Semasa

“Kasihan Laki Kau Kak” – Dikecam Pakai Baju ‘Tak Cukup Kain’, Ini Respons Nad Zainal

Pelakon, Nad Zainal menjadi perhatian netizen apabila berpenampilan terlalu sekksi serta mencolok mata bahkan menampakkan bahagian pangkal payu daranya.

Menerusi hantaran dalam Instagram miliknya, Nad berkongsi beberapa keping gambar memaparkan dirinya terlibat dengan penggambaran untuk montaj sebuah naskhah baharu lakonannya.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin bagaimanapun menjadi sasaran netizen kerana disifatkan terlalu sekksi dan tidak sesuai dengan dirinya.

“Makin cantik, Makin kurang kain. Berlakon best.” tulis seorang pengguna Instagram.

“Baju ambil vaksin. Kasihan laki kau kak” tulis seorang lagi netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang menggesa Nad agar segera bertaubat dan berasa simpati terhadap suami pelakon itu, Muhammad Faliq Amirudin kerana terpaksa menanggung dosa perbuatan si isteri.

Walaubagaimanapun, menerusi hantaran terbaru di laman Instagramnya, Nad Zainal menyelar segala kata-kata buruk netizen dengan memuatnaik sebuah video pendek dan berkata bahawa dia tidak kisah dengan segala kecaman kerana bagaimana dia jalani hidupnya adalah pilihannya.

“To haters…IDGAF, my life my choice” tulisnya.

Walaubagaimanapun perkataan IDGAF itu merujuk kepada singkatan I don’t give a f*ck…yang mana bunyinya agak kasar kan? Apapun mungkin peminat hanya mahu mengingatkan dan beri pesanan agar Nad Zainal jangan melampau dalam berfesyen sehingga habis mendedahkan satu badan lebih-lebih lagi kita beragama Islam yang memang cara berpakaian menjadi sensitiviti dalam persekitaran kita semua.