Semasa

Kecik-kecik dah cantik, gelagat Alisa Aisyah buat peminat geram

Anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusof Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai dalam ramai-ramai anak selebriti kerana ramai yang suka melihat telatah anak kedua pasangan itu yang sememangnya comel dan bijak.

Baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 24 Mei lalu, semalam akaun Instagram Alisa sudah pun mencecah seramai satu juta pengikut. Telatah dan percakapannya yang comel membuatkan dia menjadi ikutan di aplikasi instagram.

Terkini, sebuah video telah dimuatnaik di laman aplikasi instagram iaitu video Alisya sedang membuka hadiah bersama abangnya Yusof. Telatah alisya yang ingin membuka hadiah abangnya itu sambil berceloteh mendapat ratusan ribu tontonan dari peminatnya.

Seperti yang dapat dilihat, Alisya menyukai warna merah jambu jadi apa sahaja yang berwarna merah jambu, akan menjadi miliknya termasuklah hadiah yang dibungkus dengan kertas berwarna merah jambu menjadi pilihan hatinya. Suka dengar alisya bercakap, sangat comel.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meninggalkan komen “comel” kepada alisya kerana telatahnya yang memang comel itu.

Komen Netizen: