Semasa

“Kasihan kepada menantu saya..” – Kecoh Anak Nak Kahwin Lagi, Yusof Haslam Harap Tak Menjadi.

Ada bunyi-bunyi mengatakan pengarah filem Syamsul Yusof bakal berkahwin lagi dengan seorang wanita yang dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat semakin mendapat perhatian.

Namun adakah berita itu benar atau ia spekulasi semata-mata?

Bagaimanapun bapanya Datuk Yusof Haslam ternyata amat terkejut dan berharap berita yang diperkatakan itu tidak menjadi kenyataan.

“Saya tidak tahu tentang hal ini dan terkejut apabila mendengar cerita, jadi saya malas hendak komen lanjut.

yusof haslam pic 1

Yusof harap gosip anak bakal berkahwin dengan Ira (kanan) tidak benar.

“Perkara ini belum sahih. Jika sudah terjadi nanti barulah saya akan komen. Tetapi saya harap ia tidak terjadi,” kata beliau ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Terdahulu, sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya bagi membincangkan hasrat berkenaan.

Dalam pada itu, Yusof berkata, dia berasa kasihan dan bimbang berita sebegitu bakal mengganggu perasaan dan emosi cucu-cucunya.

Dalam pada itu, Yusof juga tidak mahu menimbulkan salah faham dalam kalangan keluarga.

“Saya hanya doakan yang terbaik untuk keluarga saya. Kasihan kepada menantu saya (Puteri Sarah) jika cerita ini diperkatakan. Saya harap semua faham,” ujarnya.

Konflik rumah tangga Syamsul dan pelakon isterinya, Puteri Sarah Liyana mula menjadi perbualan apabila aktres tersebut mula mendedahkan hubungan mereka diganggu orang ketiga iaitu Ira Kazar yang juga merupakan anak kepada pelakon Kazar Saisi.

yusof 1

Yusof ketika menghantar Sarah mengerjakan umrah Ramadan lalu.

Dalam tembual bersama mStar sebelum ini, Sarah ada memberitahu dia reda dan berdoa yang terbaik untuk rumah tangganya ketika mengerjakan ibadah umrah pada Ramadan lalu.

Sarah juga sebelum ini telah melantik peguam untuk mengambil tindakan terhadap Ira namun tindakan tersebut dibatalkan.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah, 2.

Kuala Lumpur: “Tak yah lah, tak ada apa nak komen,” kata pelakon Kazar juga bapa kepada wanita dikenali sebagai Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga pasangan pelakon Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sejak empat tahun lalu.

Kazar, 63, atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi ketika dihubungi berkata apa berlaku hanya mereka saja yang tahu.

“Susahlah nak cakap. Mereka saja tahu apa berlaku. Apa saya tahu, perkara ini kecoh diperkatakan baru-baru ini.

“Cuma, saya tak tahu nak komen macam mana. Saya juga kena jaga hati semua pihak apatah lagi di bulan Ramadan ini,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Puteri Sarah enggan lagi mengulas lanjut mengenai isu itu.

Terdahulu, pada Sabtu lalu Puteri Sarah mendedahkan perkahwinan dibina bersama Syamsul diganggu pihak ketiga iaitu Ira Kaza.

Menerusi hantaran dimuat naik, Puteri Sarah juga ibu kepada dua cahaya mata kesal apabila sering diganggu individu terbabit tetapi bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial palsu.

Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan Ira Kaza yang dikatakan tidak putus asa mengganggu suami orang.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah sehingga mendapat perhatian netizen.

Puteri Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan dia mendakwa suaminya itu tahu kenapa bersikap ‘dingin’ terhadapnya.

Syamsul juga mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercerai.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.