalam masa sama Ridhuan turut menasihatkan agar kedua-kedua penyanyi itu menggantikan solat jika pernah ditinggalkan sepanjang terlibat dalam program Big Stage 2022 baru-baru ini.
Beliau turut memuji Marsha Milan sebagai seorang mualaf yang tidak henti melafazkan kata zikir selepas memenangi Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36).
“Saya tidak pasti mereka (Yazmin dan Danial) ini sembahyang atau tidak sepanjang Big Stage. Jika tertinggal eloklah ganti. Namun jika menunaikan sembahyang…. Alhamdulillah.
“Saya contohi Marsha yang viral selepas menang AJL36. Dia tidak putus mengucapkan zikir ketika berada dalam kejayaan.
“Tidakkah kita rasa malu dengan mualaf sepertinya? Sedangkan kamu berdua lahir sebagai Islam” kata beliau.
Video berpelukan tarik perhatian, Yazmin Aziz anggap Danial Chuer individu penting dalam hidup
VIDEO memperlihatkan peserta Big Stage 2022 Yazmin Aziz dan Danial Chuer berpelukan setiap kali bertemu yang dimuat naik di TikTok mengundang rasa kurang senang netizen.
Sedar perkongsian itu dikecam, Yazmin memilih untuk mengabaikan saja komen negatif.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 20 tahun ini berkata, dia lebih teruja apabila menerima banyak mesej positif daripada netizen yang suka melihat persahabatan mereka berdua.
Antara komen-komen netizen.
“Saya sedar ada segelintir netizen kurang senang dengan video tersebut. Tapi saya biar saja mereka nak komen apa saja. Sudah tentu masing-masing ada pendapat.
“Bagi saya… saya tengok pada positif komen saja. Ada lagi banyak positif komen yang suka melihat persahabatan saya dengan Danial. Itu yang buat saya gembira.
“Ramai yang mesej kata nak ada kawan seperti kami. Saya pun dah belajar untuk abaikan komen yang terlalu negatif,” katanya kepada mStar.
Sebelum ini, Yazmin memuat naik video di TikTok memaparkan aksi dia berlari dan memeluk dengan Danial setiap kali mereka bertemu.
Bagi saya, dia orang penting dalam hidup saya tapi kami tak ada hubungan istimewa.
Hubungan rapat penyanyi berketurunan Melayu dan Filipina itu dengan Danial mula terjalin semenjak mereka menyertai program Big Stage 2022.
“Ustaz, ustaz tengok diaorang ni”
“Jem bila tengok ramai menyokong benda tak patut, dah macam orang barat”
“Tak elok berpelukkan, walaupun kawan baik, sekadar teguran” ujar beberapa netizen.
Dalam pada itu, Yazmin memberitahu ramai peminat menyangka dia dan Danial kini bercinta gara-gara hubungan rapat itu.
“Ramai ingat kami bercinta sebab nampak rapat. Sejujurnya, Danial ini seperti abang kepada saya. Saya tak pernah ada kawan lelaki yang rapat seperti ini.
Yazmin terbuka menerima kritikan.
“Dia layan saya pun seperti adik-beradik. Bagi saya, dia orang penting dalam hidup saya tapi kami tak ada hubungan istimewa. Saya suka tengok komen peminat yang nak kami bersama.
“Saya dan Danial pun biarkan saja komen-komen yang menganggap kami ini bercinta,” ujarnya.
Big Stage 2022 menyaksikan penyanyi Elica Paujin menjadi juara, Danial Chuer di tempat kedua, Aisha Retno memenangi tempat ketiga manakala Yazmin keempat dan kelima milik Tegar.
kredit: mstar